Selasa, 2 April 2013

DESIGN VARIETY BUNGA RAYA 2002

              Hobi  Mengumpul syiling  moden Malaysia tidak seringkas mendapatkan beberapa keping syiling mengikut denominasi dan disusun mengikut turutan tahun keluarannya. Mungkin bagi sesaorang pengumpul yang baru berkecimpung dibidang ini sudah berpuas hati bila melihat album mereka sudah penuh dengan syiling-syiling yang tersusun rapi mengikut denominasi dan tahun keluaran.

             Berlainan pula dengan pengumpul tegar yang sentiasa sensitif dengan setiap imej yang tampil pada permukaan dan sisi syiling. Dengan pemerhatian begini akan membuahkan penemuan berbagai varieti dan antara varieti ini terdapat pula yang dikategorikan sebagai rare dan mendapat premium yg lumayan.

             Varieti rekabentuk atau design variety merupakan satu innovasi dari perekabentuk syiling yang mengubah samada sedikit atau keseluruhan imej pada bahagian muka atau belakang syiling, semua perubahan ini dibuat pada peringkat awal pembentukan die samada diperingkat master die atau diperingkat seawal galvano yang masih bersaiz besar.

           Perkongsian post ini bukan tertumpu pada berbagai varieti die pada syiling tahun tertentu tetapi adalah pada satu varieti rekabentuk bunga raya yang digunakan pada kesemua denominasi bagi syiling keluaran 2002.

               Syiling Malaysia keluaran 2002 yang menggunakan rekabentuk imej bunga raya yang sama

                   Perhatikan pada bentuk keseluruhan imej daun dan kelopak bunga raya...Garis-garis yg merupakan details imej ini kelihatan jelas dan menjadi pengenalan rekabentuk ini..

Syiling 5 sen 2002 juga digunakan imej yang sama ..

Demikian juga pada denominasi 10 sen 2002...


                  Juga 20 sen 2002.....

            Bagi denominasi 50sen, rekabentuk ini yang lebih dikenali dgn nama fat"O" adalah rare dan menjadi buruan pengumpul...

         Selain rekabentuk ini yang digunakan, pada tahun 2002 juga terdapat berbagai rekabentuk bunga raya tetapi tidak dibuat secara stereotype seperti rekabentuk ini...

        Sekalung tahniah diucapkan kepada blogger sdr afiqnizam yang sedang mengusahakan pengumpulan semua die variety syiling Malaysia, semoga rakan-rakan yang lain dapat memberi maklumat dan kerjasama bagi mewujudkan satu hentian bagi rujukan berbagai Die Variety syiling moden Malaysia.

Isnin, 1 April 2013

LAGI CLASH MARK 5 SEN S3M

       Sekeping lagi syiling 5sen s3M 2012 dijumpai dengan imej seolah-olah imej pendam yang biasanya dibuat sebagai ciri-ciri keselamatan syiling. Penemuan ini menjadikan sejumlah 3 keping sudah berada ditangan depankanta tapi apa yang sebenarnya yang berlaku pada syiling-syiling ini masih menjadi tanda tanya...


           Bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012 yang menampilkan clash mark...

             "clash mark" berada dibawah imej destar sega menggambarkan ianya bukan hasil bag mark yang tentunya akan terlebih dahulu akan merosakkan semua details destar sega yang ada...

       Syiling penemuan pertama yang berlainan kedudukan imej "clash mark"....

               Demikian juga syiling kedua yang dijumpai.....

                 Penampilan imej clash mark pada die clash syiling 5 sen s3M ini adalah jelas dan berlainan dgn syiling-syiling diatas...

             Dalam pencarian depankanta untuk pencerahan berkaitan fenomena yang terjadi pada syiling-syiling 5 sen s3M telah menemui satu istilah surface film doubling, namun ciri-cirinya agak berbeza dgn syiling-syiling diatas...



Khamis, 28 Mac 2013

PARTIAL COLLAR STRIKE

            Partial Collar die strike merupakan kategori error yang mudah terlepas pandang bila proses membelek syiling dibuat secara tergesa-gesa. Keadaan ini terjadi kerana biasanya perhatian "pemburu" lebih tertumpu kepada bahagian permukaan dan belakang syiling sedangkan pada bahagian sisi syiling sering diabaikan...

           Collar die atau die ketiga adalah berperanan memegang planchet bila proses penempaan dijalankan, pada waktu yang sama ia menghasilkan gerigi pada sisi syiling (reeded edge)untuk denominasi 5sen,10sen dan 20sen. Bagi denominasi 50 sen syiling Malaysia, imej tulisan pada sisinya (edge lettering) dihasilkan sewaktu proses pembentukan rim pertama atau upsetting rim...


            Bahagian sisi syiling 50 sen siri bunga raya dengan partial collar strike error...

               Bila diteliti pada imej setiap huruf  "BANK NEGARA MALAYSIA" akan memahamkan kita bagaimana dan bila proses penempaan tulisan ini dilakukan..Error terjadi disebabkan collar die hanya mencengkam sebahagian dari sisi planchet sementara bahagian yang lain bebas dari terkena collar die tetapi wujud imej tulisan pada bahagian yang tidak terkena collar die...


                Partial collar strike pada  Syiling 20 sen agak berlainan kerana collar die membentuk imej gerigi semasa proses penempaan syiling, bahagian yang kosong adalah kawasan yang tidak terkena collar die...
Proses pembentukan sisi bergerigi syiling 20sen dibuat pada proses penempaan syiling sementara proses pembentukan tulisan pada sisi syiling 50sen dibuat semasa proses upsetting rim atau proto rim...

Dari pemerhatian  fenomena yang ada pada kedua syiling 50sen dan 20sen ini akan memberi kefahaman bagaimana perbezaan pembentukan imej pada sisi syiling antara kedua denominasi ini.

Jumaat, 22 Mac 2013

SYILING PALSU 2007,DD,DDD & MDD SEMUA ADAA..

          Proses pembuatan syiling-syiling palsu siri bunga raya sangat mirip kepada proses pembuatan syiling tulin. Berbagai kategori error yang biasa terjadi pada syiling tulin dapat dilihat pada syiling-syiling palsu. Antara kategori yg pernah dijumpai ialah die crack,die chip,die clash dll  dalam kategori utama die errors.

        Penemuan kategori die crack dan die chip memberi gambaran syiling palsu ini juga menggunakan dua peralatan die, berlainan dgn syiling klasik palsu yang menggunakan acuan. Penemuan die clash pada syiling palsu pula menggambarkan ianya dibuat melalui proses tempaan.

       Agak memeranjatkan bila ciri-ciri Doubled die juga dikesan terjadi pada syiling palsu seolah-olah proses pembuatan die juga dibuat secara multi-squeeze yang begitu rumit berbanding secara single squeeze yang lebih mudah...Mereka sedaya upaya cuba menghasilkan syiling palsu yang benar-benar menyamai syiling tulin dengan bermula dari mengikuti proses sebenar pembuatan die....

                Bahagian belakang syiling palsu 50sen 2007.....

              Kesan lekuk(notching) pada sebahagian huruf adalah ciri-ciri khas untuk mengenali DD tulin. Imej kedua (secondary)daun bunga raya kelihatan timbul membulat (rounded) menggambarkan ciri-ciri DD.

                Die Deterioration Doubling (DDD) merupakan fenomena yang terjadi disebabkan pemakaian die yang lasak dan berterusan..Kesannya ialah gandaan imej terjadi pada kiri-kanan atau atas-bawah imej utama.

          Juga terdapat kesan berlaku die yang terseret semasa proses penempaan yang menghasilkan Mechanical Die Doubling(MDD) pada syiling ini. Kesan seret yang jelas dapat dilihat pada huruf "N" (SEN). Ketiga-tiga elemen DD,DDD dan MDD tidak mustahil akan terjadi juga pada syiling tulin kerana proses pembuatan syiling Malaysia mengharuskan semua kerosakan ini terjadi pada sekeping syiling.
Bahagian muka syiling palsu 2007...Sentiasa cantik dan berkilau


Selasa, 19 Mac 2013

ROLLED-THIN PLANCHETS

           Proses penyilingan di Kilang syiling biasanya bermula dengan proses menipiskan kepingan logam menggunakan mesin roller sebelum logam itu ditebuk untuk dijadikan blank iaitu blanking process. gelung logam atau metal coil biasanya disediakan oleh pihak lain samada keluaran tempatan atau di impot. .

       Rolled-thin planchets merupakan kategori error yang menyebabkan ketebalan syiling menjadi nipis berbanding spesifikasi teknikal sebenar syiling berkenaan. Selain rolled-thin planchets, rolled thick planchets juga adalah kategori yang biasa terjadi bila syiling lebih tebal dari spesifikasi sebenar. Kesilapan pelarasan saiz pada mesin roller mungkin menjadi penyebab error ini.

    depankanta pernah pamirkan penemuan syiling-syiling 1 sen dan 5 sen siri bunga raya yang lebih nipis dari biasa dan pada awal penemuan kategori ini belum lagi diketahui lalu penemuan ini dianggap biasa sahaja. Setelah meneliti kembali dalam beberapa laman web syiling error, didapati terdapat kategori yang menjelaskan syiling-syiling begini.

                      Perbandingan dua keping syiling 5 sen biasa(kiri) dan syiling rolled-thin planchets(kanan)

                 Hipotesis mengenai kejadian rolled-thin planchets.Kepingan logam digelek menggunakan mesin roller .Proses menggelek kepingan logam ini biasanya dibuat beberapa kali sehingga saiz sebenar diperolehi, kesilapan proses ini akan menghasilkan syiling rolled-thin @ thick planchets...

                    Perhatikan perbezaan ketebalannya


                Syiling 1 sen juga terdapat ciri-ciri yang sama...Bagi syiling 1 sen kemungkinan kesilapan terjadi semasa proses cladding....



     Malangnya syiling-syiling ini telah bercampur gaul dengan yang lain menyebabkan ketebalan dan beratnya tidak dapat diukur....Diharapkan rakan pengumpul yang menemui syiling-syiling kategori error ini dapat menulisnya dengan lebih terperinci....