Selasa, 22 November 2011

SPANISH FLOWER ERROR

Dengan motif sulur kacang pada bahagian muka syiling 50 sen Malaysia siri ke-3 menampakkan ciri2 tradisi warisan sejarah Malaysia masih dikekalkan.Reka bentuk pada kedua-dua permukaan syiling ini begitu menarik,tambah lagi dengan adanya beberapa ciri2 keselamatan pada syiling 50sen ini..
    Pada sisi syiling ini (edge),bentuk spanish flower pula dipilih untuk bagi menggantikan corak sisi edge lettering,milled edge atau security edge yg digunakan sebelum ini...
        Dalam membelek2 syiling baru ini,terpandang sedikit kelainan yg terdapat pada edge syiling yg sekeping  ini,iaitu terdapat sedikit kesan berlubang yg mungkin berlaku semasa tempaan..Kalau kesan begini terdapat pada permukaan syiling mungkin ianya sesuai dengan kategori filled die error..Penemuan ini adalah merupakan error pertama bagi syiling ke-3!
                              Bahagian muka syiling 50 sen 2011 siri ke-3.......

                              Bahagian belakang syiling...Sisi (edge) yg berbentuk Spanish flower ini juga digunakan oleh syiling Euro dan New Zealand 20 cent...

                         Mungkin logam nikel loyang yg bersalut kuprum ini sukar untuk menerima bentuk yg berpenjuru menyebabkan permukaan sisi syiling ini kelihatan tidak begitu kemas..
             Error yg merupakan kesan sesuatu yg menganggu semasa proses penempaan telah dijumpai pada sisi syiling ini.

                             Kiri,inilah error pertama yg depankanta temui pada syiling siri ke-3.Kanan,sisi yg kurang sempurna tempaannya....


Isnin, 21 November 2011

PLANCHET LAMINATION

Lamination error berbeza dengan strike through atau filled die error pada asal bagaimana error ini terjadi.Mungkin sekali pandang kesan yg terjadi pada syiling adalah hampir sama antara ketiga2 kategori errors ini.
    Setiap planchet akan melalui berbagai proses sebelum ianya dimasukkan kedalam chamber untuk ditempa,semasa melalui proses tersebut kemungkinan sesuatu bahan atau objek luar telah berada pada bawah lapisan nipis permukaan planchet.Bila tempaan berlaku dalam keadaan tekanan dan kepanasan yg tinggi menyebabkan lapisan atas yg menyelaputi bahan luar tadi akan mengelupas dan meninggalkan kesan Lamination error pada syiling..
            Syiling 50 sen 1997 ini dijumpai terdapat kesan mengelupas pada lapisan planchetnya yg membezakan dgn lain2 error.

                           Lamination error boleh disebabkan minyak,gris,gas,udara dll bahan terperangkap bawah lapisan permukaan planchet dan kemudiannya lapisan itu mengelupas lalu meninggalkan kesan pada permukaan syiling.

        Lamination error biasanya terjadi pada satu permukaan sahaja samada obverse atau reverse syiling
Mungkin pakar-pakar syiling error kita ada pendapat lain tentang syiling ini.

Ahad, 20 November 2011

DIE CRACK + STRIKE THROUGH METAL POWDER


Syiling yg terjadi 2 in 1 errors agak jarang dijumpai,apa lagi ianya melibatkan die crack.Sekeping syiling 20 sen 1998 ini dijumpai die crack bersama strike through  pada bahagian belakang dan filled die pada bahagian muka syiling



                         Mungkin ada sesuatu yg menghalang permukaan die yg sudah pun ada keretakan semasa proses penempaan menyebabkan imej pada syiling terjadi begini....

                       Strike through metal powder terjadi pada kedua permukaan syiling....

Jumaat, 18 November 2011

STRIKE THROUGH GREASE

Gris adalah sejenis minyak pelincir yg likat.Ianya tentu digunakan dalam proses penyilingan bagi menyejuk dan melicinkan die secara berjadual dan berterusan.Penggunaan gris ini tentu dikawal dan diseliakan dengan betul teknikalnya supaya kehadirannya tidak menganggu imej2 pada die semasa proses penempaan.
     Selalu kita jumpa beberapa spesimen dipamirkan oleh pengumpul syiling error berkaitan kerosakan syiling yg disebabkan oleh gris spt filled die error dan strike through grease error.Kesan gris ini pada syiling kadang2 boleh terkeliru dgn kesan kerosakan yg terjadi diluar kilang (PMD)..
    Perkongsian disini adalah sekeping syiling 20 sen 1998 yg sangat jelas kehadiran gris semasa proses penempaan.Syiling ini sangat sesuai untuk pengumpul melihat bagaimana gris merebak bila ditempa oleh die....
                      Bahagian muka syiling 1998 yg ketara kelihatan kesan gris yg merebak kearah rim

                       Tompokan gris asalnya mungkin berada ditengah2 planchet,bila die menempa keatasnya gris itu merebak keluar dan meninggalkan kesan yg jelas pada syiling ini.

    Bahagian belakang syiling 1998 ini tidak terjejas kerana gris hanya berada pada bahagian muka planchet

                 Strike through grease pada syiling 50 sen yg dipamirkan post terdahulu kelihatan berlainan kesannya.Ini bergantung pada jenis gris,suhu dan tekanan die semasa proses penempaan.

                   Syiling 20 siri Parlimen ini yg juga pernah dipamirkan ini lain pula kesannya.....

   

Khamis, 17 November 2011

PMD @ MINT ERRORS

Syiling 50 sen 2001 ini mengikut pendapat depankanta adalah syiling tulin,keadaan permukaan planchetnya yg ketara menampakkan kelainan dari syiling biasa menjadikan syiling ini istimewa.
     Keseluruhan kedua permukaan syiling ini terdapat kesan hakisan logam.Berbagai kemungkinan boleh diandaikan pada sekeping syiling ini,samada Post Mint Damage (PMD),strike through grease,lamination error atau apa saja striking error...
                                     Seluruh permukaan planchetnya terjejas teruk....

                    Bagi mempastikan samada ianya mint error atau PMD,terdapat tempat perlu diberi penelitian..
                           Bahagian muka syiling ini juga kelihatan kesan yg sama...

                             Kalau difokuskan pada beberapa bahagian tertentu,kelihatan kesan mengelupas yang merupakan ciri2 lamination error....
             Mungkin pakar-pakar syiling error kita dapat membantu kenal pasti kategori sebenar syiling ini