Jumaat, 22 Julai 2011

MASIH ADA YANG KEKAL TERPELIHARA


Meminjam tajuk dari Blog ahli Numismatik Malaysia whycollect "GET'EM WHILE STILL CAN".Memang tepat sekali cadangan beliau..depankanta pun semakin giat membuat pencarian syiling2 Moden Malaysia.
      Kalau kita bersungguh2 mencari memang masih ada tersimpan dimana2 syiling2 yang bergred tinggi dan tentunya menjadi idaman setiap pengumpul.Tentunya tumpuan pencarian depankanta adalah pada syiling2 errors tapi kalau terjumpa syiling2 yg bergred tinggi tentu terasa sudah berbaloi.
    Dipamirkan sedikit penemuan hasil pencarian depankanta dalam seminggu dua ni....





























                                   


SEMUA SYILING INI ADALAH SEDIA UNTUK
                                             DIJUAL PADA YANG BERMINAT

LATHE LINE & CLIPPED RIM 5 SEN 2004

Secara kebetulan bila depankanta pamirkan posts berkenaan lathe lines,terjumpa sekeping lagi yg syiling 5 sen 2004 yg juga ada kesan garisan pada planchatnya...kesan garisan pada syiling 2004 ini hanya 1 garisan timbul sahaja tapi keistimewaannya adalah ianya juga ada kesan clipped rim pada kedua bahagian syiling...


              Bahagian belakang syiling 5 sen 2004,perhatikan kesan clipped rim
        Bahagian muka,terdapat satu garisan kesan dari lathe machine....
                  Juga ada kesan clipped rim
         
                       Clipped rim dibahagian belakang syiling

           Clipped rim dibahagian muka syiling...



Khamis, 21 Julai 2011

LATHE LINES & CLIPPED RIM ERRORS 5 SEN 1973

Muncul sekali lagi syiling dengan garis  lingkaran pada planchetnya tapi tidak begitu ketara concentric circlesnya.Depankanta anggap syiling ini begitu istimewa kerana ianya terjadi pada siri Parlimen.Apa yg menyebabkan terjadi begini mungkin sama dengan syiling 5 sen 2010 sebagaimana yg telah dijelaskan oleh nucoins dlm posts yg lalu.
      Tambah istimewa lagi syiling ini bila ada pula kesan clipped rim pada bahagian tepinya menyebabkan rimnya kelihatan terputus.Kedua-dua errors ini terjadi pada bahagian muka (obverse)syiling.


        Bahagian belakang syiling 5 sen 1973,keadaan syiling agak cantik (tak berani pulak letakkan grednya)


               Bahagian muka syiling,walaupun agak kabur tapi garis2 lingkaran masih boleh dilihat.
 
                Berbagai sudut syiling ini cuba dipamirkan untuk memudahkan perkongsian...






         Clipped rim kelihatan pada kiri bangunan Parlimen...
               

 Sudut tepi bahagian yg rim error...syiling ori boleh berdiri tegak sendiri jika diletak dgn betul walau senipis syiling 5 sen......
















FILLED DIE ERRORS 50 SEN 2005

Sekeping syiling 50 sen 2005 yang ketara filled die errors menghasilkan bahagian tertentu hilang imejnya pada syiling.


Bahagian muka syiling 50 sen 2005


                          Mungkin ada sesuatu yang tersumbat dibahagian imej negative tangkai stigma bunga raya pada die,menyebabkan bila die tersebut menempa syiling. Bahagian yang tersumbat tadi tidak wujud imej pada syiling.
                            Bahagian belakang syiling 50 sen 2005
       Tangkai bunga raya hampir terputus terus kerana tiada ruang pada die (kerana tersumbat sesuatu) untuk ia terbentuk

Rabu, 20 Julai 2011

STRUCK THROUGH ERRORS? 50 SEN 2009

Sebenarnya dalam post struck through error sebelum ini depankanta bercadang untuk masukkan juga sekeping syiling 50 sen 2009 ini,entah macamana hilang pula syiling ni.
        Bila dijumpai semula dan diteliti ianya agak berlainan dengan syiling 50 sen 1968

                       Bahagian belakang 50 sen 2009

               Bahagian muka,kesan seperti ini boleh mengelirukan samada sengaja dibuat dgn tangan atau kerosakan dikilang
               Kesan yang berparit ini sangat mudah untuk dicakar atau diguris supaya kelihatan seolah2 syiling error.Dengan menggunakan objek tajam dan keras spt paku,dawai,pisau,mudah saja garis begini dibuat.

                Bagi syiling 2009 ini sebenarnya depankanta temui memang dalam keadaan begini dan kesannya agak berlainan dengan syiling 1968 yg dasar paritnya berbentuk  "U" sedangkan syiling ini dasarnya bentuk"V' dan ada sedikit kesan tebing.Apa yg menarik ialah parit yg merentasi palang busur wau ini tidak lurus garisannya.Mungkin ini satu spesimen syiling yg sengaja diguris atau satu lagi spesimen struck through error?
                   Telitikan bentuk parit yg agak berbeza dgn syiling 1968 ini