Jumaat, 19 Ogos 2011

DIE CHIP ERRORS 20SEN SIRI BUNGA RAYA

Selain pada syiling 1 sen dan 5sen,die chip errors juga dijumpai terjadi pada denominasi 20sen siri bunga raya.Walaupun hanya beberapa minor extra metal yg dapat dikesan tapi ianya terjadi pada beberapa tahun keluaran dan dikesan terjadi pada kedua2 permukaan syiling.

                                        1989,Pada Bahagian belakang syiling
                                          1998
                                      2002
                                         2007,Terjadi pada kelopak bunga raya

                                       2007,juga dikesan terjadi pada bahagian muka syiling
                                       2008
                                        2007
                                         1997
           Kebanyakan die chip errors yg terjadi pada bahagian muka syiling dapat dilihat pada bahagian bawah tepak sireh,mungkin bahagian ini ada kelemahannya pada die seperti pada angka "9"denominasi 5sen.
          Sekirnya anda bernasib baik dapat juga menjumpai errors ini pada tahun2 yg lain dengan errors yg lebih ketara....

Khamis, 18 Ogos 2011

DOUBLED DIE 20 SEN 2008

Berbeza dengan kejadian syiling die deterioration doubling yg disebabkan kerosakan permukaan die,doubled die yg tulin adalah disebabkan faktor die itu sendiri .
    Salah satu ciri2 yg dapat dinyatakan ialah keadaan pada imej atau huruf adalah jelas pada samada imej utama(primary) atau imej kedua(secondary) dan ianya terjadi hanya pada satu arah.
    Tentu ramai pengumpul yg memiliki syiling 20 sen 2008 yg sangat jelas kesan doubled die pada hampir keseluruhan huruf,angka dan imej bunga rayanya....


                     Bahagian muka (obverse) syiling 20 sen 2008,terdapat minor finned edge pada sudut atas
                           
                          Bahagian belakang (reverse)syiling,ketara doubled die error


                              Perhatikan huruf atas dan bawah(bebayang),kedua2nya adalah jelas kesan tempaannya.






      

DIE DETERIORATION DOUBLING 20 SEN 2000

Bagi mereka yg tidak biasa dgn doubled die error (tempaan berganda) tentu mudah meletakkan syiling kategori ini bila terjumpa syiling yg kelihatan ada kesan tertempa dua kali....
    Kerap juga diperhatikan pengumpul2 (yg baru khususnya)terkeliru dgn beberapa kategori syiling yg kelihatan seolah2 doubled die error.Antara yg selalu menjadi kekeliruan adalah die deterioration doubling..
  Doubled die tulin boleh di asingkan dari die deterioration doubling jika diperhatikan pada beberapa ciri2 yg menjadikan kedua fenomena ini berbeza,satu dianggap errors yg ada nilai yg tinggi dan satu lagi hampir tak ada nilai errornya.
  Die deterioration terjadi disebabkan kerosakan pada permukaan die kerana terlalu lama diguna iaitu melebihi kemampuan die tersebut.Dengan melakukan kerja2 penempaan syiling 120 keping seminit tentunya die akan terjejas teruk bila digunakan berterusan,akibatnya syiling yg ditempa dgn die yg sudah rosak itu akan kelihatan seolah2 doubled die errors.
  Sementara Doubled die errors pula terjadi disebabkan oleh keadaan die itu sendiri..
    Pakar2 Numismatik yg mengkaji perkara ini menggariskan  satu ciri yg membezakan kedua situasi ini adalah dengan memerhatikan kesan pada syiling yg ada.Die deterioration doubling menyebabkan imej doubling akan kelihatan terjadi pada kedua arah..
     Syiling 20 sen siri bungaraya yg baik untuk dijadikan contoh die deterioration doubling ialah tahun 2000..

                            Bahagian muka 20 sen 2000
                        Bahagian belakang,perhatikan huruf"BANK NEGARA MALAYSIA".Hampir setiap huruf terjadi kesan seolah2 tempaan berganda (doubled die errors)
              ...dan setiap huruf jika diperhatikan terjadi imej kedua yg terarah pada kedua hala...keadaan ini adalah salah satu yg membezakan doubled die errors dengan die deterioration doubling....perhatikan contoh pada huruf "R",bagaimana imej utama dan imej bayangnya terarah pada dua hala

   Keterangan diatas adalah pendapat depankanta berasaskan nota pengumpul syiling luar negara,sekiranya ada pendapat yg lebih tepat untuk syiling Malaysia,post ini sedia untuk dikemaskini semula.....

Selasa, 16 Ogos 2011

FILLED DIE @ STRUCK THROUGH @ ?

Keadaan yg berlaku pada bahagian muka syiling siri Parlimen ini juga menarik untuk di teliti errornya..depankanta temui hampir 10 keping syiling yg terjadi begini dan kesemuanya terjadi pada bahagian muka syiling.
  Kalau ikut kesan yg ada,ianya adalah disebabkan die bawah (anvil die)dimasuki oleh sesuatu yg menyebabkan berlaku lekukan (kedalam) pada permukaan syiling.

                    Lekukan ini terjadi hanya pada bahagian muka syiling dgn berbagai saiz yg hampir sama dan terjadi bertaburan di seluruh permukaan syiling....tompokan minyak gris pada die bawah boleh juga menyebabkan terjadi error ini.
                               spesimen yg dipamirkan adalah pada tahun 1981 dan 1982

Ada juga yg berpendapat keadaan ini berlaku disebabkan perbuatan tangan2 nakal atau syiling ini terkena sesuatu  diluar kilang iaitu semasa dalam edaran....apa pendapat anda?

Ahad, 14 Ogos 2011

ROTATED DIE 20 SEN 2005

Agak sukar bagi pengumpul boleh menjumpai syiling2 rotated die,khususnya yg darjah pusingannya melebihi 45 darjah..premium bagi error ini diukur berdasarkan darjah pusingan error selain dari grednya samada di sudut pusingan jam (CW)atau bertentangan pusingan jam(CCW)
        depankanta temui sekeping syiling 20 sen 2005 yg agak ketara terjadi rotated die....

                                 Dengan menegakkan imej pada bahagian belakang syiling,perhatikan perbezaan pusingan pada bahagian muka syiling 2005 berbanding dgn syiling biasa 2007
                         
                    Sekiranya ditegakkan bahagian muka,bahagian belakang akan menunjukkan pusingan condong yg sama.depankanta tidak pasti nak mulakan darjah pusingan errornya dimana.Kalau ikut amalan biasa Numis Malaysia mungkin syiling ini CCW 135 darjah (?)