Ahad, 4 November 2012

20 SEN 1967,LAMINATIONS

            Lamination error merupakan kategori error yg unik dan jarang dijumpai.Lamination merupakan sub-kategori dari planchet error dimana ralat yang terjadi adalah pada masa proses penyediaan planchet.
   
           Syiling Malaysia siri pertama (1967-1988) dan siri kedua (1989-2011) selain dari denominasi 1 sen adalah diperbuat dari adunan logam (aloi) copper dan nickel.Semasa proses mengadun logam ini terdapat benda asing spt minyak,gas,gris dsb yg termasuk dalam adunan ini dan berada dibawah lapisan planchet yg nipis.Lapisan nipis itu akan tertanggal lalu meninggalkan permukaan planchet spt tersiat atau mengelupas.

    Secara lebih spesifiknya para pengumpul telah mengklasifikasi lamination error kepada enam sub-kategori

               1 Loss before strike
               2. Loss after strike
               3.Lamination cracks
               4.Retained laminations
               5.Folded over before strike
               6.Lamination within clad layer

          Bagi kita yg masih bertatih dalam mengenali dan menyusun berbagai kategori error,cukup sekiranya kita dapat mengenali kategori utama atau pecahan pertamanya dan dgn beransur-ansur mempelajari hingga dapat menguasai perbagai sub-kategori syiling error yg begitu menarik....

               
                           Bahagian belakang syiling 20 sen 1967,lamination dikesan dgn adanya kesan seolah2 disiat atau mengelupas.Kesan ini merupakan ciri utama pada lamination error dan dapat dilihat pada semua enam sub-kategori diatas...
               

                            Tanda kuning kesan spt disiat atau mengelupas dan tanda merah adalah kesan lapisan logam yang telah tersopek keluar..Bagi kategori lamination error yg terjadi secara major atau ketara akan menjejaskan  berat syiling kerana sebahagian logamnya telah terkeluar....

               Bahagian belakang syiling 20 sen 1967 dengan kesan lamination,depankanta mengagak sub-kategori yg sesuai utk lamination ini adalah "retained laminations" kerana terdapat kesan lapisan yg tersopek masih berada pada permukaan syiling....

                   Bahagian muka syiling 20 sen 1967....

Jumaat, 2 November 2012

BAGAIMANA VARIETI DOUBLED DIE TERJADI

         Semuanya bermula bila Working hub selesai menerima imej dari Masterdie.Working hub yang mempunyai imej dalam bentuk positif atau imej  timbul (sebagaimana pada permukaan syiling) akan memindahkan pula imej berkenaan pada working die melalui proses "MULTIPLE SQUEEZE HUBBING PROCESS",membentuk imej negative pada permukaan working die.
     
       Multiple squeeze bermaksud proses pemindahan imej dari working hub kepada working die dibuat beberapa kali atau sekurang2nya dua kali bagi mendapatkan imej yg sangat jelas dan tajam pada semua details.Pemindahan ini dilakukan secara "squeeze"iaitu secara tekanan kuat dgn perlahan untuk memaksimakan pemindahan imej..

     Sebarang kesilapan semasa proses pemindahan imej yang kedua akan menghasilkan syiling2 varieti doubled die.Bagaimana keadaan imej berganda yg terbentuk akan dikelaskan pula kepada lapan kategori mengikut keadaan kedua imej yg menjadi berganda.

                         Setiap working hub akan menghasilkan beberapa working die melalui proses pengehuban,kesilapan semasa proses ini akan menyebabkan terjadinya Varieti Doubled die. Tiada maklumat dijumpai berapa working die yg dihasilkan oleh setiap working hub.Setiap working die biasanya mampu menempa sebanyak sejuta keping syiling mengikut jangka hayat biasa setiap die...
         
                     

     Keterangan lakaran dibawah:
                     1.  Bahagian tepi permukaan working hub mempunyai kekunci (bulatan merah)  untuk dipadankan dgn working die supaya proses pemindahan imej berjalan lancar dan tepat.

                     2.  Working die juga mempunyai kekunci (bulatan merah) yg sepadan dan sedia menerima kemasukan kekunci yg berada ditepi working hub bagi menetapkan kedudukan yg tepat sebelum tekanan (squeeze) dibuat pada working hub.

                     3.   Kedudukan kekunci working hub dan working die untuk pemindahan imej yg sempurna.Keadaan ini akan memastikan working hub dan working die tidak teranjak semasa proses "squeeze"dilakukan.

                     4.  Bila terjadi sedikit kelonggaran pada kekunci kerana penggunaanya yg kerap,menyebabkan proses pemindahan imej untuk kali kedua tidak akan tepat iaitu "lari"sedikit dari kedudukan imej pertama yg dibuat dan keadaan ini akan menghasilkan berbagai kelas dalam varieti doubled die.




              

             Lakaran 1, bentuk imej pada working die yg sempurna...Walaupun dipindahkan dgn kaedah banyak kali tekanan (multiple squeeze) tapi hanya satu imej sempurna yg kelihatan.

              Lakaran 2, Dalam keadaan tertentu kekunci yg menjadi pasak percantuman working hub dan working die menjadi longgar.

              Lakaran 3,  Akibat kekunci yg longgar,bila imej dipindahkan untuk kali yg kedua atau lebih,maka akan terbentuk 2 kesan pemindahan imej pada working die yg pada akhirnya akan menghasilkan syiling2 varieti doubled die.Tempaan pertama akan menghasilkan imej secondary(hitam) dan tempaan kedua menghasilkan imej primary (merah).


Singkatan biasa dalam membicarakan berkaitan syiling doubled die:
           1.DDV: Doubled Die Variety (Syiling dgn varieti acuan berganda)
           2.DDO: Doubled Die Obverse (Acuan berganda terjadi pada bahagian muka/kepala syiling)
           3.DDR; Doubled Die Reverse (Acuan berganda terjadi pada bahagian belakang/ekor syiling)
           4.DD:    Doubled Die (Acuan berganda)

Pautan berkaitan: 


Spesimen DDV syiling Malaysia siri Parlimen

         Nota ini hanya ringkasan dan  rumusan depankanta berdasarkan pemerhatian dari berbagai laman web,sebarang teguran dan pembetulan adalah dialu2kan...

Rabu, 31 Oktober 2012

VARIASI VARIETI DOUBLED DIE 10 SEN 2007

         Menganalisa Varieti Doubled die syiling 10 sen 2007 agak mencabar kerana tinjauan dalam beberapa blog rakan-rakan menunjukkan terdapat banyak varieti yg berlainan tetapi kesemuanya terdapat ciri2 Doubled die tulin.

         Antara yang pamirkan DDO 10 sen 2007 ialah dalam blog pakar syiling error nucoins dan rakan juga rakan pengumpul nsdk.Dalam waktu yang tergesa-gesa,depankanta tidak sempat untuk mendapat keizinan dari rakan2 blogger ini untuk copy foto bagi digandingkan dgn penemuan depankanta ini.

             Paparan ini bertujuan untuk pelawat membandingkan koleksi (jika ada) dan melihat kemungkinan masih terdapat varieti DDO syiling 10 sen 2007 yg belum dijumpai....







    Adakah syiling-syiling seperti ini juga terdapat dalam koleksi anda? Adakah ianya dari varieti die yg sama?...

Selasa, 30 Oktober 2012

SYILING BERBICARA 10.CLADDING ERROR

             Biasanya depankanta akan meletakkan dibawah tajuk "SYILING BERBICARA"bagi mencari perkongsian berkaitan penemuan syiling yang diragui akan sebab musabab kejadian atau kategori error yg sepatutnya diberi pada sesekeping syiling yang dijumpai...Juga untuk syiling2 yang dianggap istimewa dalam dunia numismatik...

           Syiling 1 sen 1994 yg dijumpai ini telah menimbulkan sedikit keraguan disudut error kerana ciri2 yg kelihatan adalah berlainan dan sekiranya pelawat ada pendapat yg ingin dikongsi adalah sangat dialu2kan..

          Bahagian muka syiling 1 sen 1994,lapisan copper atas telah merekah pada keseluruhan permukaan syiling


 Bahagian belakang syiling 1 sen 1994,kelihatan biasa sahaja selain sedikit kesan kelasakannya...  

               Kesan merekah ini dapat dilihat dengan mata kasar seolah2 ianya terjadi semasa proses cladding iaitu proses cantuman logam copper dan steel yg tidak sempurna....

           Sekiranya diandaikan akibat dari PMD/PMJ tentu ada penjelasan bagaimana ianya dibuat....

            Memandangkan syiling2 copper clad steel tidak banyak negara yg membuatnya,sukar untuk merujuk berkaitan error seumpama ini melainkan kita disini yang cuba berhipotesis tentang apa yang terjadi pada syiling istimewa ini....



Sabtu, 27 Oktober 2012

DDO 1977 INSPIRASI WHYCOLLECT

     Syiling moden Pertama Malaysia atau Siri Parlimen (1967-1988) semakin hari semakin sedikit ditemui dalam edaran. Walaupun syiling2 ini masih tidak terlalu sukar untuk dijumpai tetapi bagi denominasi tertentu spt  5 sen  memang sangat jarang kelihatan berada dalam edaran apa lagi syiling2 yang menjadi idaman pengumpul spt 5 sen 1982 dgn "extra dot " ,syiling  error dan syiling2 keydates 1971 dan 1977....

          Seingat depankanta,selepas depankanta pamirkan penemuan syiling DDR 5 sen 1976,saudara Blogger whycollect pula telah pamirkan syiling 5 sen DDO 1977 dari koleksinya..Apa yang dipamirkan oleh sdr Whycollect itu telah memberi inspirasi bagi depankanta untuk turut melengkapkan koleksi syiling2 DDV.

        Atas rasa ingatan kepada sdr Whycollect dgn koleksi istimewanya itu,depankanta mengambil kesempatan cuti hari raya Aidil Adha untuk memburu syiling 5 sen DDO 1977.Akhirnya setelah merantau ke beberapa Daerah, terjumpa sekeping syiling 5 sen 1977 DDO tulin.Lengkap sudah DDV bagi denominasi 5 sen siri Parlimen sepasang DDR (1976) dan DDO (1977).
                 
              Bahagian muka syiling 5 sen 1977,DDO terpancar pada bulan dan bintang....

               Bahagian belakang syiling yang istimewa ini....

             Pada Bahagian bulan dan bintang telah memperlihatkan  terjadinya kesan dua kali tekanan semasa proses penyiapan working die syiling ini...

               Pada bahagian bawah bangunan Parlimen juga kelihatan sedikit kesan imej berganda

           Sepasang Doubled die variety (DDV),Doubled die reverse (DDR) & Doubled die obverse (DDO)


         
      Sekalung ucapan terima kasih untuk sdr Whycollect yg telah memberi inspirasi yang membawa kepada penemuan syiling bertuah ini dan didoakan semoga sdr Whycollect sentiasa berada dalam kesejahteraan....