Ahad, 25 Mac 2012

LATHE LINES OBV & REV 1982

     Kejadian Lathe lines merupakan sesuatu yg unik,ianya terjadi semasa proses awal pembuatan die,dimana logam yg digunakan untuk membuat die telah melalui proses untuk melicinkan permukaannya.Mesin lathe digunakan untuk melakukan kerja2 ini dan sepatutnya selepas dilicinkan oleh mesin lathe ini,kerja2 menggilap pada permukaan die pula dilakukan supaya permukaan die menjadi benar2 licin sebelum  melalui proses hubbing.

     Kegagalan menyediakan permukaan die yg licin akan meninggalkan kesan garis2 halus pada permukaan die.Garis2 ini akan dipindahkan pada syiling semasa proses penempaan oleh die itu dan menghasilkan Lathe lines error.

                Dalam post terdahulu telah dipamirkan penemuan syiling2 lathe lines pada ketiga2 siri syiling Malaysia.Bagi melengkapkan perkongsian berkaitan lathe lines,dipamirkan pula penemuan baru pada syiling 20 sen 1982.Dua keping syiling dijumpai kesan lathe lines iaitu pada bahagian muka dan sekeping pada bahagian belakang syiling.
                        Perhatikan garis2 pada bahagian muka syiling 20 sen 1982  ini...
                  Garis lathe lines dapat dikenali kerana ianya membentuk garis2 berpusat(concentric circles)
                  Pada bahagian belakang syiling ini tiada kesan....

                    Syiling kedua ini pula didapati lathe lines terdapat pada bahagian belakang syiling..
                          Walaupun garis2nya tidak jelas kerana syiling ini sudah lasak tapi masih dapat dilihat ianya membentuk garisan berpusat.
         Sementara pada bahagian muka syiling kedua ini tiada kesan lathe lines....
         Dua keping syiling 1982 yg mempunyai kesan lathe lines yg bertentangan,muka dan belakang...

Lathe lines sering menjadi perbincangan dikalangan peminat syiling error kerana ianya kelihatan juga menyerupai repaired die error....

Sabtu, 24 Mac 2012

PEMETIK API KLASIK WW II

Santai sambil berehat dihujung minggu,depankanta pamirkan Pemetik api yg digunakan semasa era Perang Dunia Kedua yang diperbuat dari solid brass...
                      Pemetik api buatan Austria ini menggunakan petrol dan Brand "yfa"
             Tertera tulisan"MADE IN AUSTRIA"..PAT.105107"
                                   Semua fungsinya masih boleh digunakan
                                  Tulisan"IMCO"pada sarung batu api...

                       Sumbunya yg kena masukkan semula dan api akan menyala seperti yg baru...

         Pemetik api yg sama dilihat ada dijual dalam ebay dgn harga buka USD56.00

  Pemetik api ini kepunyaan rakan depankanta sdr.Arif,sesiapa yg berminat untuk membelinya boleh hubungi terus beliau ditalian: 019-9888954

Jumaat, 23 Mac 2012

50 SEN S3M DIE CHIP

Die chip merupakan penemuan biasa pada syiling Malaysia terutama pada siri Bunga raya,keadaan ini mungkin disebabkan terdapat kelemahan pada logam die dikedudukan tertentu terutama pada bahagian huruf dan angka.

      Syiling 50 sen s3M turut mewarisi fenomena ini dari siri2 sebelumnya dan penemuan die chip pada sekeping syiling ini agak ketara dan menarik minat depankanta untuk dikongsi bersama.

                             Sebahagian logam die pada angka "50"telah tersepih menyebabkan terjadi die chip.
                            Die chip pada bahagian belakang syiling ini agak ketara....
                    Pada bahagian muka syiling ini tiada kesan error....

Rabu, 21 Mac 2012

20 SEN S3M DIE CRACK

Syiling 20 sen S3M yg ditemui ini adalah 3 in 1 errors iaitu die crack,die chip dan pre-strike damage (PSD).Menemui syiling 3 in 1 begini bukan perkara luar biasa kerana setiap peringkat semasa proses penyilingan di kilang boleh terjadi error.

                      20 sen S3M,beberapa jenis error dapat dilihat,Yang paling menarik ialah die crack.terjadi hingga kebahagian permukaan rim pada jam 3.00

                 Walaupun kesemua error yg terjadi adalah dalam kategori minor tapi ianya dapat menggambarkan fenomena yg terjadi pada syiling baru Malaysia S3M.

               Die chip dapat dilihat pada hujung kelopak bunga raya dan angka 2,die crack terjadi pada jam 3.00 dan garis pre-strike damage dapat dilihat dibawah angka "20".

            tiada kesan error pada bahagian muka syiling ini.

               Dalam post sebelum ini telah dipamirkan die crack pada syiling 10 sen S3M.

                      Pre-strike damage terjadi sebelum proses tempaan syiling dan ianya merupakan kesan yg berparit (negative) berlawanan dgn kesan die crack yg meninggalkan kesan bertebing (positive) pada permukaan syiling.Syiling 20 sen siri bunga raya ini adalah satu spesimen yg jelas untuk melihat pre-strike damage error (PSD)
          

Selasa, 20 Mac 2012

10 SEN S3M DIE GOUGE

Die gouge error merupakan satu keistimewaan pada syiling Malaysia terutama pada siri Parlimen spt 5 sen 1982,50 sen 1979 dan 1988,syiling2 ini menjadi buruan pengumpul dan dilihat semakin berkurangan dipamirkan untuk jualan.

      Syiling 10 sen S3M juga telah dijumpai terdapat fenomena ini.Penemuan pada syiling S3M ini dilihat dapat menjelaskan apa yg terjadi sebenarnya.Selain die gouge error yg terjadi pada syiling ini,juga dapat dilihat minor off center dan filled die error.

             Kedudukan "extra dot" yg merupakan die gouge error berhampiran rim tepat pada jam 12.00 pada bahagian belakang syiling.


                     Tiga fenomena error dijumpai pada bahagian belakang syiling ini.

                  Minor Off center

                      Filled die,yg dapat dibezakan dgn worn die kerana tidak semua imej dan fields permukaan syiling ini terjejas. Worn die akan menjejaskan seluruh permukaan syiling secara serata.

                      Die gouge dijumpai pada beberapa keping syiling 10 sen S3M
                  Depankanta berpendapat "extra dot"yg terjadi pada syiling ini adalah kerana die telah tertusuk alat keras yg digunakan untuk membersihkan imej titik yg terdapat pada bahagian muka syiling.Andaian ini dibuat adalah kerana bentuk bulat-leper yg terjadi adalah sama saiz dan bentuknya.


BERITA NUMISMATIK TERKINI: DALAM AKHBAR KOSMO HARI INI 21.3.2012 TELAH TERSIAR BERITA NUMISMATIK MALAYSIA PADA HALAMAN VARIA 27,DUA ORANG PAKAR NUMISMATIK MR LAWRENCE DE SOUZA DAN MR DICKSON NIEW MEMBERI PENERANGAN BERKAITAN NUMISMATIK SEMASA KHUSUSNYA SYILING 10 SEN 1971.


     SYABAS UNTUK MR LAWRENCE DAN MR NIEW....."SELAMAT MAJU JAYA NUMISMATIK MALAYSIA"