Rabu, 18 April 2012

DUTA 1 SEN BUNGA RAYA

        Sekiranya dikumpul dan diasingkan syiling 1 sen siri bunga raya mengikut error yg paling banyak,koleksi depankanta mendapati keputusannya tiga kategori yg error yg popular iaitu,die chip error,die clash error dan  die crack error dan bila di asingkan mengikut tahun tempaan,keputusannya,2004 menjuarai kategori die clash,2005 mendominasi kategori die chip sementara die crack dikuasai oleh keluaran tahun 2006.

          Bagi mewakili kesemua error yg popular terjadi pada syiling2 tersebut,sekeping syiling 1 sen 2005 yg dijumpai dikira  memadai jika anda ingin melihat dan mengenali  ketiga2 error berkenaan.
                 
                    Syiling 1 sen 2005 ini menjadi duta bagi mewakili error yg popular pada syiling 1 sen siri bunga raya bagi error die clash,die chip dan die crack error.

          Sebagaimana biasa dijumpai,die chip terjadi pada angka tahun tempaan"2005"

            Die crack pula terjadi pada dua tempat,iaitu merentasi kelopak bunga raya dgn kesan "blob" dan...

                 pada rim berhampiran huruf "E"hingga mencecah angka "1".Kedua2 die crack ini diikuti dgn terbentuk  "blob"yg secara lengkapnya ada diterangkan oleh pakar syiling error Mr Dickson Niew dalam blognya.

       Die clash pula jelas kelihatan dgn menampakkan imej ghostly rebana ubi dibawah imej bunga raya

      Bahagian muka syiling ini tiada kesan error.Depankanta pernah ditanya oleh anonymous adakah syiling2 error 1 sen mempunyai nilai?,agak sukar untuk menjawabnya tapi sekeping syiling 2005 ini dgn 3 in 1 error dan ianya bergred tinggi tentu mempunyai nilai,paling2 tidak pun ia akan melebihi nilai mukanya..haha...

Selasa, 17 April 2012

1/4 SEN STRAITS SETTLEMENTS

     Denominasi yg paling kecil syiling yg pernah digunakan di Tanah air kita ialah 1/4 sen Queen Victoria pada era Straits Settlements yg dikeluarkan oleh East India Company.Syiling yg mula dikeluarkan pada tahun 1845 ini berakhir pada keluaran tahun 1901.Kemudian dikeluarkan pula syiling 1/4 sen King Edward V11 pada tahun 1904 dan diikuti 1/4 sen KGV pada tahun 1916.

          Terdapat dua rekabentuk bahagian muka syiling ini yg tertempa wajah Queen Victoria.Pertama keluaran pada tahun 1845 dgn rekabentuk oleh William wyon dgn wajah Queen yg lebih kecil,syiling versi ini dikeluarkan setahun sahaja dgn mintage sebanyak 34,327,000.Satu angka yg banyak pada masa itu tapi memadai untuk digunakan pada beberapa negara dalam terlibat dalam wilayah straits settlements..
    Pada tahun 1884 syiling2 1/4 sen sekali lagi ditempa dgn jumlah  8,000,000 keping dan sekali ini menggunakan rekabentuk oleh Leonard Charles Wyon dgn wajah Queen yg lebih besar.Selang 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 1889 baru syiling2 ini dikeluarkan secara berterusan hingga tahun 1901.Syiling2 ini jika dilihat pada sudut sejarah ianya digunakan oleh penjajah untuk menggantikan pitis2 timah yg digunakan dikebanyakan negeri2 selat pada masa itu.
        Setelah pengeluaran syiling 1/4 sen siri QV ini dihentikan,ianya diganti dgn syiling 1/4 sen Edward V11 pada tahun 1904.Kemudian siri 1/4 sen KGV pula dikeluarkan pada tahun 1916.Mengikut catatan numista,syiling ini adalah yg terakhir bagi denominasi 1/4 sen.

    Sesuai dgn nilainya yg kecil,syiling ini juga diperkenalkan pada masyarakat kampung pada itu yang rata2 masih hidup secara bertani sara diri dan mengamalkan sistem pertukaran barang (barter trade) selain menggunakan wang pitis..Bila syiling2 dan wang kertas Straits Settlements mula digunakan secara meluas,beberapa sistem kewangan pula mula bertukar wajah,umpamanya di Kelantan dari kaedah penyimpanan di Bank Pitis bertukar kepada simpanan di Bank Kerapu yg bangunannya masih wujud hingga hari ini..Perubahan ini berlaku pada awal tahun 1900an...

              Sambil2 mencari syiling2 error,jika berkesempatan elok juga disimpan syiling2 klasik begini..Syiling 1/4 sen Queen Victoria 1901 dgn mintage 2.000.000 keping.

               Tentu sukar menemui syiling2 yg sudah berusia lebih 100 tahun ini,apalagi dalam gred yg cantik.

     Sisi syiling ini masih utuh cuma terdapat sedikit kesan calar kecil dan warna bronze juga telah berubah...

Mengikut rekod Numista tiga versi syiling ini dikeluarkan...Mungkin ianya untuk diedar di negara yg berlainan dalam Straits Settlements







Isnin, 16 April 2012

DIE CLASH PARLIMEN

Syiling 10 sen siri Parlimen merupakan denominasi yg paling kerap dijumpai die clash pada bahagian muka yg menampakkan imej "0"dengan jelas,ianya dijumpai terjadi pada kebanyakan tahun keluarannya..

              Untuk menemui syiling yg terjadi die clash pada kedua permukaan agak sukar apa lagi ianya dapat dilihat dengan jelas dan ketara.

                Bahagian belakang syiling 10 sen 1988,jelas kelihatan imej bangunan Parlimen dan bulan sabit.

              Bahagian muka pula sangat ketara imej "10"...Lebih malang lagi pada syiling ini apabila terdapat juga kesan die crack yg menggambarkan kerosakan pada die yg bertimpa-timpa..

                    keadaan syiling ini jika dibandingkan dgn syiling 5 sen s3M 2012 die clash  terdapat persamaan dari sudut teknologi pembuatannya (mungkin sebahagian)...

                   Bila terdapat lebih dari satu error yg ketara begini tentu ada sesuatu yg tidak beres pada QC kilang syiling Malaysia....Adakah keadaan ini akan dijumpai juga pada syiling s3M?....

Ahad, 15 April 2012

5 SEN S3M DIE CLASH (O&R)

         Die clash error adalah berkait rapat dengan jenis mesin dan teknologi yg digunakan untuk menempa syiling.Jarang sekali dapat kita lihat syiling luar negara yg dijumpai die clash error terjadi pada kedua permukaan syiling.Die clash boleh terjadi pada kedua permukaan syiling kerana kedudukan chamber dan planchet yg berpusing sedangkan kedua die tetap ditempat yg sama.Syiling Malaysia siri ketiga masih menggunakan teknologi spt ini bila dijumpai syiling die clash error pada kedua permukaan.

        Setelah berbagai blog pengumpul syiling pamirkan penemuan syiling2 die clash error pada siri pertama (Parlimen) dan siri kedua (Bunga raya), kini sebagai membuka tirai die clash bagi siri ketiga (s3M) depankanta pamirkan penemuan sekeping syiling 5 sen 2012 dengan jelas memperlihatkan kesan die clash error pada kedua permukaan syiling Obverse dan Reverse.

              Bahagian belakang syiling 5 sen 2012 jelas menampakkan imej ghostly kesan dari die clash....

          Imej Garis mendatar dari bahagian muka syiling dapat dilihat dibelakang syiling...

       Sementara imej ghostly destar siga muncul dibawah bunga raya....


         Bahagian muka syiling juga memperlihatkan kesan die clash error....

       Imej ghostly bunga raya dapat dilihat dgn jelas berada dibawah destar siga

           Sementara imej angka "5" berada dibawah garis mendatar yg melambangkan prinsip2 Rukun Negara

Jumaat, 13 April 2012

CIKGU FAUZI PANDAI BESI


       Pandai besi merupakan satu gelaran bagi individu yang terkenal dan mahir di dalam bidang pertukangan besi. Seseorang yang menunjukkan ketokohan dan terbukti kebolehan biasanya diakui sebagai pakar di dalam bidang tersebut. Kemahiran "Pandai Besi" tertumpu kepada usaha menempa senjata tradisonal seperti keris, kelewang chalung, parang, pedang dan sebagainya di samping menghasilkan peralatan pertanian tradisional. Peralatan menempa, motif dan ragam pertukangan serta cara membentuk senjata memperlihatkan kepakaran "Pandai Besi" itu sendiri.


             Santai dihujung minggu ini depankanta utarakan seni pertukangan besi di bengkel Cikgu Fauzi...
                   
                       Terletak di Kampong Hutan Pasir hanya beberapa kilometer dari pekan Ketereh,Kota Bharu,Kelantan.Dari jalan utama kg. berkenaan kelihatan papan tanda berhampiran kediaman Cikgu Fauzi..Bengkelnya terletak hanya dibelakang kediamannya ini....

        Pelanggan biasanya membawa sendiri besi2 yg ingin ditempa..Besi2 yg keras biasanya menjadi pilihan.

             Sekiranya pelanggan tidak membawa contoh bentuk peralatan,disini ada menyediakan berbagai sampel yg boleh dipilih...

                    Cikgu Fauzi merupakan pesara guru yg memilih bidang warisan tradisi keluarga ini untuk meneruskan kerjayanya...Kerja2 menempa besi dimulakan dengan membakar besi tersebut dalam dapur arang yg ditiup dgn blower letrik...

             Setelah besi tersebut menjadi lembut oleh kepanasan yg tinggi,cikgu Fauzi akan mula menempa mengikut bentuk yg ditempah...

           Bagi besi2 yg terlalu keras,hydraulic hammer akan digunakan untuk mengetuk besi bagi meleperkannya...Ketukan kuat mesin ini boleh menggegarkan tapak bengkel ini...

       Walaupun mesin yg berat digunakan tapi pembentukan sebenar akan dibuat ketukan secara manual...

      Beginilah keadaan dua bilah golok yg baru siap ditempa...Keadaan masih terlalu panas..

           Seterusnya kerja-kerja mencanai golok tersebut bagi membentuk mata dan melicinkan permukaan golok...

Proses akhir dan penting dalam pembuatan peralatan tajam spt golok ini ialah proses menyepuh..Kemahiran yg tinggi diperlukan untuk proses menyepuh ini bagi menentukan ketajaman dan kualiti peralatan.

Mengikut Kamus Dewan, sepuh bermaksud "mengeraskan besi dengan membakar dan mencelupkan dalam air". Bagi senjata yang memerlukan ketajaman mata seperti pisau melapah, disamping penggunaan besi baja yang berkualiti kemahiran menyepuh oleh tukang juga menjadi faktor penting. Besi yang dibakar pada suhu tinggi akan dicelup ke dalam air berdasarkan warna pada besi yang sedang terbakar. Antara bahan yang menjadi celupan ialah air, air tanah liat dan minyak hitam. Kepakaran seorang tukang besi akan lebih terserlah jika ia mahir dalam kerja-kerja menyepuh. Ini kerana dalam kontek pembuatan senjata tradisional tukang-tukang tidak mempunyai alat bagi menyukat suhu yang tepat semasa menyepuh. Mereka hanya membuat agakan berdasarkan warna besi yang terbakar, sama ada biru, putih, kuning atau pun merah.


                      Sebaik selesai menyepuh cikgu Fauzi akan mengasah golok tersebut sebagai proses akhir sebelum diuji dan diserah pada pelanggan...

                Antara koleksi hasil tangan cikgu Fauzi yg sempat dirakam...Pisau melapah daging dgn sarung berbentuk ikan arowana...Yg ini paling menarik minat depankanta..

                   Beberapa senjata/peralatan kebun yg sekarang banyak ditempah untuk  dijadikan hiasan dinding rumah...Harga yg ditawarkan oleh cikgu Fauzi sangat berpatutan dan sekiranya pelanggan ingin menunggu dan melihat sendiri cikgu Fauzi menempa peralatan yg ditempah,boleh berbincang masa yg sesuai dgn cikgu Fauzi ditalian 012-9287519

               Selamat bercuti dihujung minggu....