Khamis, 16 Februari 2012

ROLLING FOLD ?

Rolling fold biasanya dikaitkan dengan sedikit kecacatan pada bahagian rim syiling yang disebabkan kerosakan semasa proses blanking.Kesan yg jelas dapat dilihat pada bahagian tepi rim yg terlipat sedikit kemudian terdapat pula kesan tempaan kedua yg menimbulkan upsetting rim oleh collar die.
                             Syiling 1 sen 2003 ini terdapat ciri-ciri rolling fold error,mungkin termasuk dalam mana2 sub kategori error tersebut.
                          Rim pada Bahagian muka syiling ini terdapat kesan kerosakan pada proses sebelum tempaan kedua.Proses Upsetting rim telah mengubah rim syiling ini menjadi rata semula.
 
                        Sementara sekeping syiling 2005 ini pula kelihatan banyak kesan kerosakan pada bahagian tepi rim,kemudian diratakan semula pada proses upsetting rim oleh collar die.

Adakah kerosakan begini juga termasuk dalam rolling fold error,atau lain2 error?

                  Sekeping syiling 10 sen 2011 ini jelas satu spesimen rolling fold error dan bagi syiling2 diatas tidak dapat dipastikan samada termasuk dalam sub-kategori sama dgn syiling ini.


Rabu, 15 Februari 2012

SET DIE CRACK (OBVERSE)

Bagi melengkapkan set die crack yg terjadi pada bahagian muka syiling (obverse) agak sukar kerana error ini disebabkan keretakan berlaku pada die bawah (anvil die) yg hanya "menunggu",berbanding dgn die atas (hammer die) yg sentiasa bekerja menempa syiling tentunya mudah terjadi keretakan pada die.

      Denominasi yg sukar dijumpai die crack error pada bahagian muka ialah deno 20 sen untuk siri bunga raya ini.Sementara syiling2 1 sen dan 5 sen pula agak mudah dijumpai.Syiling2 die crack error 10 sen pula agak pelik,ianya berlaku pada tempat yg sama pada tahun keluaran yg berlainan.

                              5 sen 2008
                          1 sen 2005
                         10 sen 2007
                        20 sen 2005
                       50 sen 2005
                               
                  Set lengkap die crack (obverse) berbagai denominasi siri bunga raya

                           Set lengkap die crack error (reverse) 

Selasa, 14 Februari 2012

DIE PROGRESSIVE

Die crack error sangat menarik untuk dilihat bagaimana perubahan terjadi pada die dengan pemerhatian pada kesan yg terjadi pada permukaan syiling.Walaupun selepas syiling2 yg ditempa dikeluarkan dari kilang dan diedar seluruh pelusuk negara,namun jika sekiranya kita berusaha akan dapat menemui dan menyatukan semula syiling2 yg ditempa dari die yg sama ini.

       Sebagai spesimen untuk perkongsian bersama dipamirkan tiga keping syiling 50sen 2000 yg dikesan ada pertalian antara satu sama lain.

                            Die crack dikesan terjadi pada kedua permukaan syiling 2000 ini
                               Crack pada hujung busur wau semakin memanjang...
                              dan terus memanjang.....
                             Die progressive dibahagian muka menunjukkan keretakan pada die semakin panjang...
            Juga terdapat keretakan pada bahagian belakang syiling yg jelas menggambarkan die progressive

Isnin, 13 Februari 2012

SYILING BERBICARA 4 (STRIKE THROUGH)

Strike through error merupakan kategori error yg mudah dipalsukan atau terkeliru dgn PMD ( Post Mint Damage).Kepakaran yg tinggi dan kemudahan fasiliti yg cukup diperlukan untuk memeriksa syiling strike through error.Dalam keadaan tertentu mungkin pemeriksaan makmal juga diperlukan.

      Sekiranya bahan/benda yg menghalang die adalah merupakan cecair,gas atau bahan likat,ianya tidak mendapat perhatian yg serius oleh pakar2 kerana syiling2 begini mudah dan banyak terjadi.Bagi strike through yg melibatkan bahan2 keras dan kesannya agak besar pada permukaan syiling akan diteliti dgn hati2 oleh pakar2 bagi mengesahkan samada ianya mint error atau PMD.

     Sekeping syiling 10 sen 2002 ini mengajak pengunjung untuk berkongsi mengenai kemungkinan yg ada,samada ianya strike through error atau sengaja dibuat atau PMD.Seringkali bila premium yg tinggi diberi pada sesuatu error tertentu maka akan wujud tangan2 kreatif yg menggunakan berbagai kaedah bagi mencipta syiling2 error palsu dan menjualnya melalui internet.

                             Sekiranya dijumpai syiling 10 sen 2002 ini dalam gred BU/UNC tentu lebih mudah dipastikan samada ini adalah strike through error ori atau PMD.

                     Biasanya bila diketuk/guris sesuatu yg tajam pada permukaan syiling dengan dalam,akan timbul tebing pada bibir bahagian yg terkena objek itu.Bagi strike through ori pula tebing tadi akan tertutup oleh permukaan die dan tidak muncul sebarang tebing.Jika diperhatikan secara kasar syiling ini tiada tebing yg terjadi walaupun kesan strike through begitu dalam.Sekiranya ada kemudahan cukup,syiling ini perlu diperiksa samada terdapat kesan kikis yg mungkin dibuat untuk membuang tebing yg terjadi.

       Kedua bahagian hujung syiling ini tidak terjejas oleh kehadiran "parit" itu

         
Tanpa bantuan dan pemerhatian dari pakar2,depankanta tidak dapat memastikan samada syiling yg ditemui ini adalah strike through error atau PMD.

Ahad, 12 Februari 2012

VARITI DIE CHIP 1 SEN 2005

Die chip error pada syiling 1 sen 2004 dan 2005 menjadi tanda tanya pengumpul lantaran begitu banyak syiling2 yang dijumpai dengan berbagai rupa kesan chip yg terserpih.Meneliti pada trend yg terjadi,fenomena ini bermula pada tahun 2004 dimana banyak syiling2 1 sen die chip error sehingga sukar untuk dicari yg betul2 sempurna.Gejala ini berterusan hingga keluaran pada tahun 2005 juga turut mengalami kejadian yg sama.

        Menyingkap seimbas mengapa terjadi fenomena die chip pada syiling 1 sen ini,depankanta berpendapat sebab utama ialah terdapat kelemahan pada kandungan logam untuk membuat die.Jika dilihat pada syiling 1 sen 2003 hanya terdapat sedikit die chip kecil yg terjadi.Persediaan die 2004 pula beberapa perubahan dibuat pada kandungan logam die yg tidak sesuai menyebabkan kesemua die yg dibuat pada tahun itu mengalami nasib yg sama.Keadaan ini berterusan hingga tahun 2005 dan mula diubah pada tahun 2006 yg juga dilihat tidak begitu sesuai hingga banyak die crack pula yg terjadi..

    Dengan mintage sebanyak 437,400,000 tentu sekali banyak die yg digunakan untuk menempa syiling2 2005 ini.Die chip yang terjadi pada syiling 2005 adalah spesimen yg menarik untuk diteliti bagi diasingkan variti berdasarkan keadaan pada kesan die chip pada syiling2 ini.

                                                           Variti A


Pengenalan pada variti A adalah die chip juga terjadi pada Huruf "N"selain pada"2005"dan juga terjadi pada bahagian atas kelopak bunga raya.Garis die crack juga kelihatan antara angka "1" dan bunga raya.

Dipamirkan 6 keping syiling die chip error 1 sen 2005 dgn variti A
VARITI B

Pengenalan pada variti B ini adalah terdapat juga kesan die crack pada die yg menempa syiling ini .Die crack terjadi merentasi bunga raya pada jam 2.00 hingga jam 10.00.

Dipamirkan 6 keping spesimen variti B

              VARITI :C

Pengenalan variti C ini adalah die chip pada angka  "2" di"2005",iaitu terjadi die chip melibatkan bahagian bawah angka "2".Kesan ini membezakan variti ini dgn lain2 die chip pada 1 sen 2005




      
6 spesimen die chip variti C
         










Tiga variti ini adalah  sebahagian dari variti die chip 1 sen 2005 yg sempat dikesan oleh kanta depankanta,berbagai lagi variti die chip yg sedang dalam proses dikategorikan. mungkin pengunjung juga ada menemui lagi berbagai variti syiling ini.