Rabu, 24 Ogos 2011

DIE CRACK 5 SEN 2008

Syiling 5 sen siri bunga raya adalah antara denominasi yg sering terjadi die crack errors,depankanta pernah pamirkan dalam posts terdahulu beberapa spesimen die crack yg dijumpai.
             Error yg disebabkan oleh keretakan pada die ini,sekiranya kita bernasib baik kita dapat mengumpul beberapa keping syiling yg menunjukkan perkembangan die yg semakin lama semakin banyak retakannya,tak pasti adakah Juruteknik @ QC kilang sengaja membiarkan keretakan ini sehingga parah baru die tersebut ditukar atau syiling2 ini terlepas pandang..Apapun kelemahan kilang adalah kelebihan pengumpul!..hehehe
     Untuk perkongsian kali ini depankanta pamirkan syiling 5 sen 2008 yg boleh dilihat bertambah keretakan yg berlaku...
             Dipamirkan semula syiling 5 sen 2010 yg ditempa dgn die bawah(anvil die) yg retak,mengakibatkan bahagian muka syiling terjadi RTR (rim to rim) die crack errors.
                           Syiling 2008 die crack error seperti petir kilat ini mungkin ramai pengumpul memilikinya...hanya satu keretakan saja yg dijumpai..
                                  Bila tahap kerosakan die bertambah dan tidak ditukar/baiki,akan mengakibatkan berlaku lagi keretakan lain....
                                  Die crack yg mula2 terjadi...
                              Bila die tersebut tidak di ganti/baiki,keretakan akan bertambah panjang atau akan wujud pula keretakan lain pada syiling berkenaan..
      

Selasa, 23 Ogos 2011

DOUBLED DIE 2008 & DIE DETERIORATION 2001

Mengikut kefahaman depankanta Doubled Die tulin terjadi seawal pembentukan die itu sendiri,ini bererti pada die  yg terjejas semasa proses pengehuban(hubbing process) telah wujud corak imej yg bertindih dan apabila die tadi menempa planchet maka terjadi lah doubled die errors.
       Keadaan ini lebih mudah dibuktikan jika kita jumpai beberapa keping syiling dalam batch yg sama,DD tulin akan ada lagi ramai saudara kembarnya yg ditempa menggunakan die yg sama.
       Depankanta ingin berkongsi DD tulin yg dapat dibezakan dari die deterioration atau mechanical doubling dengan jelas.

                                  Syiling 5 sen 2008,pada bahagian belakang(rev) terdapat kesan Doubled die (tulin)
                                         Dipamirkan 2 keping yg di tempa oleh die yg sama
                                        Terbukti kedudukan imej utama(primary )dan kedua(secondary) adalah sama,perhati dgn teliti pada beberapa contoh huruf yg didekatkan untuk permudahkan perbandingan...

                       Sementara syiling 5 sen 2001 ini pula adalah die deterioration doubling yg memperlihatkan perbezaan dgn doubled die tulin diatas.
                                     Sekali imbas kelihatan seolah2 Doubled die tapi bila diteliti pada dua keping syiling pada tahun yg sama ianya menampakkan kesan pada imej yg berbeza...Kadang2 die deterioration boleh menjejaskan kesempurnaan planchet.
                             Bagi mendapat keterangan lebih lanjut berkenaan Doubled die errors syiling 5 sen 2008 diatas sila lawat:    http://mnfaj.blogspot.com/2011/04/80-malaysia-5-sen-2008-doubled-die.html

Isnin, 22 Ogos 2011

DIE CLASH ERROR 5 SEN 2005

Biasa dijumpai die clash error terjadi pada bahagian tengah syiling,sebahagian besarnya melibatkan imej yg ada pada bahagian tengah tersebut.
      Untuk perkongsian kali ini dipamirkan penemuan die clash error yg terjadi hanya pada bahagian tepi syiling yg berhampiran dgn rim,iaitu syiling 5 sen 2005.

                                    Bahagian muka syiling 5 sen 2005 yg dikesan terdapat imej die clash error.
                             
                                     Sebahagian huruf 'BANK NEGARA" tertempa kedalam (negative) pada tepi rim
                           
                              Dipamirkan tiga spesimen 2005 yg dijumpai

                                     Bahagian huruf yg tertempa pada muka syiling



Ahad, 21 Ogos 2011

ROTATED DIE 5 SEN 1999

Membelek syiling 5 sen memang memenatkan mata,dengan saiznya yg kecil dan berkilau-kilau kalau silap cara boleh mengundang kerosakan mata yg berterusan..Satu faktor yg perlu diutamakan semasa proses memeriksa syiling2 error adalah faktor kesihatan dan keselamatan mata.
      Sering kali bila berhadapan dengan syiling2 error akan menyebabkan kita mudah teruja dan lupa pasal keselamatan mata,tambah lagi kalau terjumpa kategori error yg unik.
     Kalau ikut kaedah depankanta,terdapat beberapa kategori error yg agak "simple" cara memeriksanya.Sebagai contoh memeriksa syiling2 rotated die errors.Biasanya depankanta akan memeriksa error ini secara berasingan dari memeriksa error dalam kategori lain yg lebih rumit.Teknik ini akan mempercepatkan proses dan tiada syiling2 yg terlepas pandang..
    Bagi post kali ini pelawat dapat berkongsi sekeping syiling 5 sen 1999 yg dijumpai begitu besar darjah rotation errornya iaitu melebihi 145 darjah!
                                   Perhatikan kedudukan imej bila syiling 1999 ini bila dipusingkan berbanding dengan syiling biasa 2010.Sukar untuk menemui sekeping syiling dengan darjah pusingan hampir mencecah 180 darjah!



Sabtu, 20 Ogos 2011

DOUBLED DIES,MECHANICAL DOUBLING & DIE DETERIORATION

Dalam post yg lalu kita telah berkongsi serba sedikit mengenai kejadian Die deterioration yg sering terkeliru dgn doubled dies errors.
   Satu fenomena lagi yg sering terkeliru dgn doubled dies errors ialah mechanical doubling atau juga dikenali dgn nama"machine doubling","shift doubling",atau "shelf doubling"..salah satu faktor utama yg membezakan mechanical doubling dgn fenomena lain ialah ianya terjadi disebabkan pergerakan pada die pada masa proses penempaan dilakukan.Menjadi kebiasaan pada mana2 produk yg menggunakan machine akan berubah kualitinya mengikut kesempurnaan machine.Dalam proses penyilingan,kerja2 penempaan adalah yg paling penting dan ianya dilakukan secara berterusan.Lama-kelamaan kedudukan die dan lain2 peralatan akan longgar dan ini akan menyebabkan berlakunya mechanical doubling....akibatnya akan terjadi syiling2 yg kesan pada permukaannya seolah2 doubled die errors...
           BAGI MENJELASKAN LAGI DGN LEBIH TERPERINCI MENGENAI DOUBLED DIES,MECHANICAL DOUBLING DAN DIE DETERIORATION MENGIKUT SAINS NUMISMATIK,DEPANKANTA PAPARKAN SEMULA TULISAN AHLI NUMISMATIK, NUCOINS (petikan asal dari komen beliau)

"DD tulin bukan disebabkan oleh pergerakan die dalam proses penempaan seperti yang difahamkan malah disebabkan oleh proses pengehuban (hubbing process).
Penempaan syiling melibatkan proses pengehuban dulu dimana rekabentuk dari model epoxy besar dipindahkan/diperkecilkan keatas master hub (peringkat die pertama)melalui mesin Janvier transfer. Komputer digunakan sekarang dalam tahap ini.
Seterusnya, master hub digunakan untuk mengeluarkan master die diantara proses pemanasan (die annealing ) dengan mendudukannya dengan sempurna satu atas lain dalam mesin pengehuban untuk mendapatkan rekabentuk coin.
Dan seterusnya; Master Hub > Master Die > Working Hub > Working Die > proses penempaan koin.

Dalam proses pengehuban inilah ketidaksempurnaan selalu berlaku dimana die mungkin tidak didudukan dengan baik atau condong sedikit dan seterusnya menyebabkan doubling semasa kali kedua atau ketiga dilakukan. Biasanya hubbing ini dilakukan dengan beberapa kali untuk mendapatkan impression yang baik. Anealing (pemanasan ) perlu dilakukan untuk melembutkan logam die agar senang dihubkan kemudian.

Proses Multiple Squeezing (hubbing) biasanya (dibuktikan) akan menyebabkan doubling dari dulu lagi dan Single squeezing (hubbing) moden yang di gunakan sekarang (spt dibuktikan di USA) juga tidak megelakkan dari die doubling. Dari analisa koin2 kita, Kilang Shah Alam masih mengunakan kaedah multiple squeezing sampai sekarang.

Kerana terdapt ciri2 yang ketara yang dapat dibezakan dari die doubling inilah yang mendorongkan pakar2 Numis US (spt Wesler dan alan herbert) menkelaskannya kepada 5 jenis doubling yang kian mudah digunakan dan dipraktikan dalam komuniti numismatic.

Disamping itu, pergerakan dalam penempaan koin juga boleh menyebabkan doubling tapi dipanggil mechanical doubling atau shift doubling atau machine damage doubling (MDD). Kategori ini bukan DD tulin dan tidak bernilai kerana banyak dapat ditemui.
Die deterioration disebabkan oleh hakisan pergerakan logam (abrasion/erosion) atas permukaan die semasa penempaan terutamanya ketara ditepi huruf2 (logam dipaksa masuk dalam dengan kuat) yang menjadikannya kian terhakis kalau die digunakan dengan lama.
Keadaan ini jelas diperhatikan dan dinamakan sedemikian sebagai die deterioration doubling. "

Saya bukan pakar tapi hanya boleh menjelaskan sedikit berasaskan dari khusus diploma numismatik ANA beberapa tahun dahulu (yang merangkumi grading dynamics, mint/varieties errors , counterfeit process & identification, history, preservation etc) yang boleh dipelajari dan diamalkan dengan teratur ditambah pula dengan pengalaman saya.
(nucoins)
                Rujukan terus:http://nucoinsandnotes.blogspot.com/

Jutaan terima kasih depankanta ucapkan kepada nucoins atas penerangan yg begitu lengkap dan teknikal,wajar sekali kita semua panjangkan lagi perkongsian ini dan menjadikan syiling2 Malaysia sebagai bahan yg menarik untuk dibuat kajian.
    Depankanta pamirkan sedikit spesimen dari koleksi denominasi 20sen yg ada semoga para pelawat dapat menilai dan cuba meletakkan kategorinya...

                                          1993
                                      2007
                                      2009
                                   1994,1991,2001

Mungkin pendapat akan berbeza,ini adalah biasa untuk situasi begini....selamat mencuba."try and error"..
Nanti pakar-pakar Numismaik boleh tampil berkongsi pendapat dan memperbetulkannya....