Memaparkan catatan dengan label RTR DIE CRACK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RTR DIE CRACK. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2012

RTR DIE CRACK

Menjelang pengedaran syiling baru siri ke-3 pada hari Isnin depan,mungkin disemua bank dah ada menyimpan syiling2 itu dan bersedia untuk diedarkan pagi isnin nanti.Depankanta memang terkilan kerana syiling 1 sen tidak akan kelihatan lagi ditangan orang ramai...Walaupun dalam perhitungan ekonomi Malaysia nilai ini masih wujud tapi bila fizikalnya tidak lagi kelihatan membuatkan peminat syiling error spt depankanta dah terkurang satu denominasi untuk diteliti...
       Dipamirkan untuk perkongsian,sekeping syiling 1 sen 2006 dengan kesan die crack yg sangat menarik...
                                         Bahagian belakang,kesan keretakan die yang sangat ketara.

                                        Ciri2 die crack juga terdapat pada bahagian muka syiling
  Melihat tanda2 pada bahagian belakang syiling ini,kemungkinan ianya dalam kategori split die strike errors sebagaimana spesimen yang dipamirkan oleh Mr Dickson Niew dalam blognya:http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/12/die-errors-split-die-strike-errors.html

Rabu, 30 November 2011

RTR DIE CRACK 2000

RTR (Rim To Rim) die crack error agak sukar dijumpai terutama pada syiling bersaiz besar seperti 50 sen 2000 ini,tambah pula ianya terjadi pada bahagian muka syiling yg bererti keretakan terjadi pada die bawah(anvil die).Pelayaran dalam blog rakan2 numis mendapati sekeping syiling yg hampir sama telah pun dipamirkan oleh Blogger mnfaj yg juga merupakan pakar dalam beberapa kategori syiling error.
              Die crack biasanya bila terjadi akan terus membesar jarak dan luas keretakannya.Sekiranya kerja2 menempa oleh die yg rosak ini tidak dihentikan maka banyak syiling yg sempat ditempa oleh die ini..
              Pemerhatian yg teliti perlu bagi menentukan syiling yg mana ditempa dahulu antara kepunyaan ,mnfaj dan depankanta!....
 

                               Depankanta berpendapat syiling yg retak begini sekiranya dibiarkan akan mudah terserpih pada die dan akan membentuk cud yg besar tapi sehingga sekarang belum dijumpai pada syiling 50 sen 2000,mungkin kerosakan ini telah dibaiki dan tidak banyak yg sempat ditempa oleh die yg rosak ini...

                          Tiada apa2 kesan error pada bahagian belakang syiling ini.....
Bagi melihat syiling hampir sama yg dipamirkan oleh blogger mnfaj sila lawat:
http://mnfaj.blogspot.com/2011/11/164-50-sen-2000-die-crack-rtr-and-die.html

Selasa, 20 September 2011

MAJOR RTR DIE CRACK

Rim-To-Rim die crack merupakan satu error yang sangat istimewa dan jarang dijumpai pada mana2 syiling.Walaupun mungkin ramai pengumpul yg memiliki syiling2 die crack error tapi bagi major  RTR die crack agak jarang kelihatan dipamirkan.
               Sekeping syiling 10 sen 2006 ini bagi depankanta boleh dikategorikan sebagai major RTR die crack error,sangat jelas ianya disebabkan keretakan yg besar terjadi pada die.

                          Bahagian muka syiling 10 sen 2006 ini tiada kesan error

         

                                  Bahagian belakang syiling menampakkan kesan hasil dari keretakan yang terjadi pada die bawah (anvil die).Garisan metal ini dapat dilihat dengan mata kasar

                         Jarang dijumpai syiling RTR die crack yg begitu jelas sekali seperti ini..

Ahad, 24 Julai 2011

RTR DIE CRACK 5 SEN 2000 DAN 2010

Keretakan pada die (alat tempa) biasanya terjadi pada die atas yang sentiasa bergerak menempa syiling,namun kadang-kadang pada die bawah juga akan berlaku keretakan bila terlalu banyak syiling yang di tempa.
       Pada die bawah  tertera imej bahagian muka syiling dalam bentuk negative.Syiling Malaysia meletakkan perbagai imej permainan dan peralatan tradisi dalam bahagian muka syiling siri bunga raya.Bagi syiling 5 sen imej gasing,pemegang gasing dan tali gasing digunakan.
      Bila berlaku keretakan pada die bawah ini,akan terkesan satu garisan yg timbul akibat dari logam yang memasuki ruang yang retak itu pada bahagian muka syiling.Biasa dijumpai keretan ini terjadi diperbagai sudut syiling dengan berbagai saiz.
      Depankanta telah menjumpai dua keping syiling 5 sen 2000 dan 5 sen 2010 yang menampakkan kesan keretakan yang panjang hampir terbelah dua die bawah.

             Bahagian belakang syiling 5 sen 2010
                    Bahagian muka syiling....die crack errors yang panjang
                           Kesan retak hampir lengkap rim ke rim,berlaku sedikit filled die pada bahagian tengah menyebabkan ksan retak tidak kelihatan disitu.



                       Bahagian belakang syiling 5 sen 2000
                   Bahagian muka syiling
                Juga mempunyai kesan die crack errors  hampir sama dengan syiling 2010