Memaparkan catatan dengan label ROLLING FOLD ERROR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROLLING FOLD ERROR. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mei 2012

ROLLING FOLD

           Syiling dalam kategori rolling fold error agak istimewa,ianya terjadi pada bahagian rim yg biasanya tidak begitu diberi perhatian dan error dalam kategori ini juga unik kerana melibatkan dua proses untuk menghasilkan syiling rolling fold error.
            Proses pertama ialah peringkat blanking iaitu proses awal yg membentuk upsetting rim,semasa proses ini rim pertama dibentuk bertujuan untuk menguatkan permukaan syiling supaya tidak "membesar" bila ditempa dgn kuat oleh die atas (hammer die) semasa proses penempaan syiling.Kerosakan pada die semasa proses blanking akan menghasilkan beberapa keping planchet yg rosak dibahagian hujung rim (mungkin spt finned rim).Bila planchet yg bersirip ini melalui proses penempaan syiling,bahagian hujung working die yg membentuk rim syiling akan menempa dan sekali gus melipatkan sirip yg ada pada planchet itu lalu membentuk rolling fold error.

     Dalam post yg lalu pernah dipamirkan penemuan syiling 10 sen 2011 rolling fold error,didapati denominasi 10 sen siri bunga raya banyak berkongsi sama dgn penemuan oleh blogger2 lain...

        Dipamirkan pula penemuan rolling fold error syiling 20 sen 2011 siri bunga raya.

  Pemerhatian pada bahagian sisi penting untuk menentukan samada syiling ini PMD atau MINT ERROR..Kesan seperti dihiris pada hujung syiling ini terjadi semasa proses blanking...

     Dua foto dari syiling yg sama ini jelas menampakkan kesan berlipat selepas dihentak oleh die atas semasa proses penempaan syiling.

       Syiling rolling fold error hanya terjadi pada sebelah permukaan syiling sahaja.Kesan pada bahagian muka syiling ini tidak kelihatan.

Pakar syiling error nucoins menjelaskan kategori rolling fold sebagai:
 Category location > Planchet errors >Damaged & Defective planchets > damaged planchet > punching & processing errors > rolling fold planchet ( AH refers)

Jumaat, 9 Disember 2011

ROLLING FOLD

Dalam post terdahulu telah dipamirkan sekeping syiling 10 sen 2011 rolling fold yg ada perkongsian dengan pakar Numis nucoins.Untuk perkongsian kategori error ini dipamirkan pula 2 keping syiling 1 sen 2006 & 2007 untuk kita sama2 melihat adakah syiling cladding juga boleh terjadi rolling fold.
                                 1 sen 2007


                                1 sen 2006

Post yang berkaitan:...
http://depankanta.blogspot.com/search/label/ROLLING%20FOLD%20ERROR

Rabu, 27 Julai 2011

ROLLING FOLD ERROR 10 SEN 2011

Sekeping syiling 10 sen 2011 ini pada awalnya tidak dikategorikan sebagai error,melihat sedikit saja kecacatan pada bahagian tepi rim depankanta beranggapan ianya mungkin terkena apa2 di luar kilang syiling.....
      Bila melihat dalam blog ahli Numismatik nucoins yg merupakan salah satu tempat rujukan depankanta,didapati sekeping syiling yg hampir sama dipamirkan.Sesuai dengan kepakarannya nucoins telah menghuraikan tentang error syiling ini secara terperinci dan ianya terkelas sebagai rolling fold error.
     Untuk tujuan perkongsian depankanta pamirkan syiling penemuan depankanta dan syiling nucoins
              
                               Bahagian belakang syiling 10 sen 2011 koleksi depankanta
                       Syiling koleksi nucoins,perhatikan ada sedikit perbezaan pada tempat yg terjadi error.
                             Saiz kesan error hampir sama......



                                Syiling depankanta,rolling fold terjadi setentang dgn huruf "AN",sementara syiling  nucoins terjadi setentang dengan huruf "BA"...Mungkin ini perkara biasa untuk rolling fold error kerana kedudukan planchet yg yg tidak tetap...walaupun kualiti foto jauh berbeza harap pelawat masih boleh tumpukan pada error kedua syiling ini..hehehe
                             
                                     Dipamirkan dari berbagai sudut...
                       
                                Bahagian muka syiling 10 sen 2011



 Bagi mendapat penjelasan tentang error yg menarik ini,pelawat dijemput mengunjungi:
                     http://nucoinsandnotes.blogspot.com/







Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada nucoins untuk perkongsian ini