Memaparkan catatan dengan label WORN DIE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label WORN DIE. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Februari 2012

WORN DIE WORN COIN


     Worn die selalu menjadi pertanyaan dikalangan mereka yg baru menceburi bidang syiling error.Berbagai sangkaan dibuat bila terjumpa syiling2 begini dan kebanyakannya dibiarkan atau dibelanjakan saja kerana dilihat tiada apa yg istimewa pada syiling ini.


Pernah depankanta tunjukkan syiling ini pada tukang emas dan mereka memberitahu keadaan ini disebabkan kepanasan logam semasa proses penempaan..Sangkaan itu tentu tidak tepat kerana dalam proses penyilingan, suhu tidak begitu mempengaruhi keadaan syiling.


                   Dalam post terdahulu telah dipamirkan syiling 5 sen dan 10 sen worn die error,untuk perkongsian kali ini dipamirkan pula syiling 20 sen 2005 untuk dinilai bersama....

                    Ciri-ciri worn die lebih jelas pada bahagian belakang syiling.Sayang sekali dijumpai syiling ini dalam keadaan yg sudah lasak jadi worn die dijumpai pada worn coin.

                          Bahagian muka juga terdapat kesan worn die dan worn coin...


Selasa, 3 Januari 2012

WORN DIE 10 SEN 2011

Selain syiling 5 sen 2011 yg telah dipamirkan dalam post sebelum ini,depankanta juga menemui beberapa keping syiling 10 sen 2011 yg dipercayai bermasalah pada die.
                                Lima keping syiling 10 sen 2011 ini mempunyai ciri2 kesan tempaan yang sama.

                               Kesan bintik2 pada bahagian field planchet dan kesan logam yg muncul pada sekitar jam 5.00 hingga 9.00 dibahagian muka syiling.

                               Ciri2 ini terjadi sama pada lima keping syiling menandakan ianya adalah kategori worn die bukan filled die atau lain2 kategori die errors.

                              Pada bahagian belakang syiling juga telah terjejas,dimana dapat dilihat semua huruf @ legend  telah hilang ketajamannya.

                              Elemen ini biasanya terjadi disebabkan penggunaan die yg berterusan tanpa diperbaiki atau ditukar.Syiling 2011 banyak sekali dikesan terjadi kesan begini,walaupun 2011 merupakan tahun keluaran terakhir syiling Malaysia siri ke2.Sepatutnya pihak pengilang tetap menyediakan yang terbaik untuk BNM bertujuan untuk edaran kepada orang ramai.
Apa yang dituliskan ini adalah pendapat numismatik depankanta semata2,pelawat dialu2kan untuk turut kongsi pendapat bersama...

Isnin, 2 Januari 2012

WORN DIE

Meneliti syiling dari sekeping kesekeping bertujuan mencari mint errors memang boleh memenatkan mata.Tambah pula bila  terjumpa syiling2 yang sukar ditentukan kategori errornya,pening kepala pula yang datang.
     Worn die adalah termasuk dalam syiling yang agak mudah terkeliru.Contohnya syiling 5 sen 2011 ini,pada mula dijumpai syiling2 yg terdapat ciri2 ini ianya adalah disangka disebabkan oleh kepanasan planchet semasa proses penempaan.Bila dijumpai beberapa syiling yg terjadi dengan kesan yang sama adalah jelas ianya disebabkan oleh die,secara tepatnya worn die.
                               Lima keping syiling 5 sen 2011 ini jelas kesan dari worn die.Perhatikan pada angka"2011"yg terjadi kedutan pada logam planchet yg berbentuk sama semuanya menandakan ianya disebabkan ketajaman imej pada die sudah rosak.

                              Kedua syiling  ini menampakkan kesan ditempa dgn die yg sudah  terlalu lama digunakan tanpa diservis atau ditukar.Logam dan rekabentuk die sangat mempengaruhi hayat dan ketahanan die.

                             Pada bahagian muka juga terdapat sedikit kesan worn die.