Memaparkan catatan dengan label DIE ADJUSTMENT STRIKE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIE ADJUSTMENT STRIKE. Papar semua catatan

Isnin, 23 April 2012

5 SEN S3M,DIE ADJUSTMENT STRIKE

         Penemuan syiling die adjustment strike error pernah dipamirkan dahulu,dalam post berkenaan dipamirkan syiling 1 sen 2004 yg kelihatan ditempa dalam keadaan yg melebihi had biasa yg menjadi
kan imej dan semua details seolah2 tenggelam kedalam planchet.Bila keadaan adjustment pada die tidak menepati kedudukan sebenar ianya akan menghasilkan samada imej yg kabur akibat weak strike atau imej yg tenggelam sikit kedalam planchet akibat setting yg tidak tepat.

     Perkongsian kali ini adalah hasil penemuan sekeping syiling 5 sen s3M 2012 yg kelihatan imejnya agak tenggelam sedikit kedalam planchet.Bagi depankanta lebih cenderung utk mengaitkan syiling ini dgn die adjustment strike error yg jarang dijumpai pada syiling Malaysia...

                  Die adjustment strike error dikesan pada bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012

                  Melihat berbagai sudut syiling berkenaan...Error dalam kategori ini sukar dijumpai pada syiling Malaysia sama siri Parlimen atau bunga raya...

               Perhatikan imej yg kelihatan hampir tenggelam kedalam planchet akibat kesilapan semasa membuat setting kedudukan die atau pelarasan kedudukan die sebenar belum dimuktamadkan...

           Bahagian belakang syiling ini tidak terjejas....

   

Rabu, 26 Oktober 2011

DIE ADJUSTMENT STRIKE

Die adjustment strike selalunya dikaitkan dgn weak strike errors kerana kebanyakan syiling yg dijumpai adalah adalah dalam kategori ini.Bagi mendapatkan satu setting yg sesuai bagi die berbagai percubaan dilakukan oleh pihak kilang.Kebanyakan syiling yg dicuba ini adalah berkeadaan tempaan yg lemah iaitu kedudukan die atas agak tinggi jaraknya dari die bawah.
       Kebanyakan pengumpul barat atau tempatan menemui syiling weak strike errors dan jarang sekali dapat dilihat spesimen syiling yg ditempa dengan dengan kuat seperti yg dipamirkan ini.Depankanta belum menemui istilah sebenar untuk syiling.ini mungkin "hard strike error"?....
                                Bahagian belakang 1 sen 2004,kesan tempaan yg kuat dapat dilihat seolah2 imej  tenggelam kedalam planchet.

                            Semua imej,huruf dan angka telah ditempa melebihi had.......

                            Pada bahagian muka syiling tidak begitu ketara...
Mengikut prosidur pembuatan syiling mana2 negara,syiling die adjustment strike begini sepatutnya dilupuskan atau dikitar semula...namun ada juga yg terlepas,boleh kita buat kongsi bersama.....