Isnin, 10 Disember 2012

1 SEN 2005 STRUCK THROUGH

            Struck through merupakan kategori error yg diberi premium istimewa oleh pengumpul kerana ciri2 ini sukar ditemui terjadi sama lebih dari satu keping syiling.Cabaran utama untuk kategori ini adalah untuk mengesahkan ianya benar2 mint errors kerana ciri2 yg sama juga boleh dibuat dgn tangan sesiapa sahaja.

         Struck through foreign object dapat dikenali melalui bagaimana ianya berlaku.....

             Dipamirkan berbagai sudut syiling 1 sen 2005 yg dipercayai struck through error tulin



Sabtu, 8 Disember 2012

CARA LAIN KENALI SYILING DOUBLED DIE VARIETY

              Dalam kerancakan mencari syiling2 varieti Acuan Berganda atau Doubled die Variety kadang2 kita akan menghadapi satu suasana yg sukar untuk memastikan samada ianya DD (Doubled Die) atau MDD (Mechanical Die Doubling) atau DDD (Die Deterioration Doubling).Terkadang kita mudah cenderung untuk mengklaskan syiling yg ditemui sebagai DD sedangkan ciri2nya kita sendiri tidak begitu yakin.Hal ini mungkin terjadi kerana kepenatan membelek syiling namun tiada DDV yg dijumpai,sedangkan rakan2 lain sibuk pamirkan" monster atau dinosaur" DDV masing2...

           Semua ini telah depankanta lalui dan mungkin akan lalui lagi...Setelah sekian lama menempuh pengalaman,depankanta telah merumus sedikit nota untuk perkongsian dalam mencari syiling DD melalui post:http://depankanta.blogspot.com/search/label/ASAS%20KENALI%20SYILING%20DD

         Cara lain yang mudah untuk mengenali syiling DD adalah dengan mencari Batch MDD. Sebagaimana yg diketahui,MDD adalah akibat dari kelonggaran yg terjadi pada mesin dan peralatan menempa syiling samada die atas,die bawah, collar die dsbnya..Tentu banyak syiling yg sempat ditempa sebelum die yg longgar itu diperbaiki,syiling2 ini akan mengelirukan pengumpul dan jika tidak berhati2 akan dilabelkan sebagai syiling DDV.

             Syiling 20 sen 2007 ini akan mengelirukan kita dgn varieti DDO jika ditemui secara berasingan....

              Ciri2 MDD kemungkinan akan terjadi pada bahagian belakang,bahagian muka atau keduanya..

           
              Syiling pertama 20 sen 2007: Imej berganda  (doubling) pada bahagian sisi  tepak sireh menunjukkan persamaan dgn ciri2 DD tulin,hanya kesan lekuk (notching) tidak kelihatan...

          Syiling kedua: Sukar untuk membezakan dgn syiling diatas kerana hampir semua ciri2nya gandaannya sama..Pemerhatian yg sangat teliti pada setiap details diperlukan.....

                 Akhirnya pemegang kacip pinang atau Cekati (istilah Kelantan) telah menjadi bukti syiling 20 sen 2007 ini adalah MDD....Telitikan perbezaan foto kacip syiling 1 (atas) dan 2 (bawah)

                   Foto 1 dan 1A menjelaskan MDD terjadi dimana imej kedua (oren) dan imej pertama (kuning) mempunyai jarak (ketebalan) yg berbeza dgn syiling kedua (foto 2 dan 2A)..Syiling DD tidak akan terjadi fenomena begini kerana DD adalah kesilapan gandaan yg terjadi secara asal pada permukaan die..Keadaan yg sama dapat dilihat pada banyak syiling Malaysia contohnya,syiling 20 sen 1994,50 sen 2008 yg agak mengelirukan dan memerlukan kita kumpulkan atau kongsi sebanyak mungkin untuk mendapatkan satu kategori yang tepat dan memenuhi piawaian numismatik antarabangsa....
        Mungkin depankanta tersilap dgn rumusan ini dan pengunjung ada pendapat lain yg lebih jitu,kita kongsi.....

Khamis, 6 Disember 2012

10 SEN 2007,OFF CENTER

          Off center merupakan syiling yg menarik untuk dijadikan koleksi,pada sekeping ini akan memberi sedikit kefahaman kepada kita bagaimana proses penyilingan dijalankan dan berbagai mesin dan instrumen yg terlibat.

       Tentang bagaimana syiling off center terjadi telah banyak dinukilkan oleh pakar syiling error yg juga rakan blogger depankanta Mr Dickson Niew..Sekeping syiling 10 sen 2007 off center ini diperolehi hasil kolaborasi bersama Galeri Sha banknote (Terima kasih Dato' Sha) yg juga merupakan pencetus pembaharuan dalam numismatik Malaysia...

                             Bahagian belakang syiling 10 sen 1997,minor off center...Terdapat juga garis2 pada fields syiling ini yg biasa dilihat pada syiling 1 sen yg dikenali dgn clad layer error..Pada bahagian kiri,kelihatan tiga rim yg muncul,dapatkah anda bezakan die rim,proto rim dan collar rim?

                        Bahagian muka.....off center sekitar 15 %..

           Off center juga sebenarnya terdapat banyak masih banyak sub-kategori yg biasanya diasingkan mengikut kesan yg dapat dilihat pada sisi syiling.Tidak dapat dipastikan lagi sub-kategori sebenar syiling ini kerana pengajian tentang off-center belum habis..

              KHUSUS PADA PELAWAT YANG BERMINAT UNTUK MEMPELAJARI BAGAIMANA PROSES PENYILINGAN SYILING MALAYSIA DIJALANKAN,GALERI SHA BANKNOTE ADA TAWARAN LAWATAN YG TERBAIK UNTUK ANDA!,sila klik foto ini.....

Isnin, 3 Disember 2012

SYILING KERIS 1992,VARIETI ATAU ERROR

          Syiling rm1 siri Bunga raya juga mengalami nasib yang sama dengan syiling rm1 siri Parlimen iaitu penggunaannya tidak menyeluruh dan berpanjangan.Generasi kanak-kanak hari ini tidak ramai yang mengenali syiling2 ini..

         Bagi siri Bunga raya,syiling rm1 ini  dikenali dgn Syiling Keris sempena dgn imej Keris yg ada pada bahagian muka syiling ini.Syiling Emas juga biasa dinamakan pada syiling ini kerana warna kuning keemasannya yang menyerlah..Penggunaannya terganggu oleh pengeluaran syiling2 palsu yang membuat syiling ini dapat bertahan hingga keluaran 1996 sahaja dan akhirnya terus ditarik penggunaan pada 7 Disember 2005 oleh BNM.

        Sekeping Syiling Keris keluaran 1992 yang dijumpai ini menarik perhatian kerana terdapat ciri2 penampilan imejnya yang unik dan sukar untuk meneka apa yang sebenarnya terjadi.

                           Bahagian muka syiling rm 1 Keris 1992 Tulin...Perhatian pada imej mata keris....

               Bahagian belakang syiling 1992 ini terdapat kesan MDD yg ketara pada angka"$"dan"1"

                   Bahagian muka syiling istimewa ini berbanding dgn syiling biasa.....

  Pada bahagian mata keris ini terdapat imej seumpama corak songket yg menjadi alas pada keris dan sarung.

            Telitikan panah kuning yg kelihatan sebahagian imej corak songket yg tiba2 berada pada atas mata keris.Ciri2 ini tidak pernah dijumpai pada syiling MDD biasa.Tanda bulatan merah adalah kesan mata keris yg berbentuk lekuk atau negative.Depankanta masih tercari-cari apa yg sebenarnya terjadi dan apa kategori error yg tepat untuk keadaan ini..Secara "selayang pandang"depankanta tergerak untuk mengatakan ini bukan striking errors tetapi adalah die errors yg terjadi semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die..sama dgn kejadian DDV...Apa pendapat anda?

        Teka-teki syiling ini lebih mudah dijawab sekiranya ada lagi penemuan sekeping dua dengan 100 peratus ciri2nya sama...Kita kongsi bersama....

Ahad, 2 Disember 2012

GALVANO (Plaster model epoxy coated )

             Mengenali apa saja mesin,instrumen,perkakas,bahan,logam dll yang berkaitan dgn proses pembuatan syiling adalah penting untuk menjejaki bagaimana sesuatu kategori error boleh terjadi dan diperingkat mana ianya terjadi.

          Post yg dipamirkan oleh blogger sdr Afiqnizam adalah satu persembahan yg terbaik untuk kita pelajari  bagaimana proses penyilingan dilakukan didalam kilang.Agak malang bagi pengumpul syiling error Malaysia kerana hanya dapat mengetahui semua ini secara umum sahaja dgn hanya bercontohkan kilang2 luar negara khasnya dari US.Tentu kita semua sedang sabar menunggu sedikit info berkaitan proses penyilingan duit syiling Malaysia dari pihak pengurusan kilang di Shah Alam.

          Untuk mendekati bagaimana proses penyilingan dilakukan depankanta pamirkan beberapa contoh Galvano atau plaster model epoxy coated syiling Malaysia siri Pertama atau lebih dikenali siri Parlimen (1967-1988).

                    Galvano biasanya bersaiz diameter 8 inci bagi memudahkan artis membuat penelitian dan pembaikkan keatas semua details yg ada pada permukaan syiling.
        

            Galvano adalah proses kedua selepas artis membuat rekabentuk pertama imej pada model plaster 


 Rekabentuk pada Galvano yang sudah muktamad akan dipindahkan pula kepada Master Hub dgn menggunakan teknologi tinggi.Proses ini akan mengecilkan saiz imej kepada saiz sebenar syiling pada Master Hub
           
       .Proses penyilingan biasa secara ringkasnya ialah:

                 1. Pemilihan Imej yang muktamad .

                 2.Artis membuat rekabentuk semua  imej pada model plaster.

                 3.Galvano atau Plaster model epoxy coated.

                 4.Mengecilkan saiz untuk membuat Master Hub.

                 5.Master Hub menghasilkan Master Die.

                 6.Master Die menghasilkan Working Hub.

                 7.Working Hub menghasilkan Working Die.

                 8.Working Die menghasilkan syiling.

           Setiap langkah akan mengalami proses yg sangat rumit menggunakan teknologi yg canggih..Doubled Dies Varieti (DDV)berkemungkinan akan terjadi bermula dari proses 6-8.....               
   

          Model-model Galvano ini dapat dilihat di Dewan Pamiran Sasana Kijang,Bank Negara Malaysia...