Jumaat, 13 Januari 2012

RTR DIE CRACK

Menjelang pengedaran syiling baru siri ke-3 pada hari Isnin depan,mungkin disemua bank dah ada menyimpan syiling2 itu dan bersedia untuk diedarkan pagi isnin nanti.Depankanta memang terkilan kerana syiling 1 sen tidak akan kelihatan lagi ditangan orang ramai...Walaupun dalam perhitungan ekonomi Malaysia nilai ini masih wujud tapi bila fizikalnya tidak lagi kelihatan membuatkan peminat syiling error spt depankanta dah terkurang satu denominasi untuk diteliti...
       Dipamirkan untuk perkongsian,sekeping syiling 1 sen 2006 dengan kesan die crack yg sangat menarik...
                                         Bahagian belakang,kesan keretakan die yang sangat ketara.

                                        Ciri2 die crack juga terdapat pada bahagian muka syiling
  Melihat tanda2 pada bahagian belakang syiling ini,kemungkinan ianya dalam kategori split die strike errors sebagaimana spesimen yang dipamirkan oleh Mr Dickson Niew dalam blognya:http://dniewcollectors.blogspot.com/2011/12/die-errors-split-die-strike-errors.html

Khamis, 12 Januari 2012

ROTATED DIE SIRI BUNGA RAYA

Rotated die error adalah antara kategori yang mudah difahami bagaimana ianya terjadi.Bila proses penempaan menggunakan dua die,iaitu die atas (hammer die) dan die bawah (anvil die) digunakan tentu tentu lama kelamaan komponen yang memegang die akan longgar dan menyebabkan die terpusing dari kedudukan asal.
    Die atas dan die bawah yang asal kedudukannya selari mengikut imej dikedua permukaan syiling,terpusing sedikit demi sedikit yang menghasilkan darjah pusingan error yg semakin meningkat.
    Terdapat dua kiraan darjah pusingan error ini yg popular digunakan oleh pakar2 syiling error iaitu sudut maksima 180 darjah dan sudut maksima 360 darjah.Depankanta lebih cenderung untuk menggunakan 180 darjah kerana kiraannya lebih mudah.Kecondongan imej pula digambarkan dgn (CW) Clockwise dan (CCW) counterclockwise mengikut arah imej yg terpusing.
   Perkongsian dalam siri error & denominasi sekali ini akan memaparkan koleksi syiling rotated die error..

                                  50 sen 2005    CCW 170 DARJAH
                             
                                 20 SEN 2005      CCW 165 DARJAH

                                10 SEN 2006       CCW 160 DARJAH

                                   5 SEN 1999         CW 150  DARJAH

                                 1 SEN 2006        CW 165 DARJAH

 
    

Rabu, 11 Januari 2012

SET DIE CRACK (REVERSE)

Die crack adalah antara error yang popular terjadi pada syiling Malaysia siri bunga raya.Syiling 1 sen 2006 didapati mendominasi error ini untuk kategori pada bahagian belakang syiling.
             Keretakan pada die adalah punca utama yg menyebabkan terjadi imej garisan tebing pada syiling,dari keretakan kecil lama kelamaan ianya menjadi semakin besar dan biasanya pada peringkat ini akan menghasilkan die break error.Jika masih dibiarkan sebahagian dari permukaan die (biasanya dibahagian tepi permukaan die) akan terserpih dan meninggalkan satu ruang lopong,bila die ini menempa syiling akan membentuk cud error yg biasa terjadi rapat pada rim syiling.
            Untuk perkongsian bersama depankanta pamirkan syiling die crack error yg terjadi pada bahagian belakang syiling bagi semua denominasi syiling siri bunga raya.
                               
                               50 SEN 2010
                           
                              20 SEN 2010

                               10 SEN 2006
                           
                               5 SEN 2010
                             
                               RTR DIE CRACK 1 SEN 2006

            

Isnin, 9 Januari 2012

DIE CLASH SIRI BUNGA RAYA

Die clash error tidak begitu sukar untuk dikenal pasti ciri-cirinya kerana imej bebayang (ghostly) yang terjadi pada permukaan syiling akan muncul menyamai imej disebelahnya (berbentuk negative).
     Bagaimana error ini terjadi telah banyak diceritakan oleh pakar2 syiling Malaysia dalam blog mereka.Selain itu penting juga diketahui beberapa sub kategori dalam syiling die clash error ini,antaranya rotated die clash,double/triple/multi die clash yang telah pun dipamirkan dalam blog pengumpul syiling error.
    Untuk perkongsian ini,depankanta pamirkan die clash pada bahagian belakang (Rev) yang terjadi pada semua deno Syiling Malaysia siri bunga raya.
                       Syiling 50 sen 2010

                      20 sen 2007,(denominasi yang paling sukar dijumpai terjadi die clash)

                       10 sen 2001

                        5 sen 2001
     
                        1 sen 2004
                           Paparan tahun keluaran adalah sebagai spesimen yang dijumpai,sebenarnya hampir setiap tahun pengeluaran syiling didapati terjadi die clash error.

Ahad, 8 Januari 2012

MDD

Walaupun dalam senarai kategori error antarabangsa tidak dimasukkan MDD sebagai syiling error.Bagi setiap negara mempunyai senario errornya yang tersendiri,Salah satu sebab syiling MDD tidak tersenarai adalah kerana ianya mudah terjadi dan banyak didapati dalam edaran.Keadaan ini adalah disebabkan pada tapisan mutu piawaian di kilang,syiling2 begini diluluskan untuk edaran jadi ianya banyak dan mudah dijumpai.
      Syiling Malaysia siri Perlimen,deno 20 sen 1988 mendominasi MDD siri Parlimen dimana ianya banyak dijumpai.
       Bagi siri bunga raya pula MDD dikesan terjadi pada hampir semua denominasi.Untuk perkongsian bersama depankanta pamirkan syiling2 siri MDD bunga raya yang terjadi pada bahagian belakang syiling(reverse)
                      Syiling 1 sen 1997,paling kurang dijumpai..mungkin ada premium untuk MDD ini..


                        Syiling 5 sen 2001,ciri2nya boleh terkeliru dgn syiling die deterioration.


                         10 sen 2009.....


                              20 sen 1993,mudah dijumpai die progressive untuk MMD ini.


                             50 sen 2008,sukar dijumpai....