Jumaat, 2 September 2011

DOUBLED DIE 50 SEN 2009

Dalam mengumpulkan koleksi syiling doubled die siri bunga raya,kebanyakan yang ditemui adalah bukan variti doubled die tulin tapi adalah syiling mechanikal doubling atau die deterioration doubling.Pada siri Parlimen sangat jarang dijumpai syiling doubled die.
      Depankanta hanya berjaya kumpul syiling DD tulin siri bunga raya bagi denominasi 5 sen,20 sen dan 50 sen.Syiling 10 sen agak sukar ditemui,hanya terdapat beberapa minor DD yg pernah dipamirkan.Depankanta agak bernasib baik kerana berjaya menemui lebih dari 5 keping syiling  variti DDR 5 sen 2008.
    Bagi post kali ini dipamirkan spesimen syiling 50 sen 2009 DDR yg telah pun ada dipamirkan dalam koleksi mnfaj dan nucoins.Memandangkan DD tulin adalah satu variti tentu keadaan syiling juga terdapat banyak persamaan .
        Sebenarnya syiling ini telah lama tersimpan,cadangan depankanta nak dipamirkan bersama DD 10 sen bagi cukupkan set tapi tak kesampaian kerana syiling 10 sen sangat sukar dijumpai.

                   
                                        Bahagian  muka 50sen 2009
                                    Bah.belakang,Kelihatan DDR yg sangat ketara pada keseluruhan huruf.
                  Ulasan Numismatik yang lengkap bagi DDR ini boleh dilihat dalam blog nucoins dan mnfaj...
                                     
                                 DDR syiling 5 sen 2008
                                     Dalam post terdahulu telah dipamirkan syiling 20 DDR ni.
  Tentu telah ramai pengumpul syiling error yg telah memiliki syiling2 spt ini hanya menunggu untuk cukupkan set dengan syiling 10 sen!..

Sabtu, 27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


DENGAN HATI YANG TULUS IKHLAS SEMPENA KEDATANGAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H/2011M,TERSUSUN SEPULUH JARI MEMOHON MAAF SEKIRANYA TERDAPAT APA YG TERSILAP DAN TERKURANG SEPANJANG TERSIARNYA BLOG DEPANKANTA INI.
            UNTUK SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT YG SUDI MENGUNJUNGI BLOG INI,DIUCAPKAN "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN"
           TIDAK DILUPAKAN KHAS UNTUK MR.DICKSON NIEW & WHYCOLLECT SEMOGA HARI RAYA INI DAPAT JUGA DIRAIKAN BERSAMA RAKAN2 NUMISMATIK MUSLIM.

IKHLAS,
ZULKIFELI ISMAIL & KELUARGA
PASIR MAS,KELANTAN

Jumaat, 26 Ogos 2011

MNS & DICKSON NIEW




MNS atau nama penuhnya MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY merupakan Pertubuhan berdaftar yg ditubuhkan seawal tahun 1968.
     Antara lain tujuan utama penubuhannya adalah untuk mendedahkan bidang penyelidikan syiling,medal,not.dll berkaitan Numismatik kepada ahli2nya.Disamping itu juga penyebaran maklumat terkini berkenaan Numismatik di seluruh dunia juga dibuat melalui beberapa siri penerbitannya...
     Apa yg menarik tentang MNS adalah keahliannya yg terbuka pada mereka yg berminat dari dalam dan luar negara.Ini tentunya memberi peluang terbaik bagi berkongsi maklumat dan meluaskan lagi bidang ini dari sudut pelaburan masa hadapan.
    Satu acara tahunan MNS yg semakin mendapat perhatian ramai ahli Numismatik termasuk dari negara2 jiran adalah acara lelongan yg diadakan empat kali setahun.Dalam acara lelong ini dapat dilihat harga yg ditawarkan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun,keadaan ini memberi gambaran yg baik pada mereka yg menyertai bidang ini sambil menceburi bidang perniagaan dan pelaburan.
   Pemerhatian depankanta mendapati penyertaan ahli Numismatik melayu dalam MNS  ini sangat terhad sedangkan semakin hari semakin  ramai lahir ahli2 Numismatik melayu yg berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dibidang ini.Keadaan ini mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi Pihak kerajaan (melalui Bank Negara tentunya)dalam memberi kerjasama dan apa2 kemudahan kepada MNS sebagaimana yg diberi oleh agensi kerajaan kepada persatuan2 sukan atau hiburan.Seharusnya Ahli2 Numismatik melayu,terutama yang berada di Lembah Kelang mengambil serius perkara ini dan menjadikan MNS satu flatform yg berwibawa dan menggambarkan penyertaan warga 1 Malaysia.
      Kalau dibandingkan dengan kelab2 atau persatuan Numismatik dinegara maju,kita masih ketinggalan beberapa langkah,antaranya hubungan antara pakar2 Numismatik kita dengan kontraktor yg membuat syiling dan wang kertas Malaysia adalah ditahap yg masih lemah.Dimana banyak persoalan tentang wang Malaysia hanya menjadi polemik antara pengumpul dan ahli Numismatik tanpa dapat dirujuk kepada Kilang,sedangkan kilang itu berdiri gah di Malaysia.

         lawat blog MNS:   http://www.money.org.my/

                                                               
                                                                  DICKSON NIEW
Antara ahli MNS yang aktif dalam talian internet melalui blognya ialah DICKSON NIEW,beliau merupakan seorang ahli Numismatik yang sentiasa bersedia berkongsi,memberi tunjuk ajar dan panduan berkaitan Numismatik.Sikap ahli MNS ini menggambarkan keterbukaan MNS sendiri dalam perkongsian maklumat Numismatik dengan semua pengumpul dan peminat-peminat Numis Malaysia.
     Pengalaman depankanta bersama Mr.Dickson Niew dalam hubungan di blog adalah sangat memberangsangkan.Sikapnya yang sentiasa bersahaja dan suka bergurau menyebabkan mereka yg baru menceburi bidang ini tidak kekok atau segan untuk berkomunikasi dengan seorang yg mempunyai nama besar dalam Numismatik Malaysia ini.Kesediaan danKeikhlasan beliau memberi teguran kepada pengumpul2 baru dapat dilihat dari sikap beliau yg sentiasa melawat blog2 pengumpul baru dan sentiasa meninggalkan komen yg memberangsangkan.
   Walaupun sebenarnya masih ramai pakar2 dan otai2 Numis Malaysia yang ada tapi kebanyakannya memilih cara tersendiri yg agak sukar untuk dijadikan rujukan atau perkongsian dengan mereka kerana tiada blog yg disediakan.
   Mengunjungi blog Dickson Niew seolah2 memasuki sebuah pasaraya,apa saja berkaitan Numismatik ada dipamirkan dengan keterangannya sekali.Bagi pelawat2 yg ingin membuat pertanyaan terus juga disediakan ruangan Q&A.Walaupun blog Dickson Niew berasaskan bahasa english tapi kefasihan beliau dalam B.M sangat baik dan beliau sedia berkomunikasi dalam dwi-bahasa.
         Bagi depankanta yg baru menceburi bidang syiling error ini,kehadiran Dickson Niew adalah seumpama mendapat seorang kawan dan sifu sekali gus.Banyak maklumat yang telah dikongsi bersama menjadikan bidang bukan hanya sekadar satu hobi semata-mata.
                         "SELAMAT MAJU JAYA MNS DAN MR.DICKSON NIEW"

            Lawatan terus ke blog Mr.Dickson:  http://dniewcollectors.blogspot.com/
   

   

Khamis, 25 Ogos 2011

FINNED EDGE & STRIKE THROUGH 5 SEN 2010

Syiling 5 sen 2010 adalah antara denominasi 2010 yg boleh dijumpai berbagai ketegori error.Beberapa error spt.die clash,die crack,die chip error dll telah dipamirkan dalam posts sebelum ini.
   Untuk perkongsian kali ini dipamirkan 2 spesimen 5sen 2010 yg mungkin adalah dalam kategorikan finned edge dan strike through errors.......

                                    Terdapat di kedudukan jam 3.00 dan jam 9.00 (bertentangan) kesan seolah2 finned edge error tapi tiada metal yg berlebihan timbul pada hujung rim....mungkin juga ini adalah dalam lain2 sub-kategori rim error
                                  Dikesan terjadi pada sudut yg bertentangan

                                     Yang ini terdapat kesan sesuatu telah menghalang permukaan die menyebabkan permukaan syiling yg ditempa tidak sempurna....
                                      Kejadian begini boleh juga disebabkan tompokan minyak gris atau benda keras yg berada antara die dan planchet semasa proses tempaan dibuat..

Rabu, 24 Ogos 2011

DIE CRACK 5 SEN 2008

Syiling 5 sen siri bunga raya adalah antara denominasi yg sering terjadi die crack errors,depankanta pernah pamirkan dalam posts terdahulu beberapa spesimen die crack yg dijumpai.
             Error yg disebabkan oleh keretakan pada die ini,sekiranya kita bernasib baik kita dapat mengumpul beberapa keping syiling yg menunjukkan perkembangan die yg semakin lama semakin banyak retakannya,tak pasti adakah Juruteknik @ QC kilang sengaja membiarkan keretakan ini sehingga parah baru die tersebut ditukar atau syiling2 ini terlepas pandang..Apapun kelemahan kilang adalah kelebihan pengumpul!..hehehe
     Untuk perkongsian kali ini depankanta pamirkan syiling 5 sen 2008 yg boleh dilihat bertambah keretakan yg berlaku...
             Dipamirkan semula syiling 5 sen 2010 yg ditempa dgn die bawah(anvil die) yg retak,mengakibatkan bahagian muka syiling terjadi RTR (rim to rim) die crack errors.
                           Syiling 2008 die crack error seperti petir kilat ini mungkin ramai pengumpul memilikinya...hanya satu keretakan saja yg dijumpai..
                                  Bila tahap kerosakan die bertambah dan tidak ditukar/baiki,akan mengakibatkan berlaku lagi keretakan lain....
                                  Die crack yg mula2 terjadi...
                              Bila die tersebut tidak di ganti/baiki,keretakan akan bertambah panjang atau akan wujud pula keretakan lain pada syiling berkenaan..