Memaparkan catatan dengan label DIE TRIAL STRIKES ERROR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIE TRIAL STRIKES ERROR. Papar semua catatan

Khamis, 5 Januari 2012

DIE TRIAL UNIK

Setiap sebelum sesuatu die yg baru "dibenarkan" menempa syiling dengan jumlah yg banyak,die berkenaan akan melalui tempoh percubaan bagi memastikan semuanya mengikut spesifikasi yg telah ditetapkan.
      Salah satu proses semasa tempoh percubaan itu ialah kekuatan tekanan die diuji supaya imej yg muncul pada syiling jelas dan cantik.Dalam proses mencari kedudukan atau setting yang sesuai,banyak syiling yg dicuba itu akan terbentuk berbagai keadaan pada imej.
             Depankanta menemui sekeping syiling 10 sen 2000 yg agak unik keadaan imej syiling die trial ini.
                          Bahagian muka syiling 10 sen 2000,perhatikan saiz angka"2000"

                                Bahagian muka syiling juga terkesan die trial,bahagian tengah2 congkak jelas dan semakin kabur imej yg dekat dgn rim.

                             Syiling 10 sen dijumpai 2 variti yg ditempa,no 1 variti A dan no.2 & 3 variti B.
              Syiling die trial  (no.2) jelas berbeza semua details dgn syiling biasa.

                              Yang menjadikan syiling ini unik adalah pada perbezaan saiz angka "0" antara "20"dan"00"...Tentu ada penjelasan teknikal tentang "donat"ini..

   
           

Ahad, 18 Disember 2011

DIE TRIAL STRIKES ERROR

Weak strike atau die trial error bagi denominasi 50 sen telah pun dipamirkan dalam post : http://depankanta.blogspot.com/search/label/WEAK%20STRIKE
       Depankanta cuba untuk lengkapkan error ini bagi semua deno tapi agak sukar dijumpai mungkin disebabkan syiling ini telah dilupuskan oleh pihak kilang.
       Berbagai keadaan akan terjadi pada syiling bila tempaan dibuat dgn tidak cukup tekanan,sebahagian dari kesan ini  juga akan melibatkan kekaburan pada imej rim.
       Untuk perkongsian error ini dipamirkan pula syiling 20 sen 2005 siri bunga raya.
                                       Bahagian tengah syiling imejnya tertempa dgn sempurna dan jelas sementara disekelilingnya semakin kabur akibat tekanan die yg "tidak cukup"...

                        Biasanya keadaan ini akan memberi kesan yg sama pada kedua permukaan syiling.
                         
                      Keadaan yg sama dapat dilihat pada syiling 50 sen yg pernah dipamirkan ini.