Isnin, 18 Julai 2011

50 SEN 2011....LAGI HAL CIRCLES,,,,,,,

Penemuan pada sekeping syiling 50 sen 2011 ini agak unik.Syiling siri ini yang baru diedarkan dalam jumlah yang mungkin sangat terhad!,,,
     Depankanta yang berada jauh di Pantai Timur semenanjung sukar perolehi syiling ini.Dengan bantuan dari kawan-kawan di Lembah Kelang dapat juga depankanta menjamah beberapa keping syiling siri terakhir bunga raya ini.
    Setelah membelek beberapa keping syiling,terpandang pada sekeping yg ada satu bentuk circles yg betul2 berada di tengah2 bahagian belakang (rev)syiling .Apa yg menarik ialah circles ini terdiri dari dot-dot kecil yg timbul (positive) membentuk satu bulatan.


            Bahagian muka syiling 50 sen 2011

Bahagian belakang yang terdapat bentuk bulatan kecil  terdiri dari dot-dot yg timbul (positive) betul2 pada bahagian pusat planchet


             Bulatan ini mungkin boleh kita lupakan saja kalau ianya negative(berparit) tapi yg ada disini adalah dot-dot kecil yg timbul(positive)membentuk bulatan ditengah2(pusat) syiling 50sen ini.Perhatikan dot ini ada juga pada atas kelopak bunga.



Malang sekali depankanta menerima syiling ini dalam keadaan agak yg sudah banyak kesan calar,namun untuk perkongsian tentang error ini depankanta pamirkan juga.....

Ahad, 17 Julai 2011

LATHE LINES SYILING 5 SEN 2010

Depankanta merakamkan jutaan terima kasih pada Ahli Numismatik Malaysia nucoins yg bersusah payah menjejaki bagaimana punca terjadinya syiling 5 sen 2010 concentric circles demi untuk kemajuan Numismatik Malaysia.Menurut beliau,2 spesimen yg depankanta pamirkan 5 sen 2010 dan 5 sen 2004 telah dirujuk pada pakar syiling error dari USA Ken Potter yg telah merujuk ke Kilang Mint Philadelpia untuk memastikan sebab-sebabnya.
    nucoins merumuskan "Bahawa keadaan lathe lines ini adalah kesan garisan yang tertinggal oleh mesin lathe semasa die blanks(ACUAN DIE dan bukan blank coin)di(lathemesin)kan/diperbuat dari rod keluli.
Acuan die kadang-kala tidak disempurnakan semasa proses pengilapan(polishing proses) dan proses pengehuban(hubbing process) seterusnya.Akibatnya garisan concentric negative yang tertinggal atas acuan die terus menjadi rekabentuk die dan menimbulkan garisan-garisan positive atas syiling".
   Secara ringkasnya kalau mengikut keterangan diatas depankanta dapat katakan syiling lathe lines terjadi pada peringkat pembuatan working die..Garis2 berpusar ini telah wujud pada permukaan die yg menempa syiling ini.
  
   Untuk tujuan perkongsian bersama depankanta pamirkan sekali lagi dua syiling berkenaan yg di ambil dari berbagai sudut.


                                      SYILING 5 SEN 2004 DAN 2010

                              Perhatikan garisan lathe lines
                             Garisan yang terbentuk adalah keadaan timbul (positive),berbanding dengan bahagian lain field yg tidak terjejas.

                             

                                 Bahagian muka 5 sen 2010


                     Bahagian muka 5 sen 2004
                    Bahagian belakang 2004
 Depankanta alu-alukan sekiranya ada pelawat yang mungkin juga miliki syiling begini untuk dikongsi bersama.

Sabtu, 16 Julai 2011

BANDAR PASIR MAS DULU DAN SEKARANG

Memang sukar untuk menggambarkan sesuatu dengan perkataan,apalagi melibatkan pengkisahan tentang masa lampau yg pada ingatan kita sendiri sudah kabur apa tah lagi untuk diceritakan pada orang lain.
         Post santai hujung minggu ini depankanta pamirkan beberapa lokasi bandar Pasir Mas dulu dan sekarang.



                              Pasar Besar Pasir Mas pertengahan tahun 1960an.....


                               Sekarang dibina Plaza Serangkai Mas..foto dari depan Bank Islam

                         Kelihatan banyak pohon kelapa ditengah-tengah pusat bandar tahun 1960an

                            Pohon kelapa digantikan dengan bangunan aked MARA.foto diambil dari hadapan Bank       Islam


                                    Stesen Keretapi Pasir Mas,keretapi sedang mengisi air untuk janakan enjin stim.
                       Penduduk P.Mas menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama untuk ke Pantai Barat dan ke Thailand
                           2011,Bangunan Stesen telah berubah,dikanan kelihatan bumbung Pasar Besar Pasir Mas








SYILING MALAYA AND BRITISH BORNEO

Dalam sibuk membelek syiling-syiling errors,sempat juga depankanta kumpul beberapa syiling siri Malaya and British Borneo (1952-1963).Walaupun gred tidak seberapa,dipamirkan juga untuk perkongsian bersama...

                                                                                 50 SEN 1961




20 SEN 1961

                                                                               
                                10 SEN 1953


5 SEN 1961


                                1 SEN 1957


1 SEN 1961


1 SEN 1962
Depankanta berpendapat syiling ini paling istimewa
kerana syiling yg pertama menggunakan imej tradisional tempatan Nusantara iaitu keris,sesuai dengan syiling 1 sen  keluaran terakhir siri Malaya and British Borneo sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September 1963...

Khamis, 14 Julai 2011

LAGI PLANCHET ERRORS SIRI PARLIMEN DAN BUNGA RAYA

Minor Error yg biasa dijumpai pada syiling Malaysia adalah berkaitan dgn kelemahan die dan ketidak sempurnaan penyediaan blank untuk diproses dijadikan syiling,ini akan menghasilkan error yg dikategorikan oleh ahli2 Numismatik sebagai doubled die errors,die clash errors,die crack errors,die chip errors dll.
   Syiling Malaysia 5.10.20 & 50 sen siri parlimen atau bunga raya adalah terdiri dari aloi copper + nickel yg tentunya boleh menyebabkan pelbagai error boleh terjadi pada syiling yang disebabkan campuran dua logam ini.Faktor yg selalu dikaitkan adalah suhu semasa proses penempaan dan ketidak sempurnaan adunan logam tersebut.
 Depankanta pamirkan beberapa syiling lagi yg mungkin berkait dgn planchet errors.


                           Bahagian Belakang 10 sen 2004,terdapat kesan keretakan pada syiling
                        Bahagian muka syiling tidak terjejas

                     

              Bahagian belakang 5 sen 1997, Planchet begini selalu dijumpai dalam siri Bunga raya
                           Bahagian mka terdapat kesan seperti selaput logam pada keliling rim
                   

                      Bahagian belakang 10 sen 1981,seolah2 ada kesan retak
     Juga terdapat pada bahagian muka dan pada rimnya juga



                     
                          Pada bahagian tepi rim tidak begitu terjejas.....

 .