Isnin, 14 November 2011

STRIKE THROUGH

Strike through errors,dalam keadaan tertentu agak sukar dibezakan dengan filled die errors.Biasa ditemui beberapa spesimen strike through errors melibatkan minyak gris yang mungkin digunakan untuk melicin dan menyejukkan die dalam proses penyilingan..
      Syiling strike through error kadang2 boleh dikelirukan juga dengan kerosakan yg terjadi diluar kilang (PMD).Terdapat ciri2 yg perlu diberi perhatian bagi membezakan antara dua kategori syiling ini,antaranya ialah meneliti secara terperinci kesan yg terjadi pada imej tertentu.
     Dipamirkan sekeping syiling 10 sen 1982 yg jelas dapat membezakan strike through error dgn syiling PMD
                    Perhatikan tingkap2 pada bangunan Parlimen yg masih kekal bentuk asal walaupun sebahagian atas lapisan logam planchet telah rosak.Sekiranya diguris atau terguris oleh sesuatu tentu ianya akan meninggalkan kesan garis berlubang dan bertebing ,tidak akan menampakkan imej begini.

       Tiada kesan bertebing  pada keseluruhan bahagian yg terjejas..Sekiranya dititik apa jua jenis asid yg kuat ianya akan menjejaskan syiling secara mendatar dan terdapat kesan perbezaan logam antara bahagian yg terkena asid dan yg tidak terkena.Bahan atau objek sebenar yg berada antara die dan planchet ini semasa tempaan masih menjadi teka-teki depankanta.

                       Tidak menjejaskan pada bahagian belakang syiling

  Syiling ini dipamirkan bagi tujuan perkongsian dan bertukar pendapat,sekiranya pengunjung ada idea yg lain adalah sangat dialu2kan untuk perkongsian bersama...

Ahad, 13 November 2011

TRIPLE DIE CLASH

Syiling 10 sen siri bunga raya adalah antara syiling yg sukar dijumpai terjadi die clash errors,berbanding dengan siri Parlimen yg banyak dijumpai imej "0" pada bahagian muka syiling terutama syiling 10 sen tahun 1981...
        Sekeping syiling 10 sen 1999 dijumpai agak berlainan dengan imej die clash yang biasa,dimana akibat dari "pertembungan"sesama die yg tertempa tiga kali menyebabkan kesannya dapat dilihat dengan jelas pada permukaan syiling..

                                      Syiling 10 sen 1999 (belakang),jelas dapat dilihat kesan tertempa tiga kali die atas dan die bawah menyebabkan bila die atas (hammer die) yg rosak itu menempa planchet begini lah jadinya..
              Jarang dijumpai kesan ghostly die clash pada syiling 10 sen yang hampir lengkap begini....

                           Pada bahagian muka syiling tidak ada apa2 kesan die clash...
   

Rabu, 9 November 2011

ERROR SYILING PALSU

Sebagaimana syiling tulin,syiling keris palsu juga dijumpai terjadi berbagai kategori errors.Kalangan ahli2 numismatik khususnya peminat syiling error telah meletakkan premium bagi setiap kategori error ini sebagaimana yg diletakkan pada syiling tulin.Antara error yg dijumpai pada syiling palsu keris.....

                                Die crack

                              Die crack dimerata permukaan syiling..

                               Filled die

                                            Rim error

                                Mechanical doubling...

                               Minor off centre....

Selasa, 8 November 2011

SYILING KERIS PALSU,DIE CLASH

Die clash errors yg dikesan terjadi pada syiling palsu menggambarkan pembuatan syiling palsu juga melalui proses penyilingan yg hampir  sama dengan syiling tulin.Kategori error ni sukar dijumpai pada syiling tulin.
           
                             Bahagian muka syiling palsu 1991,imej ghostly bunga raya kelihatan tersembunyi dibawah corak songket,dengan pemerhatian yg teliti dapat dilihat imej bunga raya yg agak ketara.
                           




    Die clash terjadi di kedua permukaan syiling,pada bahagian belakang syiling terdapat imej keris dan sarung.
 Die clash pada kedua permukaan biasanya terjadi bila pusingan mesin chamber yg menempatkan planchet syiling berada pada kedudukan yg sama dgn kedua die yg mengalami kerosakan akibat terjadi die clash.
Imej corak songket juga kelihatan pada syiling ini.......


Ahad, 6 November 2011

SYILING KERIS PALSU,VARIETY ERROR

Dua Variti pada permukaan syiling keris tulin hanya dibuat pada tahun 1993 melibatkan perubahan pada logo "$" digantikan dengan perkataan"RINGGIT"sesuai dgn penggunaan perkataan RINGGIT MALAYSIA( RM) yg mula diperkenalkan khusus bagi wang ringgit Malaysia.
       Berasaskan info dari Mr Dickson Niew seorang pakar syiling error & palsu Malaysia tentang wujudnya syiling palsu keris 1992 yg tertera tulisan "RINGGIT",depankanta cuba merisik dari kawan2 yg pulang beraya dikampung .Setelah sekian lama mencari akhirnya seorang kawan,WAN ZURAIDI WAN ABD AZIZ setuju untuk meminjamkan sekeping syiling keris 1992 "RINGGIT"untuk tujuan perkongsian,menurutnya beliau tidak menyangka syiling ini adalah palsu sebaliknya menyimpan sebagai syiling biasa yg istimewa..
      Depankanta terangkan dgn panjang lebar ciri2 palsu yg ada pada syiling ini,beliau akhirnya bersetuju untuk meminjamkan syiling ini tapi tidak bersedia untuk menjualnya kerana dalam 250 keping koleksi syiling kerisnya,hanya sekeping dijumpai syiling begini...

                            Syiling keris palsu 1992 dengan variti "RINGGIT"

                                Bahagian Muka syiling palsu 1992

                                Pada sisi (edge) dan ketebalan syiling ini adalah ciri2 biasa...

    Perbezaan syiling palsu dgn syiling tulin 1992,beberapa ciri2 palsu dapat dikesan bila digandingkan begini.

           Pada angka "92" paling ketara ciri2 palsunya iaitu angka "2" didapati lebih "tinggi'saiznya berbanding angka"9"..Berbanding syiling tulin dan syiling palsu 1992 yg tulisannya agak sempurna.depankanta berpendapat syiling ini dibuat oleh entiti yg berlainan dari pembuat syiling palsu 1992 "$"
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SDR WAN ZURAIDI UNTUK PERKONGSIAN INI...
"terima kasih daun keladi.Ada lagi,kongsi lagi"....hehe