Khamis, 11 Ogos 2011

EXTRA DOT 1 SEN 1999

Syiling Malaysia siri pertama atau siri Parlimen,pereka bentuknya telah meletakkan satu tanda titik(dot)pada bahagian belakang syiling.Bila beberapa keluarannya didapati  muncul tanda titik lain( die chip error),ahli2 Numismatik memberi gelarannya sebagai extra dot,iaitu titik tambahan kepada titik yg sedia ada.
     Depankanta menemui sekeping syiling 1 sen 1999 yg mempunyai tanda titik yg sempurna(separuh bulatan),menjadikan syiling ini istimewa...


                            Bahagian muka syiling 1 sen 1999
                                   Bahagian belakang,terdapat dua tanda extra dot yg jelas


Rabu, 10 Ogos 2011

DIE CHIP @ DIE CRACK ERRORS 1 SEN 2004

Dalam keadaan tertentu sukar untuk membezakan beberapa kategori errors,perkara ini boleh terjadi bila error yg dijumpai kurang jelas sebab2 ianya terjadi.
            Depankanta menemui sekeping syiling 1 sen 2004 yg sangat ketara die chip atau cud errors,sebagaimana yg berlaku dengan banyak pada syiling 1 sen 2004.Pada bahagian belakang syiling ini juga terdapat logam yg timbul yg memanjang spt kesan die crack error yang bersambung dengan kesan die chip error.
         
                            Muka belakang syiling 1 sen 2004
                              Die chip atau cud error yang sangat ketara... Huruf "N" pada "SEN" kelihatan ada kesan die chip bersama die crack terjadi pada tempat yg sama....
                                 
                            Adakah tanda memanjang pada syiling ini die chip @ die crack errors,
                           
                                  Bahagian muka syiling...juga terdapat kesan die chip errors

       
       
  

Selasa, 9 Ogos 2011

FILLED DIE ERRORS? 1 SEN 2004 & 2006

Filled die errors biasanya akan meninggalkan kesan pada huruf,angka dan imej secara berselerak mengikut apa yang telah memenuhi die tersebut.
         Contohnya sekiranya die telah dimasuki minyak gris pada lekuk bunga raya,maka apabila die tersebut menempa syiling,hasilnya imej bunga raya pada syiling akan menjadi kabur pada tompokan yg terkena minyak gris itu.
       Dalam post ini depankanta ingin kongsi dua keping syiling 1 sen 2004 dan 2006 yg kelihatan seperti filled die error tapi ada beberapa kemuskilan tentang keadaan filled die pada syiling ini.

                                  Syiling 1 sen 2004,die chip error senang dijumpai....
                Pada bahagian mukanya didapati bahagian bawah rebana telah hilang tapi kaki rebana terang dan jelas kelihatan
                             Kaki rebana masih utuh tapi bahagian bawah rebana didapati tiada.
                       Syiling 1 sen 2006,mengalami nasib yg sama.....


      

Isnin, 8 Ogos 2011

DIE ROTATION ERROR 1 SEN 1999,2002 & 2005

Dalam keadaan biasa, kedua die atas (hammer die)dan die bawah(anvil die) dilaraskan supaya kedudukan imej pada syiling adalah selari antara kedua bahagian muka(obv) dan belakang(rev).Namun kadang2 terjadi juga kesilapan yang menyebabkan imej kedua permukaan syiling berada dalam keadaan yang tidak sepatutnya.Keadaan ini dikategorikan sebagai die rotation error....
                                           Dua keping syiling terletak diatas,1 sen 2007 dan 1 sen 2006 adalah syiling biasa sementara dua keping di bawah tahun 1999 dan 2002 adalah syiling die rotation errors.Pandangan bahagian belakang syiling. 
                                     Bila keempat syiling berkenaan di pusing pada paksi tegak,dua syiling bahagian atas juga akan tegak,tapi syiling 1999 dan 2002,kedudukan rebananya didapati condong dan terpesong dari garis tegak.


                          Keadaan yang sama turut dijumpai pada dua keping syiling 1 sen 2005....

       
      

Ahad, 7 Ogos 2011

EXTRA METAL SYILING 1 SEN 2006

Extra metal biasanya dikaitkan dengan syiling yg terjadi error dan kesannya menyebabkan ada timbul metal yang berlebihan pada planchet dan biasanya kalau kerosakan pada chip alat tempa (die chip),ianya akan menyebabkan metal berlebihan terbentuk pada huruf atau angka seperti die chip error syiling 1 sen 2005,banyak  lebihan metal terjadi pada angka "0" dan "5" dan keadaan itu berlaku hanya pada sebelah syiling sahaja.
       Berlainan dengan penemuan sekeping syiling 1 sen 2006 ini yang terjadi lebihan metal(extra metal) di kedua2 bahagian syiling di point yg sama..belum dapat dipastikan secara tepatnya kategori error ini kerana keadaannya agak unik,melibatkan die atas(hammer dies)dan die bawah(anvil die)..


         Bahagian belakang 1 sen 2006,timbul dua tompok kecil metal yg berbentuk bujur seperti  biji beras



                        Bahagian muka syiling, juga didapati dua tompok kecil metal wujud pada point yg sama dengan bahagian bersebelahan.
                            Error ini unik kerana ianya terjadi pada kedua2 belah permukaan syiling...