Jumaat, 16 Disember 2011

PARTIAL COLLAR

Dengan memahami bagaimana proses membuat syiling akan memudahkan kita memahami bagaimana sesuatu error terjadi.Dalam post ini depankanta cuba gambarkan bagaimana partial collar yg terjadi pada syiling,melalui lakaran ringkas gambarajah kedudukan die...
                                   Rajah 1 menunjukkan keadaan normal proses penempaan iaitu kedudukan planchet dalam chamber dikelilingi oleh collar die (die ke-3) dgn sepenuhnya...syiling ditempa dengan sempurna
                                   Rajah 2,dalam keadaan tertentu pelarasan (timing?) antara die atas dan collar die tidak selari menyebabkan die atas menempa planchet semasa kedudukan collar die tidak meliputi sepenuhnya planchet menyebabkan hanya sebahagian milled edge tertempa pada sisi syiling.

                                         Beginilah keadaan syiling Partial collar yg ditempa dgn tidak sempurna pada sisinya (edge).

                                         Keadaan ini juga akan memberi kesan pada permukaan syiling samada off centre atau broadstrike error akan terjadi

Khamis, 15 Disember 2011

SPLIT PLANCHET VS FINNED EDGE

Dalam kategori split planchet samada before strike atau after strike telah diterangkan oleh pakar syiling error Mr Dickson Niew dalam blognya...depankanta tidak pasti adakah sekeping syiling 10 sen 2006 ini juga termasuk dalam kategoti tersebut..Ketebalan syiling ini juga adalah biasa berbeza dgn apa yg dipamirkan oleh pakar2 tentang katagori error ini.
                                 Bahagian muka syiling 10 sen 2006,garis yg muncul dipermukaan syiling sangat jelas dan ianya berada dibawah imej congkak.
               
                              Garis ini berada dibawah imej congkak dan kelihatan hingga kebahagian rim.

                              Bahagian belakang syiling ini pula kelihatan kesan finned edge yg agak ketara

                               finned edge dari jam 3.00 hingga jam 8.00
Walaupun kondisi syiling ini agak lusuh tapi penemuan errors yg terjadi pada syiling ini menjadikannya istimewa.,,'hitam manis"...hehe

Rabu, 14 Disember 2011

ROTATED DIE

Rotated die merupakan fenomena biasa pada syiling moden,ianya bermula dari beberapa darjah hingga 180 darjah (maksima).Darjah ini mengambil kira pusingan yg "lari"dari sepatutnya iaitu 0 darjah,pada kedudukan ini imej bahagian belakang dan muka syiling berada pada kedudukan selari (syiling Malaysia)
        Pakar2 numis menggambarkan rotated die ini samada CW (clockwise) atau CCW (counterclockwise)
mengikut pusingan error imej yg terjadi.
       Kedudukan asal imej pada kedua permukaan syiling tidak sama antara negara,contohnya syiling U.S atau Thailand berlainan dgn kedudukan imej pada permukaan syiling Malaysia.
       Dalam koleksi depankanta telah cukup semua denominasi bagi  siri bunga raya dengan rotated die melebihi 100 darjah..Bila disemak posts berkaitan error ini tertinggal syiling 50 sen yg belum dipamirkan walaupun sudah lama dijumpai...
                         
                                  Syiling 50 sen 2000,perhatikan puncak/kepala wau pada bah.muka syiling berada setentang dgn huruf "E" SEN bah.belakang....rotated die 180 darjah.

                            Keadaan yg sama dijumpai pada syiling 50 sen 2005 ini...

Selasa, 13 Disember 2011

RIM CUD UNIK

Hanya dengan sedikit pengetahuan tentang cud error ini,depankanta cuba untuk pamirkan  syiling2 yg boleh dikaitkan dgn kategori ini bertujuan untuk perkongsian dan memantapkan lagi maklumat tentang syiling error Malaysia.
     Biasa dipamirkan rim cud error adalah yg kelihatan setompok atau beberapa tompok cud yg berada pada rim.Penemuan sekeping syiling 1 sen 2007 ini agak unik iaitu cud yg terjadi pada rim adalah berbentuk memanjang dibahagian muka syiling.

                                    Bahagian muka syiling 1 sen 2007,cud pada rim yg berbentuk unik.


                                       Tiada kesan pada sisi (edge) syiling
                                     Pada bahagian belakang tiada kesan error..

Isnin, 12 Disember 2011

FINNED EDGE @ FINNED RIM

Proses penempaan syiling moden biasanya menggunakan tiga die iaitu,die atas(hammer die),die bawah(anvil die ) dan die sisi (collar die) telah menghasilkan berbagai jenis error.Kebanyakan error yg disebabkan die (die error) di sumbangkan oleh kerosakan pada die atas dan die bawah.Jarang sekali ditemui error yg disebabkan collar die spt finned edge error.
    Finned edge atau finned rim yg minor banyak didapati namun bagi mencari fin yg agak tinggi dan tebal  spt syiling 5 sen 2006 ini agak sukar di jumpai..
                        Bah.belakang syiling 5 sen 2006,perhatikan rim yg tinggi bermula dari jam 10.00 hingga jam 2.00

                                    Finned edge yg unik ini dapat dirasakan ketinggiannya dgn hujung jari...

                                   Bah.mukanya pula terjadi minor off centre...
 Dalam post terdahulu telah dipamirkan finned edge bagi syiling 1 sen...