Jumaat, 8 Februari 2013
Khamis, 7 Februari 2013
MENGENAI RTR DIE CRACK
Rim To Rim (RTR) Die crack merupakan koleksi yang dapat diperbagaikan dan disusun mengikut perkembangan keretakan yang terjadi pada die. Syiling-syiling dalam kategori utama Die error spt die chip,die crack biasanya dapat dilihat bagaimana perubahan pada permukaan syiling, adalah sangat mengujakan jika anda dapat mengumpulkan beberapa koleksi yang mempamirkan perubahan ini....
RTR Die crack Syiling 5 sen 2008 ini tentu menarik bagi peminat Die crack error, bentuk bercabang spt petir ini merupakan bentuk keretakan menarik yg terjadi pada die syiling Malaysia. Walaupun RTR ini kelihatan terputus ditengah-tengah syiling ini tetapi ianya masih dikategorikan sebagai Rim To Rim die crack kerana bila keadaan retak seperti ini, ianya telah wujud secara halus dan bersambung pada permukaan die tetapi masih tidak cukup besar untuk menimbulkannya pada permukaan syiling.
RTR dari jam 2 hingga jam 8....
Pada bahagian Medan (field) syiling ini kelihatan terdapat ciri2 die deterioration yang sama dgn syiling pertama, jelas menunjukkan ianya ditempa dari die yg sama.
Perbezaan antara kedua Die crack dan RTR Die crack dapat dilihat....
RTR Die crack yang sempurna dapat dilihat pada syiling 5 sen 2010 yang pernah disiarkan ini....

Jika diteliti sekeping lagi syiling 5 sen 2008 ini kelihatan wujud die crack yang sama dgn syiling diatas tapi pembentukan die cracknya masih belum peringkat RTR kerana die crack yg terjadi hanya kelihatan menyentuh pada satu bahagian rim sahaja.
Pada bahagian Medan (field) syiling ini kelihatan terdapat ciri2 die deterioration yang sama dgn syiling pertama, jelas menunjukkan ianya ditempa dari die yg sama.
Perbezaan antara kedua Die crack dan RTR Die crack dapat dilihat....
Tujuan paparan ini adalah untuk menarik perkongsian dengan rakan-rakan pemburu die crack agar turut mensasarkan batch syiling-syiling yang ditempa oleh die yang retak ini.....
RTR Die crack yang sempurna dapat dilihat pada syiling 5 sen 2010 yang pernah disiarkan ini....
Isnin, 4 Februari 2013
ACUAN BERGANDA KELAS 1 (CLASS I ROTATED HUB DOUBLING)
Bila syiling-syiling DOUBLED DIE VARIETY (DDV) mula dikelaskan oleh pakar-pakar syiling error dan varieti USA tentu syiling DDV pertama dijumpai akan mendapat Kelas yang pertama atau kelas I. Syiling DDO King of doubled dies 1 sen lincoln 1955 telah dijadikan spesimen asas bagi kelas ini.
Rotated hub doubling adalah bermaksud semasa proses pemindahan imej dari working hub kepada working die telah berlaku pergerakan yang berpusing pada working hub. Hub yang terpusing ini terjadi semasa proses tekanan yang kedua. Bagi kelas ini pusingan yang terjadi adalah menyeluruh dan berpusat di tengah-tengah atau paksi working hub.
Banyak kaedah dapat kita lakarkan bagi menggambarkan bila dua imej yg sama saiz dan bentuknya dipusing sedikit dengan berpaksikan pada bahagian tengah. Gambarajah dibawah cuba membayangkan bagaimana rotated hub doubling atau DD kelas 1 terjadi:
1.Bintang pertama adalah pemindahan imej yang sempurna.
2. Bintang kedua adalah pemindahan imej yg tidak tepat,warna merah (bawah) adalah tekanan pertama dan warna kuning (atas) adalah tekanan kedua yg tertekan secara berpusing mengikut pusingan jam (CW) dan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah). Perhatikan pada hujung bintang adalah luas jarak gandaan dan semakin mengarah kepada paksi semakin tipis dan hampir tiada kesan pada bahagian paksi.
3. Bintang ketiga Rotated hub doubling terjadi secara berlawanan pusingan jam (CCW)
4. Gambaran jika Rotated hub doubling terjadi pada Perkataan BANK NEGARA MALAYSIA dengan berpusat ditengah-tengah (bulatan merah) sebagai paksi pusingan.
5. Bagi meneliti syiling-syiling DD, penting untuk kita memerhati secara keseluruhan permukaan syiling yang ada tanda-tanda imej yang berganda kerana pergandaan imej akan memberi kesan pada keseluruhan permukaan syiling. Adalah tidak tepat sekiranya kita mengambil kira hanya pada sebahagian imej sahaja.
Bagi kelas I Doubled die syiling Malaysia,DDO 20 SEN 2007 adalah spesimen yang tepat.

Jika diperhatikan gandaan yang terjadi pada setiap imej adalah terpusing mengikut paksi ditengah-tengah..Anda mungkin perlu bantuan kanta bagi menentukan yang mana imej diatas dan yang mana imej bawah,seterusnya akan menentukan samada CW atau CCW.....
Jumaat, 1 Februari 2013
MULTIPLE DIE CLASH + DIE CRACK
Syiling 5 sen 2011 dengan ciri-ciri multiple die clash pada bahagian muka dan die crack pada bahagian belakang..Keadaan syiling masih tidak terjejas...(UNC?)..UNTUK DIJUAL 2 KEPING RM30 TERMASUK BAYARAN POS (Malaysia sahaja).
Kesan multiple die clash kelihatan pada bahagian muka syiling 5 sen 2011
Pada bahagian belakang wujud die crack bermula dari rim merentasi angka "0"...
Juga kelihatan die deterioration pada hampir keseluruhan permukaan pada bahagian belakang syiling..
Jika berminat sila sms 019-6955867.....

Syiling masih berkeadaan cantik...Spesimen multiple die clash adalah sukar dijumpai...
Pada bahagian belakang wujud die crack bermula dari rim merentasi angka "0"...
Juga kelihatan die deterioration pada hampir keseluruhan permukaan pada bahagian belakang syiling..
Jika berminat sila sms 019-6955867.....
Khamis, 31 Januari 2013
LAGI DDO 5 SEN 2011
Usaha memburu syiling-syiling varieti Doubled Die berterusan dengan semakin bertambahnya jumlah pemburu, hasilnya hari ini kita dapat melihat berbagai penemuan varieti DD yang baru termasuk beberapa varieti bagi denominasi dan tahun yang sama. Dari minat yang mendalam kepada syiling-syiling Vatieri DD, lahir pula blogger yang mengkhususkan perbincangan tentang varieti Doubled Die spt blog :http://msiaerrorcoin.blogspot.com/
Kelahiran blog-blog yang khusus akan membuka satu lembaran baru bagi pengumpul syiling error untuk dijadikan rujukan atau sekurang-kurangnya sebagai medan untuk perbincangan dan berkongsi informasi. Mungkin suatu hari nanti setiap kategori utama syiling error Malaysia akan ada blog yang khusus bagi membicarakannya.
Bagi meneruskan perkongsian syiling varieti DD, depankanta pamirkan sekeping lagi syiling 5 sen 2011 dengan ciri-ciri DDO yang jelas. Syiling yang baru dijumpai ini kelihatan sama dengan DDO 5 sen 2011 yang pernah dipamirkan dulu.
Foto-foto syiling yang sama dengan berbagai gaya dan cahaya......
Syiling DDO 5 sen 2011 ini pernah dipamirkan dalam post terdahulu.......

Langgan:
Catatan (Atom)