Sabtu, 9 Mac 2013

DDO 10 SEN 2008

              Bagi meneruskan perkongsian syiling-syiling varieti acuan berganda atau doubled die variety dipamirkan sekeping syiling 10 sen 2008 yang jelas memperlihatkan ciri-ciri gandaan pada bahagian kepala congkak. Berlainan dengan gandaan yang terjadi pada DDO 10 sen 2007, DDO 10 sen 2008 ini didapati tidak seimbang jarak gandaannya.

            Bahagian muka syiling 10 sen 2008...Doubled Die Obverse

        Tumpuan pemerhatian adalah bahagian kepala congkak dan juga pada garis tikar dan garis badan congkak. Jarak gandaan imej pada kepala congkak lebih luas berbanding dgn imej tikar dan badan congkak.


              Kedua imej utama (primary) dan kedua (secondary) kelihatan timbul dengan jelas dan ketara iaitu semua details ukiran kepala congkak dapat dilihat dengan jelas (tiada kesan seret), sementara jarak gandaan kepala congkak yang agak luas menjadikannya DDO yg sangat menarik..

Untuk meletakkan kelas DD pada syiling 10 sen 2008 ini perlukan penelitian yang lebih terperinci dan tidak semudah membezakannya dengan kerosakan MDD. Mungkin anda sudah pun dapat memberi hipotesis tentang kelas DDO ini!...

Khamis, 7 Mac 2013

BICARA TENTANG PREMIUM SYILING ERROR

       Premium bagi syiling error biasanya akan  turut mengambil kira gred syiling berkenaan, bagi sesetengah error yang terjadi pada permukaan syiling akan dinilaikan berdasarkan penampilan keseluruhan keadaan syiling berkenaan. Die clash pada syiling 10 sen siri Parlimen agak mudah dijumpai dan tidak begitu dipedulikan oleh sebahagaian pengumpul, namun bila ianya dijumpai pada syiling yang bergred tinggi spt BU/UNC syiling-syiling begini akan tetap menjadi rebutan.

        Selain faktor gred, usia dan kategori dan keadaan error yg jelas juga akan mempengaruhi premium syiling error. Mintage atau jumlah yang ditempa akan turut menyumbang kepada rarity syiling error, ini adalah kerana kebarangkalian untuk terjadi mint error pada syiling sedikit jumlah tempaannya adalah kecil.

              Syiling 10 sen 1982 ini adalah spesimen yang boleh dijadikan perbincangan...Dengan gred yang tinggi syiling ini telah mendapat satu premium. Katakan: Dari nilai muka 10 sen sekarang nilai numismatik telah menjadi rm1, faktor usianya yang telah melebihi 30 tahun menjadikan nilainya bertambah menjadi rm2..

          Bila dikesan ada ciri-ciri die clash pada syiling ini akan menambahkan lagi premiumnya menjadikannya rm4 dan keadaan die clash yang jelas akan menambahkan satu lagi premium menjadikannya rm5...Sekarang syiling 10 sen 1982 ini dari nilai muka 10sen telah meningkat menjadi premium syiling error kepada rm5..Bila syiling ini masuk kepasaran syiling error, harganya akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran semasa dan persetujuan antara pembeli dan penjual adalah muktamadnya.

             Bagi menentukan sesekeping syiling masih berkeadaan baik dan bergred tinggi, bahagian sisi penting diperhatikan kerana bahagian ini sukar "dipalsukan"...

               Kedua permukaan syiling perlu di teliti bagi mencari kesan-kesan kerosakan atau error...
 Nota ini adalah pendapat depankanta semata-mata berdasarkan sedikit pengalaman berurusan dengan syiling error...

Rabu, 6 Mac 2013

PRE-STRIKE DAMAGE

              Pre-strike damage adalah dibawah kategori utama Planchet error dimana kerosakan terjadi keatas permukaan planchet sebelum ianya ditempa atau mechanically damaged planchet.. 

                Agak sukar untuk membezakan pre-strike damage ini dgn PMD (Post Mint Damage) kerana kerosakan yang biasanya berbentuk calar akan terkeliru samada ianya terjadi didalam kiling atau selepas keluar dari kilang. Beberapa ciri-ciri khas akan membantu kita untuk mengenali syiling error pre-strike damage.

           Sekeping syiling 20 sen 1981 ini merupakan spesimen yg dijumpai terdapat ciri-ciri pre-strike damage yang jelas                 

             Garis-garis tercalar kelihatan terjadi sebelum syiling ini ditempa kerana bahagian imej syiling (angka 20) berada diatas kesan calar..Pada bahagian calar yang berbentuk berparit pula akan rata pada bahagian tebingnya selepas proses penempaan.

       

           lakaran 1 menggambarkan keadaan garis calar sebelum proses penempaan iaitu terdapat logam yang berbentuk tebing wujud sekitar garis calar. Lakaran 2, logam tebing akan menjadi rata akibat dari tekanan oleh die semasa proses penempaan..Keadaan ini yang membezakan syiling Pre-strike damage dengan PMD kerana syiling PMD masih kekal bahagian tebing pada garis berparit yang tercalar.

           Spesimen pre-strike damage syiling 20 sen s3M yang pernah dipamirkan....

                Juga pada syiling 5 sen s3M................




Isnin, 4 Mac 2013

3 IN 1 DIE ERRORS

                Die chip,die crack dan die clash merupakan asas mengenali syiling error dalam kategori die error, sewajarnya setiap pengumpul syiling error memiliki spesimen ini dari berbagai denominasi bagi mengenali secara lebih dekat dan mempelajari bagaimana ketiga-tiga error ini terjadi serta menguasai pengenalan ciri-cirinya.

     Dalam kategori utama Die errors, ketiga-tiga sub-kategori ini adalah yang paling popular dan dilihat terjadi pada semua siri dan denominasi pengeluaran syiling moden Malaysia dengan tahap rarity masing-masing.  Ciri-ciri pengenalan ketiga-tiga kategori ini telah banyak ditulis dan dipamirkan oleh pakar-pakar syiling error dan adalah satu sumbangan numismatik sekiranya anda memiliki dan dapat berkongsi penemuan baru hasil kajian anda sendiri.

      Perkongsian  post ini adalah keatas penemuan istimewa pada bahagian belakang syiling 1 sen 2005. Dalam keadaan biasa anda mungkin terpaksa mengumpul tiga keping syiling untuk melihat ketiga-tiga error ini.
                    Syiling 1 sen 2005 dengan ketiga-tiga kategori die errors, die crack,die clash dan die chip berada pada satu permukaan syiling. 3 IN 1.

Die crack yang dilihat pada jam 2.00 merupakan koleksi yg telah menarik minat ramai pengumpul

            Die clash yang ada pada syiling ini akan membuka minda anda untuk memikirkan asal kejadiannya

       Die chip error spt ini dapat dijadikan ukuran tahap QC yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar syiling.

           Pada bahagian muka syiling istimewa ini tiada kesan error yang ketara....

Sabtu, 2 Mac 2013

SYILING 20 SEN S3M, BUKAN SEKADAR DUIT

         Dengan kandungan campuran logam nikel loyang (nickel brass),syiling 20 sen s3M (Siri ke-3 Malaysia)  telah menerbitkan satu warna keemasan yang menarik perhatian peminat seni perhiasan jari untuk menghasilkan cincin dari logam syiling itu. Peminat seni perhiasan cincin telah cuba menempah cincin dari logam syiling ini dan hasilnya sangat mengkagumkan sekali.

         Suatu ketika dulu logam syiling 1 ringgit keris Malaysia telah digunakan untuk membuat barang-barang perhiasan kanak-kanak dan didapati ianya mempunyai ketahanan dan mengambil masa yang lama sebelum menjadi pudar dan kusam..Seni pembuatan barang-barang perhiasan dari berbagai logam ini didapati biasa di negeri Kelantan mungkin kerana disini terdapat ramai yang masih bergiat dibidang pertukangan perhiasan samada tukang emas,tukang perak,suasa,tembaga dsb.

       Secara kebetulan depankanta menemui seorang rakan yang juga peminat cincin dan permata telah menunjukkan sebentuk cincin yang diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M. Mengikutnya cincin ini ditempah khas dari seorang tukang emas dari Bachok,Kelantan.

            Cincin ini adalah diperbuat dari logam syiling 20 sen s3M, warnanya yang berubah mungkin disebabkan kepanasan semasa proses mencairkan logam itu..Ketahan sebenar belum teruji kerana masih diperingkat baru....

       Mengikut pemiliknya Razani Hamzah, sebentuk cincin ini dihasilkan dari enam keping syiling 20 sen s3M

           Mengikut tukang yang membuat cincin ini, syiling 50 sen s3M dengan logam nikel loyang bersalut kuprum tidak sesuai untuk dijadikan cincin

            Siapa sangka jika cincin yg secantik ini adalah diperbuat dari logam duit syiling...

        Seni perhiasan diri dengan menggunakan duit syiling sebenarnya telah lama bergiat, syiling 20 sen perak straits settlements 1927 ini telah digunakan untuk dibuat butang baju oleh generasi dimasa itu....

       Dalam era yg serba moden masih menarik minat orang ramai untuk membuat perhiasan diri dari duit syiling. Keadaan ini harus dilihat dari sudut Inovasi dan citarasa pengguna yang tiada batasannya....

Selamat bersantai dihujung minggu........