Selasa, 15 Januari 2013

DIE SCRATCH

    Die Scratch atau die scratches akan kelihatan sama dengan die crack dengan ciri-cirinya berbentuk garis panjang yang timbul pada permukaan syiling.Sering kali pengumpul syiling error akan tertanya-tanya bila menemui sekeping syiling die scratch samada ianya mempunyai premium spt syiling-syiling error yang lain.

          Syiling-syiling yang mengelirukan kita samada mint errors atau PMD sewajarnya disimpan kemas sebagai rujukan dan bahan kajian walaupun  ianya mungkin tidak ada nilai dari sudut error.Die scratch merupakan satu kategori die damage iaitu kerosakan pada permukaan die,berbeza dgn die crack yang bukan sahaja terjadi pada permukaan die tetapi juga pada bahagian dalam permukaan die.

          Kerosakan yg terjadi biasanya dikaitkan dengan peralatan dan instrumen mesin yang berada dipersekitaran semasa proses penempaan dilakukan atau semasa kerja-kerja menyelenggara die dilakukan. Berbeza dgn die gouge yang berbentuk tercungkil secara bertompok,die scratch akan kelihatan garis panjang yang biasanya lurus mengikut peralatan yg merosakkannya.

                         Bahagian belakang syiling 1 sen 2007 ini merupakan spesimen die scratch yg jelas...

           Garis timbul yang lurus dan berbentuk rata tidak bergerigi adalah ciri-ciri die scratch..

            Sekeping syiling 1 sen 2005 ini pula ditemui dengan dua ciri-ciri,die crack dan die scratch...

           Die crack biasanya membentuk garis yang tidak lurus mengikut retakan yg terjadi pada die,keadaan ini sangat dipengaruhi oleh jenis logam dan cara die dibuat.Pembentukan blob mudah terjadi pada die crack kerana kerosakannya yang dalam.Die scratch pula berbentuk lurus mengikut cakaran alat yang digunakan.

             


Penerangan lakaran dibawah :

                               1) Bentuk permukaan die dan keadaan syiling akibat cakaran yg terjadi pada die.Bentuk parit yang terjadi hanya melibatkan lapisan atas permukaan die.

                               2) Perbezaan die yang terjadi die crack adalah kerosakannya melibatkan kedalam      logam die.Kedua permukaan syiling kelihatan hampir sama sedangkan sebenarnya kerosakan kedua die adalah sangat berbeza.

                               3) Bentuk garis die crack biasanya tidak lurus kerana faktor logamnya.

                               4) Bentuk garis die scratch adalah lurus mengikut pergerakan peralatan yg merosakkannya

      Berbagai bentuk die scratch yang dapat dilihat terjadi pada syiling Malaysia.....

 Penerangan dan spesimen yang dipamirkan ini adalah pendapat depankanta berpandukan rujukan syiling error,sekiranya anda ada pendapat lain untuk dikongsi adalah sangat dialu-alukan...

Sabtu, 12 Januari 2013

CRAZED DIE

     Crazed die atau die crazing merupakan satu sub-kategori error dalam kategori utama Die errors-die crack-crazed die.Walaupun ciri2 yang ada pada kategori ini hampir sama dengan die crack iaitu terdapat garis logam yang timbul pada permukaan syiling tetapi ianya bukan disebabkan kerosakan yang berasal dari kelemahan die.
     Die scratch terjadi disebabkan permukaan die terguris yang menampakkan garis yang memanjang dan biasanya lurus mengikut bagaimana ianya terjadi,sementara crazed die pula merupakan kesan permukaan die terkena guris sesuatu dalam bentuk yang cakar-cakar dan biasanya berbentuk spt jalinan jaring...

                 
                  Syiling 1 sen 2006 mungkin memenuhi ciri-ciri untuk dikategorikan crazed die atau die crazing..

            Ciri-ciri utama crazed die ialah wujud garis-garis yg halus (sebahagiannya tidak kelihatan) dan berbentuk cakar-cakar..Kategori ini tidak akan menjadi die break kerana ianya hanya terjadi pada lapisan atas permukaan die...

           Bahagian muka syiling 1 sen 2006 ini juga terdapat ciri-ciri yang hampir sama,ia mungkin terjadi disebabkan kedua die diselenggara pada waktu yang sama...


             Kemunculan garis-garis halus ini tidak sama dengan die crack error yang disebabkan kerosakan yang berasal pada logam die.....

    

Selasa, 8 Januari 2013

5 SEN S3M,DIE CLASH YANG ISTIMEWA

         Die clash adalah sub-kategori dibawah kumpulan utama Die errors.Dibawah kategori Die clash pula dibahagikan kepada banyak lagi kumpulan kecil dan biasanya dikategorikan mengikut bagaimana keadaan yang kelihatan pada permukaan die.Antara sub-kategori die clash ialah, multiple die clash,rotated die clash,misaligned die clash,pivoted die clash,floating die clash dan berbagai clash lagi....

       Tentu menarik jika semua kategori errors yang disenaraikan oleh pengumpul diperingkat antarabangsa dapat juga kita kumpulkan menjadi koleksi disamping bertujuan untuk pembelajaran. Untuk mengenali dan memadankan antara nota keterangan dan realiti syiling yang ada dalam tangan kita bukan perkara yang mudah. Semuanya perlukan rasa keinginan untuk belajar dan terus belajar.......

        Bahagian muka sekeping syiling 5 sen s3M 2012 dijumpai dengan kesan seperti die clash tetapi Imej ghostly atau clash marks adalah sama dgn imej pada permukaan syiling.

            Masalah utama ialah untuk mengambil gambar bagi menampakkan imej clash marks kerana ianya terjadi dengan tidak begitu jelas...Paparan terbaik dengan daya yang ada....

     Perhatikan beberapa imej yang dipaparkan untuk perkongsian.....

               Bertanda merah adalah imej clash marks titik bulat yang muncul disebelah imej sebenar.....

         Imej clash marks lima garis mendatar rukun negara juga muncul dalam keadaan terpusing (rotated)

                  Imej clash marks sulur kacang.....
       Adakah apa yang terjadi pada syiling ini adalah merupakan satu lagi sub-kategori dalam die clash atau ianya tergolong dalam kategori yang lain?..depankanta sangat mengharapkan penemuan yg sama oleh rakan2 dan mengalu-alukan jika dapat turut berkongsi. Bagi merumuskan kategori error yg sebenar pada syiling ini adalah penting penemuan beberapa keping spesimen lagi untuk dilihat persamaan dan perbezaannya..(untuk memudahkan perkongsian pelawat dibenarkan copy foto2 yang dipamirkan ini)
     
       

        Die clash error syiling 5 sen s3M 2012 ini  pernah depankanta pamirkan dalam post terdahulu...Ciri yang ada pada syiling ini adalah berkeadaan biasa dan berlainan penampilan imejnya dengan syiling diatas...

Ahad, 6 Januari 2013

DIE GOUGE

         Die gouge adalah merujuk kepada kesan tusukan alat yang keras dan tajam yang digunakan untuk membersih pemukaan working die dari logam-logam halus yg melekat pada die setelah melakukan kerja-kerja penempaan yang berterusan. Logam yang dikenali sebagai plak ini perlu dicuci dgn peralatan yg tajam,keras dan menggunakan tenaga yg kuat.

      Kesan tusukan yang paling popular pada syiling Malaysia adalah berbentuk "extra dot" yang menjadi buruan peminat syiling error dan varieti.Sekiranya anda melayari laman web syiling error antarabangsa akan dijumpai berbagai bentuk akibat tusukan alat-alat untuk membaiki die itu..Kebanyakan adalah berbentuk garis halus spt scratch.

      Selain die gouge error yg awal ditempa oleh die yg rosak itu,terdapat juga syiling-syiling yang dikesan ditempa oleh die yang pada awalnya adalah die gouge tapi telah mengalami perubahan hingga membentuk die chip error..
               Kesan yang kecil dan berbentuk "dot" adalah biasa dijumpai pada syiling Malaysia,biasanya tidak akan membesar berbanding dgn bentuk scratch yang memanjang....


            Lakaran gambar rajah dibawah menggambarkan kejadian die gouge dan die chip

          A:  Pembentukan plak pada lurah negatif yang ada pada permukaan die.

          B:  Peralatan yang keras dan tajam digunakan untuk mengikis plak pada die secara manual.

          C:  Alat telah tertusuk kedalam logam die.

          D: Dengan ada kesan tusukan kecil,die ini telah kembali menempa syiling. Die gouge error terjadi diperingkat ini.Kesan tusukan berbagai bentuk dapat dilihat pada syiling yg ditempa.

          E: Akibat kerja-kerja yang berterusan dgn die yang sudah "berlubang" ini lama kelamaan terjadi die chip yang semakin membesar.


       Dua keping syiling 10 sen 1998 ini dapat menggambarkan kejadian spt gambarajah diatas..

             Pada syiling pertama kesan die gouge yang kelihatan pada setiap huruf 'NEGARA"

                Dari die gouge error,telah terbentuk pula die chip yang kelihatan semakin membesar...

          Keadaan yang sama diagak terjadi pada kebanyakan syiling 1 sen siri Parlimen...Syiling 1 sen 1986 ini  kelihatan kesan yg ada hanya terjadi pada bahagian dalam lurah angka"1"(pada die) yang disebabkan kerja-kerja mencuci die dibahagian itu.

               
           Logam yang timbul semakin membesar membentuk die chip tapi terjadi hanya sekitar angka "1",syiling ini mungkin adalah die progressive dari syiling diatas..Kedua syiling ini adalah dari varieti die yg sama...

Adakah boleh dikatakan sekeping syiling ini adalah die gouge dan sekeping lagi die chip?...

              Kesan tusukan pada bahagian dalam angka "1" asalnya adalah untuk membersihkan kotoran logam atau plak,dibahagian luar tidak pula kelihatan terjadi lebihan logam,membuktikan kerja-kerja pembersihan dibuat pada tempat yg sepatutnya....

              Syiling kedua kelihatan tempat tusukan asal telah membesar yang biasanya dikaitkan dengan die chip error.....

Khamis, 3 Januari 2013

BLOB VS DIE CHIP

             Diskusi mengenai kejadian blob pada syiling akan lebih lengkap jika dapat dilihat dan bincangkan bersama kejadian die chip error.Membicarakan dua keadaan yang mudah terkeliru ini perlu menyentuh berbagai aspek yang menyumbang kepada kejadian blob dan die chip...

             Sekeping syiling 1 sen 2005 dipamirkan untuk memudahkan kita memahami perbezaan dan persamaan antara blob dan die chip...Pada sekeping syiling ini telah menceritakan perbezaan antara die chip dan blob walau pun pada penampilannya kelihatan sama sahaja....

              Blob pada syiling ini terjadi pada kelopak bunga raya hasil dari serpihan yang berasal dari die crack.

                Die crack yang terjadi dari jam 12.30 menuju kebawah telah meninggalkan blob yang nipis pada angka"1",keadaan yang nipis begini tidak dapat dipastikan adakah juga diistilahkan sebagai blob atau lain-lain istilah....

           

      Jika bernasib baik kita dapat jumpai dan menyusun beberapa keping syiling yang menunjukkan pengembangan yang terjadi pada die crack yang membentuk gouge....depankanta pernah pamirkan set mengenai die progressive  : http://depankanta.blogspot.com/search/label/SET%20DIE%20PROGRESSIVE





      Die chip dikesan pada angka "2005",hampir keseluruhan angka ini telah terjadi die chip error.


                         Lakaran A : Pada setiap working die terdapat imej syiling dalam bentuk negatif,dan bahagian tebing setiap imej (panah merah) adalah mudah terjadi die chip.

                         Lakaran B : Pada awal pembentukan die chip sedikit bahagian tebing telah terserpih...

                        Lakaran C : Bahagian die yang terserpih semakin membesar..

                        Lakaran D : Pembentukan die chip error yang sempurna.....


          
         Keadaan serpihan logam yang terjadi pada die chip error adalah sama dengan kejadian pembentukan blob,yang membezakan antara kedua keadaan ini adalah die chip cenderung untuk mula  terjadi dibahagian tebing huruf atau imej pada syiling sementara blob terjadi pada tebing bahagian logam die yang retak.

       Dari keterangan ini,dapat kita rumuskan bahawa saiz pembentukan die chip hanya berkisar sekitar huruf,angka atau imej syiling sementara saiz blob adalah bebas terjadi dan membesar sepanjang keretakan yang ada pada die crack.....

      Bagaimana pula dengan die gouge?......