Sabtu, 17 Mac 2012

WOOD AND ROOT SCULPTURE

Seni ukir kayu merupakan satu bidang seni yg memerlukan bukan sahaja kemahiran tinggi tapi juga ketekunan untuk menghasilkan satu nilai kesenian yg mengkagumkan.

Dengan berbekalkan  material yg terdiri dari akar2 kayu yg diperolehi dari hutan atau pokok2 yg ditebang oleh orang2 kampong,seorang rakan karib depankanta menggunakan kemahiran dan bakat semulajadinya untuk menghasilkan seni ukir yg bermutu tinggi.


                              Ukiran yg berbentuk arca begini sesuai untuk kawasan kediaman/pejabat yg luas,kerja2 mengukir mengambil masa yg lama utk disiapkan....

                     Berbagai bentuk unik yg sukar digambarkan dgn perkataan diperolehi dari semulajadi.


                       Meja yg diukir ini sesuai diletak dianjung rumah atau ruang pejabat...
                  Bangku yg belum siap ini mempunyai bentuk yg unik...
     Bagi yg gemar bersantai sambil menghirup teh petang,bangku ini sesuai dgn digabung dgn meja kayu ukir.
             Ukiran berbentuk burung ini antara yg paling unik dan sukar dijumpai kerana bentuk kayu yg asal sudah 80% telah ada bentuk ini.
                     Ukiran pokok kayu yg penuh nilai seni sesuai utk dijadikan kepala katil
                     Gabungan seni khat juga dibuat,sesuai utk hiasan dinding rumah atau pejabat.Karya ini antara yg paling diminati depankanta,semuanya diukir pada sekeping papan balak yg tebal dan lebar.
 Antara hasil ukiran yg sudah ditempah....
                                Tanpa bantuan dari mana2 pihak,rakan depankanta Sdr.Shafie menggunakan sepenuh masa untuk memberi tumpuan pada kerja2 seni ukir root sculpture dan wood sculpture.Beliau juga merupakan jiran sekampong depankanta.
     BAGI SESIAPA YG BERMINAT UNTUK MENDAPAT KETERANGAN LANJUT BERKENAAN POSTING INI BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN SDR.SHAFIE,016-9364698.BELIAU SEDIA BERBINCANG UNTUK URUSAN TEMPAHAN,JUAL-BELI DAN JUGA YG BERMINAT UNTUK PROMOSI.

Jumaat, 16 Mac 2012

20 SEN S3M,REPAIRED DIE

Menggunakan motif bunga melur,bahagian muka syiling 20 sen s3M mudah terdedah kepada apa2 kesan yg dibuat keatas imej utama itu.Keadaan ini adalah kerana ruang kosong pada kelopak bunga melur itu secara relatifnya agak besar dan memudahkan kesan seperti bekas die diperbaiki dapat dilihat dgn jelas.

       Berbanding dgn dua siri sebelum ini,tiada ruang yg luas pada lorekan imej menyebabkan sukar dijumpai error pada bahagian ini,hanya dijumpai kesan spt repaired die atau lathe lines dilihat pada bahagian fields syiling.

     depankanta berpendapat garis2 yg dilihat pada bunga melur dibahagian muka syiling 20 sen s3M ini adalah hasil dari kerja2 selenggara semula die yg dibuat dgn tidak sempurna iaitu proses polish semula selepas die dibersihkan tidak siap sepenuhnya.

                                        Kesan repaired die dapat dilihat pada setiap kelopak bunga melur kerana ruang yg kosong agak luas.Garis2 halus yg muncul ini mungkin ada pertalian dgn syiling lathe lines yg dipamirkan sebelum ini.

           Mungkin pengumpul lain juga menemui syiling yg terdapat fenomena ini kerana ianya banyak ditemui.
                

Khamis, 15 Mac 2012

10 SEN S3M & DIE CRACK

Die crack adalah antara kategori error yg paling popular pada syiling moden Malaysia,kalau dibandingkan antara siri pertama dan siri kedua,siri kedua atau siri bunga raya lebih banyak dijumpai terjadi ciri2 ini.

   Syiling S3M yg belum diketahui  mintagenya juga sudah mula dijumpai terdapat kesan2 die crack.Memandangkan koleksi S3M yg diperolehi depankanta agak baru mungkin ianya adalah hasil tempaan dalam batch yg terkemudian.Tidak dapat dielakkan,syiling2 yg terkemudian ini akan meninggalkan kesan kerosakan dan kelasakkan die spt die chip error,die crack error,worn die error dan lain2 error lagi.....

     Melihatkan pada jumlah yg ada dalam edaran,syiling S3M tidak begitu banyak ditempa atau belum diedarkan sepenuhnya.Berbanding keluaran tahun pertama siri kedua pada tahun 1989 tidak banyak error yg dijumpai,keluaran tahun pertama syiling S3M sudah pun menunjukkan banyak ciri2 error yg terjadi.

       Sekeping syiling 10 sen S3M ini telah menunjukkan kesan kecil die crack,sekiranya pihak kilang gagal mengesannya kemungkinan pengumpul akan berjaya jumpai die crack yg lebih besar...

               
                       Bahagian muka syiling 10 sen S3M...Die crack terjadi hingga kepermukaan rim.

                       Terdapat dua kesan die crack yg sekiranya dibiarkan akan membesar merosakkan die dan berpotensi menghasilkan cud error yg istimewa.....


      

Rabu, 14 Mac 2012

5 SEN S3M & LATHE LINES

Penemuan syiling2 lathe lines bermula seawal pengeluaran syiling moden pertama Malaysia,iaitu syiling 50 sen 1988 dan 5 sen 1973 kemudian diikuti syiling siri kedua 5 sen 2010 dan 20 sen 2007.Kini syiling S3M (siri ke3 Malaysia atau Malaysia 3rd Series) juga dikesan masih meneruskan fenomena ini.

       Beberapa keping syiling 5 sen S3M 2012 dijumpai terdapat kesan lathe lines yg membentuk concentric circles.Penemuan ini menimbulkan persoalan adakah garis2 ini adalah disebabkan oleh lathe machine atau kesan dari permukaan die yg dibaiki dan tidak dipolish dgn sempurna atau repaired die error.

                     Kesan lathe lines yg ketara pada bahagian muka syiling 5 sen S3M 2012.

                         Dipamirkan berbagai sudut untuk memudahkan pemerhatian...






            Depankanta sempat kumpulkan 7 keping syiling 5 sen 2012 yg mempunyai ciri2 lathe lines
                 Fenomena ini tidak pula terjadi pada bahagian belakang syiling........

Selasa, 13 Mac 2012

S3M atau M3S

Syiling Malaysia siri ketiga sudah beberapa bulan berada dalam edaran.Biasanya bagi memudahkan pengenalan para ahli2 numismatik akan merujuk pada lambang yang menjadi tarikan utama pada syiling berkenaan bagi menyatakan sirinya seperti "siri Parlimen" bagi siri pertama (1967-1988) dan "siri Bunga raya" bagi siri kedua (1989-2011),semua ini terjadi secara spontan tanpa apa2 arahan dan masyarakat Numismatik rata2 setuju dgn istilah ini yg dilihat bersesuaian.

       Bagi siri ketiga pula,walaupun belum ada satu gelaran yg popular namun telah ada beberapa blogger menamakannya M3S atau Malaysia 3rd Series,atau dalam Bahasa Malaysia  S3M iaitu Siri keTiga Malaysia.Sehingga sekarang nampaknya sudah ramai para blogger mula menyesuaikan diri dgn istilah ini.

       Bila bercakap tentang syiling Malaysia siri ketiga ini,satu perkara yg menarik perhatian, iaitu beberapa simbol yg dikaitkan dengan Bendera Israel atau lebih tepat lagi lambang star of david.Depankanta melihat perkara ini masih samar sehingga ianya benar2 telah dibuktikan.Bagi depankanta lebih berminat untuk memperkatakan iaitu pada keseluruhan imej dan simbol yg ada pada semua denominasi S3M ianya tidak dapat menggambarkan identiti Malaysia dengan hanya sekali pandang.Mungkin rekabentuk atau corak yg dipaparkan tidak mewakili corak tradisi yg popular dikalangan masyarakat Malaysia.

     BNM yg diamanahkan untuk menguruskan pengeluaran syiling S3M ini sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam yg sangat peka dgn apa jua simbol yg berkaitan dgn negara Israel,pengeluaran S3M dilihat telah mencetuskan seribu satu perbahasan dan polemik antara blogger yang tentunya akan meletakkan keadaan yg tidak selesa disebabkan pengeluaran S3M yg sepatutnya disambut dgn gembira.

    Pada awalnya depankanta lebih suka mengambil sikap terbuka dan menganggap semua ini adalah hanya satu kebetulan yg malang.Namun bila ditaip saja perkataan "syiling baru Malaysia"dalam carian google,maka akan terpapar terlalu banyak blog2 yg memperkatakan tentang keanehan simbol syiling Malaysia siri ketiga ini.Sebagai blogger yg terlibat dgn syiling Malaysia depankanta berpendapat,bila terlalu ramai yg memperkatakannya ada pihak yg sepatutnya tampil memberi penjelasan.


                 ADAKAH PERMUKAAN SYILING INI BERIDENTITIKAN TRADISI MALAYSIA?