Isnin, 21 Mei 2012

ROTATED DIE CLASH VS ROTATED DIE

    Memahami bagaimana rotated die error terjadi agak mudah,demikian juga rotated die clash.Kedua fenomena ini melibatkan masalah pada setting peralatan atau instrumen yg berperanan memegang working die dalam proses penyilingan,sedikit kesilapan dalam mengendalikan peralatan ini akan memberi kesan besar pada syiling yg ditempa.

        Kedua error yg menarik ini biasa kita lihat terjadi pada dua keping syiling yg berlainan.Bagaimana pula sekiranya dua keadaan ini terjadi pada sekeping syiling,iaitu rotated die error terjadi serentak pada syiling rotated die clash!.

     Agak menarik bila memikirkan bagaimana keadaan ini boleh terjadi...syiling 1 sen 2003,kelihatan rotated die clash (imej ghostly rebana ubi) sekitar 45darjah ccw....   

Bila ditegakkan imej ghostly rebana ubi, imej sebenar syiling akan condong ke 45darjah cw.

         Selain rotated die clash,syiling ini juga terjadi rotated die yg juga sekitar 45 darjah cw...
   Dalam Proses penyilingan syiling Malaysia,die clash akan terjadi pada kedua permukaan syiling,dalam keadaan tertentu mungkin kita akan temui hanya satu permukaan sahaja yg ada kesan die clash...

Depankanta masih tercari-cari teori tentang kejadian rotated die clash dan rotated die yg terjadi pada syiling 1 sen 2003 ini,mungkin ada pelawat yg dapat menjelaskannya.....post http://depankanta.blogspot.com/search/label/ROTATED%20DIE%20CLASH
adalah  berkaitan.....

Ahad, 20 Mei 2012

20 SEN 2012 S3M FINNED RIM


      Finned rim atau finned edge termasuk dalam kategori striking error yg lebih sukar dijumpai berbanding die errors.Walaupun finned rim dalam saiz yg kecil dianggap biasa tetapi kadang-kadang dijumpai logam berlebihan pada bahagian sisi rim ini dalam saiz yg agak ketara dan dapat dirasakan ketinggiannya dgn sentuhan jari.

        Secara umumnya setiap rim syiling moden akan melibatkan tiga peringkat dan dengan dua kali tempaan iaitu,tempaan rim pertama semasa proses blanking,tempaan rim kedua oleh working die (die atas dan die bawah) dan serentak dgn itu juga die ketiga (collar die) membentuk bahagian sisi syiling...

     Dengan kerja-kerja penempaan yg berterusan,terdapat komponen mesin yg digunakan untuk proses penyilingan yg "lari" dari setting asal pada mana2 bahagian dan keadaan ini membenarkan finned rim error terjadi.

Syiling baru Malaysia 20 sen s3M tidak banyak perubahan yg dibuat bila fenomena finned rim masih dijumpai sama keadaanya dengan syiling Malaysia sebelum ini terutamanya siri bunga raya.
     Sekeping syiling 20 sen s3M ini ketara menampakkan finned rim dgn logam bahagian sisi yg menonjol keatas.


     Tempaan biasa akan menjadikan hujung rim yang rata dan sama paras ketinggiannya dgn rim syiling dan finned rim error terjadi bila hujung rim menjadi tinggi melebihi paras biasa.
Finned rim dikesan boleh  terjadi pada mana2 permukaan syiling atau terjadi pada kedua permukaan...Pada Syiling 20 sen s3M ini juga kelihatan tanda2 minor finned rim...

            Finned rim pada syiling 1 sen siri bunga raya....
          Finned rim pada syiling 5 sen siri bunga raya...

  Logam berlebihan pada syiling 50 sen s3M yg juga pernah dipamirkan ini juga dikatakan finned rim error...

     Syiling 50 sen s3M agak unik finned rim yg terjadi kerana syiling ini berbentuk spanish flower...

Jumaat, 18 Mei 2012

SYILING BERBICARA 9,BINTANG YG PANJANG

      Mengenal pasti sesuatu kategori error pada sesekeping syiling bukan sesuatu yang remeh meski pun pada kategori tertentu spt die chip,die clash,die crack adalah jelas dan mudah dikenal pasti.Dengan bantuan dari nota2 dan artikel dari pakar tempatan atau antarabangsa akan membantu kita mengenal pasti error mengikut standard yg sebenar.Bagi penemuan sesekeping syiling yg luar biasa dan belum ada dipamirkan spesimen seumpamanya agak sukar ditentukan melainkan mereka yg benar2 pakar dan berpengalaman luas dalam bidang ini.

       Syiling 20 sen 1988 yg dijumpai ini agak sukar dipastikan kategori errornya,apa yg pasti ianya berlainan dari syiling2 biasa dalam siri Parlimen dan diyakini ianya adalah mint error...Perhatikan buncu bintang yg agak panjang dari yg biasa....

             Tempaan sekitar rim juga kelihatan tidak kemas....

             Perbandingan imej hujung buncu bintang yg error (atas) dan yang biasa (bawah)

                   Dengan pemerhatian dgn mata kasar juga dapat melihat buncu bintang yg panjang (kiri) berbanding dgn yg biasa (kanan)

      Bahagian belakang syiling ini juga ada kesan tempaan yg kurang sempurna,tempaan pada bahagian tepi berhampiran rim kelihatan terdapat ganguan pada permukaan die atau pada tekanan die...
    Setelah mendapat komen dari anonymous yg dikira pakar dalam syiling error,depankanta sempat melayari beberapa laman web antarabangsa dan mendapati syiling 20 sen 1988 ini adalah satu lagi penemuan variti  traildies yg tidak diberi perhatian sebelum ini.Memandangkan syiling ini adalah satu variti yg dibentuk oleh die,diharap ada lagi penemuan spesimen spt ini untuk perkongsian bersama...
      Maklumat tentang trail dies boleh dilayari di:
                               http://traildies.com/id118.html

Khamis, 17 Mei 2012

SA-PULOH RINGGIT WATERMARK AGONG ORI?

     Wang kertas Sa-puloh ringgit dgn watermark Agong merupakan cerita lama yg masih hangat dibicarakan dikalangan pihak tertentu.Bagi ahli2 sains numismatik,jelas mereka tidak menerima kehadiran wang kertas ini dan menganggap sekiranya wujud dimana2 ianya adalah wang palsu kerana siri wang kertas dgn watermark Agong tidak pernah dikeluarkan oleh BNM.

      Berlainan pula dgn peminat dan pengamal amalan mistik yg masih kuat kepercayaan bahawa wang kertas sedemikian memang wujud,dalam waktu yang sama mereka juga percaya bahawa wang ini tidak dikeluarkan oleh BNM.Mengikut kepercayaan mereka wang ini adalah datang dari  "alam ghaib" yg sukar diterjemahkan dari sudut sains.Bila kuat kepercayaan tentang wujudnya wang kertas ini dan hanya orang tertentu sahaja yg layak memperolehinya akan melonjakkan harga wang kertas ini kepada satu nilai yg terlalu tinggi.Bagi peminat atau pengamal ilmu mistik mereka percaya wang kertas ini adalah syarat utama untuk upacara "menarik duit"yg masih diamalkan dikalangan masyarakat tertentu yg melibatkan berbagai kaum di Malaysia.

     Bila menyedari wang kertas ini diburu "tanpa mengira berapa harganya" lahir pula golongan yg sanggup memperdayakan pihak yg berhajat itu dgn mencipta wang kertas sa-puloh ringgit dan mewujudkan watermark Agong dengan berbagai kaedah yg amat teliti.Situasi ini menyebabkan timbul satu pemburuan yg sangat rumit dikalangan peminat wang kertas ini iaitu memburu "wang dari alam ghaib" yg ori!.Isu utama mereka adalah "ori "dan" tak ori"...

      Dengan ehsan seorang kenalan yg juga merupakan pemburu wang kertas tersebut depankanta diberi kesempatan untuk merakamkan dua keping wang kertas sa-puloh ringgit watermark Agong yg dikatakan ori (mengikut persepsi mereka) .

             Kedua wang kertas ini kelihatan warnanya agak berlainan...


          Wang kertas pertama kelihatan materialnya seakan berkilat tidak seperti kertas biasa....


         Pandangan biasa menampakkan sedikit kesan yg dikatakan watermark dgn warna kebiruan...


Bila diletakkan dibawah cahaya,menampakkan watermark yg lengkap...

     Bagi menjelaskan lagi imej watermark,foto ini telah di edit supaya lebih sharp.....



         Wang kertas kedua,menggunakan prefix A-1 000000




Post berkaitan wang seumpama ini pernah disiarkan dalam:http://depankanta.blogspot.com/search/label/SA-PULOH%20RINGGIT
        Walaupun dikalangan ahli numismatik menganggap kehadiran wang kertas begini mitos semata-mata tetapi memandangkan kegiatan memburu wang ini masih berterusan dalam masyarakat kita dan melibatkan berbagai lapisan masyarakat,depankanta siarkan post ini untuk perkongsian bersama...Wallahhuaklam

Selasa, 15 Mei 2012

9 DIE CHIP PROGRESSIVE

Mengiringi syiling2 1 sen 2003 die crack dengan 9 keping yg menunjukkan die progressive,dipamirkan pula 9 keping syiling 20 sen 2002 die chip error dengan 9 keping yg juga memperlihatkan die progressive....

         Syiling Malaysia die chip error tidak mudah dijumpai pada semua denominasi,syiling 20 sen adalah antara yang sukar diperolehi..Wajar sekali setiap penemuan syiling2 yg dapat dijadikan set die progressive spt die crack,die chip,die break dll disimpan bagi menemukan mereka dgn "adik-beradiknya"dan dijadikan koleksi secara berturutan begini....

     Syiling pertama die chip error 20 sen 2002 dalam koleksi depankanta,....

        Syiling kedua...
   
       Syiling ketiga....

     Syiling keempat...

   Syiling kelima...

      Syiling keenam...

      Syiling ketujuh....

    Syiling kelapan...

    Syiling kesembilan....

     Bagi melengkapkan set syiling die error spt ini,setiap penemuan walaupun kecil hendaklah disimpan dan terus dicari dengan sabar agar satu set yg lengkap dan lebih banyak susunan dapat dikumpul dalam setnya...Kadang-kadang syiling2 error penemuan kita ditawarkan oleh pembeli untuk membeli secara single dgn harga yg sederhana dan anda menjualnya,dengan tiadanya syiling berkenaan anda tidak lagi mempunyai cukup susunan untuk dijadikan set die progressive....Tentu pamiran2 syiling2 begini lebih memberi keseronokan sebenar sebagai pengumpul syiling error..