Memaparkan catatan dengan label DOUBLED DIE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DOUBLED DIE. Papar semua catatan

Selasa, 24 Januari 2012

MONSTER DOUBLED DIE SIRI PARLIMEN

Terbaru yg dipamirkan dalam kategori syiling doubled die adalah syiling 50 sen 1984 oleh manfaj.Variti yg sama pernah dipamir dan diulas oleh nucoins dalam blognya.Syiling siri Parlimen didapati sangat sukar dijumpai variti doubled die,hingga sekarang hanya 50 sen 1984 dengan kesan kecil pada huruf  tanda tangan ringkas pereka bentuk "GC".
          Sempena cuti tahun baru cina depankanta luangkan masa untuk membelek semula stok syiling2 yg ada.Agak terperanjat bila menemui sekeping syiling 5 sen 1976 yg jelas ada kesan "monster" doubled die yg belum kelihatan dipamirkan oleh mana2 blogger syiling error (atau depankanta yg terlepas pandang).
         Ciri2 yg ada jelas menunjukkan syiling ini adalah kesan doubled die tulin yang boleh dijelaskan oleh pakar2 variti doubled die nanti.
        Dengan penemuan depankanta ini diharap akan ada pula muncul variti yg sama dari rakan2 blogger bagi melengkapkan perkongsian dan mengesahkan variti syiling ini

                    Bahagian belakang syiling 5 sen 1976       DDR




                      Pada bahagian muka tiada apa2 kesan error...

                    Ciri2 hampir sama dengan syiling 5 sen 2008 monster  DDR, yg pernah dipamirkan....
                  

Ahad, 16 Oktober 2011

PENGESAHAN DOUBLED DIE REBANA UBI

Dari apa yang pernah diterangkan oleh blogger dan ahli numismatik nucoins berkaitan die doubling (DD),ramai pengumpul2 syiling error telah mendapat penjelasan yg terbaik berkaitan kejadian syiling error Malaysia.Keadaan yg terjadi pada syiling die doubling ini kadang2 hampir sama kelihatannya dgn kesan machine damage doubling (MDD) dan die deterioration doubling.
      Hingga hari ini tidak banyak syiling Malaysia siri pertama dan siri ke2 yg disahkan secara sepakat antara pakar2 syiling error Malaysia sebagai DD tulin,antara yg ramai mengesahkannya adalah 5 sen 2008,20sen 2008 dan 50 sen 2009(kesemuanya terjadi pada bahagian belakang syiling atau DDR)..
     Dalam post ini depankanta ingin kongsi beberapa keping syiling 1 sen 2004 yg dilihat menepati ciri2 DD tulin.Mengikut pakar2 syiling error DD tulin adalah satu variti,ini bererti keadaan syiling yg ditempa dgn die  berkenaan sama. Imej utama(primary) dan imej kedua(secondary)akan sama kedudukan dan jaraknya walau sebanyak mana sekali pun ditempa.
    Adalah lebih mudah utk mengenali dan membuat perbandingan DD tulin sekiranya kita mempunyai lebih dari 1 spesimen.

                       1 sen 2004.Jika sekeping sahaja syiling begini berada ditangan kita agak sukar menentukan samada DD atau MDD,hanya pakar2 die doubling yg mampu membuat analisa...

                   Bila dipamirkan 5 keping syiling yg mempunyai kesan imej utama dan keduanya sama,tentu ianya satu variti yg terjadi hasil tempaan dari die yg sama imej negativenya..Ketidak sempurnaan proses pengehuban(hubbing process) menyebabkan terjadi Doubled die pada bahagian muka syiling ini atau DDO.

                             Keadaan imej berganda yg sama bentuk begini tidak mudah dijumpai pada syiling MDD

                                 Pakar2 die doubling melihat kesan imej utama(primary) dan kedua(secondary) untuk menganalisa kategori dan klas doubled die error..

                         Walaupun syiling 1 sen 2004 banyak yg dijumpai terjadi die chip error pada bahagian belakang,apa yg terjadi pada semua syilling DDO ini tidak pula ada tanda2 kerosakan spt itu.


Ini adalah pendapat depankanta semata2 dan hanya akan di senaraikan sebagai DDO bila mendapat pengesahan dari pakar2 syiling error....Komen dari pelawat2 juga akan membantu pakar2 kita membuat rumusan....