Ahad, 2 Oktober 2011

CUD ERROR

"Cud",hanya satu tempat saja istilah ini digunakan pada asalnya,carian singkat dalam wikipedia menemui "cud" ini diistilahkan kepada makanan dalam perut lembu yg dikeluarkan untuk dimamah semula kali kedua.Bagi depankanta yg biasa dgn kehidupan kampung pernah juga tersua dgn lembu2 yg masih mengunyah pada waktu malam dalam gelap gelita..lembu sedang mengunyah"cud'!
         Bagaimana pula syiling error yg terdapat logam yg berlebihan(biasanya menyentuh bahagian rim) dipanggil cud error,tidak pula diterangkan oleh pakar2 numis.Cud error biasanya terjadi pada syiling yg ditempa dgn die yg rosak disebabkan sebahagiannya terserpih,ianya boleh terjadi pada die yg sudah lama retak atau pecah yg menyebabkan die crack atau die break errors.  Antara spesimen cud error yg jelas telah dipamirkan blogger numismatik mnfaj :http://mnfaj.blogspot.com/
       Depankanta juga memiliki sekeping syiling 5 sen 1993 yg boleh dikaitkan dgn cud error tapi terdapat sedikit kelainan pada spesimen yang dipamirkan ini.
 
                                  Bahagian belakang syiling terdapat beberapa lebihan logam

                           Bila ditelitikan ianya kelihatan seperti bonjol,perhatikan bahagian tepi rim yang masih elok

                              Bahagian muka syiling tiada kesan....

                                Bahagian edge syiling ini juga tidak terjejas....

     
     Pakar2 syiling error mungkin ada sesuatu untuk dikongsi berkaitan syiling ini....

Sabtu, 1 Oktober 2011

ESTET VS PEKEBUN KECIL

Estet atau ladang biasanya merujuk kepada keluasan tanah pertanian lebih dari seratus ekar pada satu pemilik dan pekebun kecil pula yg kurang dari itu....
       Dalam post santai hujung minggu ini depankanta ingin kongsi bagaimana selain pengumpul2 serius yg ibarat sebuah ladang yg mempunyai berbagai koleksi peribadi yg mungkin jumlahnya mencecah ribuan unit,terdapat juga dari kalangan orang ramai yg mempunyai minat yg sama.Namun oleh kekangan masa dan sebab2 tertentu mereka lebih memilih utk menjadi "pekebun kecil "yg hanya mengumpul apa yg mudah tercapai.Mengikut pemerhatian depankanta "pekebun kecil "ini ramai dan koleksi mereka hanya berkisar pada apa yg datang ketangan mereka.
       Izani Hj Mohamad adalah seorang pengusaha kedai makan di Kg Kubang Bemban,Pasir Mas yg sering dikunjungi oleh pelanggan dari berbagai latar belakang,dari pelanggan2 itu lah  beliau mendapat koleksi wang kertas berbagai negara....
                                          Izani bergaya dengan koleksi peribadi yg diletak bawah cermin meja"kaunter"..

                                     Wang kertas berbagai negara...

                                     Wang kertas lama Malaysia...
                                       Banyak juga koleksi idaman pengumpul ada disini...
                                       Duit jepun pun ada....

 Masih banyak lagi kedai2 runcit/makan di pekan kecil seluruh pelusuk Malaysia yg pamirkan koleksi wang kertas cara begini dengan berbagai tujuan,,sekiranya anda berminat untuk memilikinya,tidak salah kalau bertanya.........

       

DOT & CIRCLES,TERJAWAB!

Setelah 3 siri Posts depankanta pamirkan syiling yg dinamakan dot & circles (bukan istilah numismatik)syiling  5 sen,20 sen dan 50 sen keluaran tahun 2011,berbagai komen dibuat oleh ahli2 numis kita.Memandangkan sebelum ini tidak pernah  dipamirkan syiling2 begini (walaupun ramai yg memilikinya)menyebabkan ianya dilihat sebagai fenomina baru bagi syiling Malaysia.
    Pada awal penemuan,depankanta dan whycollect beranggapan ini adalah variti syiling 2011 sebab semua fenomina bintik dan bulatan ini adalah pada syiling 2011.
    Penemuan syiling 5 sen 2009 yg juga terdapat kesan bintik2 yg membentuk bulatan telah menjawab persoalan diatas.Ianya bukan variti tapi kemungkinan adalah repaired die error yg terjadi disebabkan kerja2 membersih/membaiki die  yg tidak sempurna menyebabkan masih tertinggal kesan bintik2 ini pada die,sebagaimana yg di terangkan oleh Mr Dickson Niew.

                                   Bahagian muka syiling 5 sen 2009
                           Bintik-bintik yg membentuk bulatan sama seperti  yg terdapat pada syiling2  2011

                      Bahagian belakang syiling 5 sen 2009

                         Syiling 5 sen 2011 yg pernah dipamirkan....
   
                            Persamaan bintik2 yg terdapat pada kedua syiling ini..berlainan saiz bulatan mungkin disebabkan saiz mesin/peralatan mencuci yg digunakan adalah berlainan antara 2009 dan 2011
   

 Atau ada pendapat lain yg lebih tepat?
              

Khamis, 29 September 2011

FILLED DIE ?,SERUPA TAPI TAK SAMA

Sangat jarang dijumpai dua keadaan error yang sama terjadi pada denominasi syiling berbeza,tentu sekali untuk kerja2 tempaan syiling diselaraskan die mengikut denominasi dan variti syiling yg akan ditempa.
      Dalam post terdahulu pernah dipamirkan sekeping syiling 50 sen 2005 yg mungkin kesan filled die pada imej tangkai stigma bunga raya yg menyebabkan tangkainya kelihatan terputus.Apa yang menjadi renungan disini ialah penemuan sekeping syiling 5 sen 2005 yg juga terjadi filled die pada tangkai stigma bunga raya dan di tempat yg sama dengan syiling 50 sen 2005.
                             
                                Bahagian muka 5sen 2005


                           Bahagian belakang yg kelihatan terputus tangkai stigma bunga raya kesan dari filled die.

                Kejadian sama juga terjadi pada syiling 50 sen 2005 yg pernah dipamirkan....

            Samada secara kebetulan atau sebab2 tertentu menyebabkan error ini terjadi pada dua denominasi yg jauh berbeza saiznya walaupun ditempa pada tahun yg sama....

Mungkin ada pendapat lain yg lebih tepat tentang 2 error ini....

Rabu, 28 September 2011

DIE CRACK,BINTANG KE BINTANG

Dengan jumlah keluaran sebanyak 17,852,262 menjadikan syiling 10 sen 1988 sebagai syiling kedua terendah selepas syiling "keramat"10 sen 1971 pada denominasi 10 sen siri Parlimen.Adalah perkara biasa bagi pengumpul akan berusaha mencari syiling2 yg mintage rendah begini untuk menambahkan koleksi masing2.
     Jika dilayari dalam beberapa laman web yg menjual/melelong koleksi pengumpul,syiling 10 sen 1988 adalah diantara yang mendapat tempat pada pembeli....
    Dalam membelek2 syiling siri Parlimen,tiba2 terpandang sekeping syiling ini yg agak istimewa.Kesan die crack terjadi tepat dari hujung bintang menghala ke bintang yg terdapat pada tepi rim...

                              Bahagian belakang syiling tiada kesan error yg ketara,hanya sedikit kesan die clash yg hampir  tidak kelihatan dalam imej ini....

               
             Dalam koleksi depankanta kebanyakan die crack dan die clash error pada siri Parlimen dijumpai terjadi pada bahagian muka (obverse),mungkin anvil dienya lebih cepat letih berbanding dgn hammer die..hehe
          


              Agak menarik die crack error ini terjadi dari hujung bintang ke hujung "bintang" pada tepi rim,juga kelihatan imej ghostly "0"die clash error yg banyak dijumpai pada pada hampir semua denominasi 10 sen siri Parlimen