Sabtu, 2 Mac 2013

SYILING 20 SEN S3M, BUKAN SEKADAR DUIT

         Dengan kandungan campuran logam nikel loyang (nickel brass),syiling 20 sen s3M (Siri ke-3 Malaysia)  telah menerbitkan satu warna keemasan yang menarik perhatian peminat seni perhiasan jari untuk menghasilkan cincin dari logam syiling itu. Peminat seni perhiasan cincin telah cuba menempah cincin dari logam syiling ini dan hasilnya sangat mengkagumkan sekali.

         Suatu ketika dulu logam syiling 1 ringgit keris Malaysia telah digunakan untuk membuat barang-barang perhiasan kanak-kanak dan didapati ianya mempunyai ketahanan dan mengambil masa yang lama sebelum menjadi pudar dan kusam..Seni pembuatan barang-barang perhiasan dari berbagai logam ini didapati biasa di negeri Kelantan mungkin kerana disini terdapat ramai yang masih bergiat dibidang pertukangan perhiasan samada tukang emas,tukang perak,suasa,tembaga dsb.

       Secara kebetulan depankanta menemui seorang rakan yang juga peminat cincin dan permata telah menunjukkan sebentuk cincin yang diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M. Mengikutnya cincin ini ditempah khas dari seorang tukang emas dari Bachok,Kelantan.

            Cincin ini adalah diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M, warnanya yang berubah mungkin disebabkan kepanasan semasa proses mencairkan logam itu..Ketahan sebenar belum teruji kerana masih diperingkat baru....

       Mengikut pemiliknya Razani Hamzah, sebentuk cincin ini dihasilkan dari enam keping syiling 20 sen s3M

           Mengikut tukang yang membuat cincin ini, syiling 50 sen s3M dengan logam nikel loyang bersalut kuprum tidak sesuai untuk dijadikan cincin

            Siapa sangka jika cincin yg secantik ini adalah diperbuat dari logam duit syiling...

        Seni perhiasan diri dengan menggunakan duit syiling sebenarnya telah lama bergiat, syiling 20 sen perak straits settlements 1927 ini telah digunakan untuk dibuat butang baju oleh generasi dimasa itu....

       Dalam era yg serba moden masih menarik minat orang ramai untuk membuat perhiasan diri dari duit syiling. Keadaan ini harus dilihat dari sudut Inovasi dan citarasa pengguna yang tiada batasannya....

Selamat bersantai dihujung minggu........

Rabu, 27 Februari 2013

TIGA VARIETI DDO 10 SEN 2007

           Syiling 10 sen 2007 menyumbang banyak varieti Doubled Die khususnya Doubled Die Obverse (DDO) kepada peminat DD, dalam koleksi depankanta telah ada tiga varieti DDO yang berbeza. Kemungkinan banyak lagi yang masih belum ditemui..

                 Varieti 1,2 dan 3

                Varieti 1, DDO 10 sen 2007

             Varieti 2, DDO 10 sen 2007..

            Varieti 3, DDO 10 sen 2007


        Persamaan antara V1 dan V2 ialah pergandaan imej utama dan imej kedua adalah selari menggambarkan pergerakan hub semasa proses hubbing adalah secara teranjak bukan terpusing,Perhatikan jarak gandaan yang sama antara point (A) dan (B) bagi kedua syiling. Perbezaan antara dua varieti ini pula ialah jarak gandaan imej utama dan kedua adalah tidak sama dimana V1 lebih luas jaraknya. Ciri-ciri kukuh yang menjadikan kedua syiling ini Doubled Die Variety ialah terdapat kesan lekuk (notch) pada penjuru lubang congkak pada kedua varieti ini.
             
           
       Sebahagian pergandaan imej ketiga-tiga varieti ditanda kuning (imej utama) dan merah (imej kedua) bagi memudahkan pemerhatian..Hingga kini V3 telah dikenalpasti dalam kelas I, rotated hub doubling.

Isnin, 25 Februari 2013

VARIETY EDGE SYILING PALSU 1985

               Syiling palsu siri Parlimen 1985 merupakan satu pelengkap bagi pengumpul yang meminati koleksi syiling palsu Malaysia .  Ahli-ahli numismatik agak terlewat mengesan kewujudan syiling-syiling palsu 1985 ini menyebabkan tidak banyak yang berada ditangan pengumpul sekarang. Kesempurnaan pembuatan syiling palsu 1985 menyebabkan ianya sukar dikesan oleh orang ramai. Sekiranya dalam masa terdekat pihak BNM mengambil keputusan untuk memansuhkan penggunaan syiling siri pertama atau siri Parlimen, syiling-syiling palsu ini akan turut lenyap dan tinggal sejumlah kecil sahaja yg ada dalam simpanan pengumpul.

           Pemburuan syiling-syiling error telah menemukan sekeping lagi syiling palsu siri parlimen 1985

      Keadaan yang agak masih elok menarik perhatian depankanta untuk meneliti pada semua sudut

           Bila diteliti pada bahagian sisi syiling palsu ini, didapati huruf "I" dan sebahagian huruf"Y"(MALAYSIA) telah tiada. Agak sukar untuk menyatakan ianya adalah disebabkan die ketiga yang menempa sisi syiling ini tersumbat sesuatu kerana disekitarnya tidak terjejas. Mungkinkan ini adalah varieti pada sisi syiling 50 sen 1985 palsu.



              Ciri-ciri pengenalan syiling palsu 50 sen 1985 telah diterangkan dalam post:
http://depankanta.blogspot.com/2012/11/syiling-parlimen-1985-palsu.html
              syiling palsu 50 sen 1985 yang telah dipamirkan dalam post terdahulu


Sabtu, 23 Februari 2013

OFF CENTER STRIKE WITH COLLAR SCAR

           Off center error berbeza dengan misaligned die, off center terjadi pada kedua permukaan syiling.sementara misaligned die hanya melibatkan satu permukaan sahaja. Off center berbeza pula dengan broadstrike error kerana off center error mungkin terjadi ketiadaan sebahagian huruf yang berada berhampiran rim sementara broadstrike tidak akan menjejaskan mana-mana huruf yang ada pada permukaan syiling.

     Sub kategori off center tidak banyak yang ditemui pada syiling Malaysia kerana ianya adalah kategori yang sukar melepasi tapisan QC kilang atau terlepas keluar menyebabkan ianya sukar  dijumpai dalam edaran.

   Sekeping syiling 5 sen 2001 dijumpai dengan kesan parut akibat terkena atau tertampan collar die semasa proses penempaan. OFF CENTER STRIKE WITH COLLAR SCAR ERROR.

             Pada bahagian muka syiling juga terdapat ciri-ciri yang hampir sama...


Rabu, 20 Februari 2013

10 SEN 2007,DDO KELAS I

    Syiling 10 sen 2007 didapati banyak menyumbang kepada varieti acuan berganda atau Doubled die variety, penemuan beberapa varieti telah dipamirkan oleh ramai rakan-rakan blogger. Antara yang mendapat perhatian peminat syiling varieti DD ialah 10 sen dengan DDO Kelas I.

                                Setiap imej berganda yang jelas kelihatan pada permukaan syiling harus diperhatikan dengan teliti bagi melihat pergerakan antara imej pertama dan imej kedua.

            Gandaan imej kadang-kadang menjadi sukar dilihat kerana keadaan syiling yang ditemui sudah lasak beredar, kedudukan imej pertama dan kedua adalah menjadi kunci bagi mengenal pasti Kelas pada mana-mana syiling Doubled die...

      Bagi menjelaskan Kelas pada syiling 10 sen 2007 ini, ditandakan merah untuk imej utama dan kuning bagi imej kedua bagi imej tikar yang memperlihatkan pergerakan yang jelas.Bila diteliti pergerakan kedua imej adalah berbentuk terpusing dengan berlawanan pusingan jam, pada bahagian tengah syiling ini tidak ada kesan gandaan, bersesuaian dengan kelas I (Rotated hub doubling)

              Keadaan yang sama dengan imej tepak sireh pada syiling DDO 20 sen 2007 ini...