Selasa, 2 Julai 2013

LAGI GAMBARAN MDD 50SEN 2002

             Lanjutan dari penemuan MDD syiling 50sen 2002 yang disiarkan dalam post terdahulu, dipamirkan penemuan kesan gandaan imej sebanyak tiga kali yang berkemungkinan besar adalah disebabkan  perubahan dan perkembangan dari MDD......


       

Gandaan imej yang paling jelas dan ketara dapat dilihat pada huruf "M" (MALAYSIA). Perihal tentang kewujudan gandaan pada huruf ini masih samar tapi depankanta berkeyakinan ianya adalah disebabkan MDD. Kesan gandaan yang disebabkan MDD adalah sukar diramal dan ianya terjadi tanpa kawalan....

Rabu, 26 Jun 2013

50 SEN 2002, MDD YANG JELAS

   Mechanical Die Doubling sering menjadi cabaran bagi pemburu Varieti Doubled Die. Kadang-kadang walaupun secara konsep dan teknikal pemahaman kita telah jelas tentang perbezaan MDD dan DDV tetapi bila pemerhatian dibuat pada gandaan yang wujud pada  imej sesekeping syiling, masih ada beberapa kekeliruan.

     Syiling 50 sen 2002 sering menjadi tanda adakah gandaan huruf yang terjadi hasil MDD atau DDV?, bagi berkongsi jawapan kepada kemuskilan ini, depankanta pamirkan beberapa keping syiling 50 sen 2002 yang akan menjelaskan kekeliruan ini.

            Syiling 1


          Syiling 2


              Syiling 3


          Syiling 4


         Syiling 5


            Setiap gandaan pada huruf didapati terdapat perubahan dan perkembangan yang menggambarkan ianya bukan varieti tetapi adalah disebabkan kelonggaran atau pergerakan mana-mana komponen yang terlibat dalam proses penempaan..depankanta memilih beberapa huruf sebagai pusat pemerhatian untuk melihat perubahan..Setiap huruf mengalami perubahan yang berbeza...

              Pemerhatian dengan teliti dan memberi fokus pada bahagian tertentu akan memberi jawapan sebenar....

Isnin, 24 Jun 2013

1 BAHT THAILAND, GAS BUBBLES


              Syiling 1 baht Thailand (2008-2013), pada bahagian muka tertera imej Raja Bhumibol Adulyadej dan bahagian belakang tertera imej kuil Phra Kaew. Planchet Syiling ini diperbuat dari Nickel-plated steel iaitu besi yang disadur nickel, menggunakan kaedah "plated" adalah berbeza dengan kaedah "cladding" yang pernah digunakan untuk syiling 1 sen Malaysia.

             Gas bubbles biasanya dikaitkan dengan gas yang terperap dalam planchet dan diaktifkan oleh kepanasan semasa proses penempaan, Logam besi yang berada bahagian dalam planchet mudah bertindak balas dengan gas lalu membentuk "karat" didalam planchet menyebabkan terjadi gelembong pada permukaan syiling...

                   Bahagian belakang syiling 1 baht Thailand dengan kesan gas bubbles

                             

          Bahagian muka syiling turut terjejas oleh pembentukan karat besi pada bahagian dalam planchet..

        Sebahagian besar gelembong gas ini telah pecah menembusi lapisan saduran nickel....

              Syiling copper clad steel 1 sen Malaysia yang menjadi ikon depankanta merupakan spesimen gas bubbles yang menarik....

            Syiling copper clad steel yang menggunakan kaedah "lapisan logam" berbeza dengan syiling-syiling plated yang menggunakan kaedah "saduran".

              Gas bubbles adalah termasuk dibawah kategori utama planchet error.

   

Khamis, 20 Jun 2013

WANG KERTAS 10 SEN 1ST JULY 1941

            Tidak dapat tidak bila anda terjerumus ke alam Numismatik walaupun pada awal penglibatan mungkin anda telah cuba untuk mengkhususkan kepada hanya satu atau dua bidang sahaja TETAPI  bila tiba masanya anda akan jatuh hati dengan berbagai variasi dalam bidang numismatik..

          Di awal penglibatan Depankanta dibidang numismatik lebih menjurus kepada bidang syiling error dan melihat bidang lain seperti mengumpul wang kertas dan syiling klasik sebagai hobi mewah yang memerlukan modal yang agak besar. Perkembangan numismatik semasa telah mengheret depankanta untuk turut memperbagaikan koleksi, secara automatis telah menambahkan kesibukan bagi menambahkan koleksi dengan berbekalkan modal fulus yang sangat terhad.

          Dua keping wang kertas 10 sen 1 st July 1941 yg baru diperolehi ini merupakan pemangkin yang menyemarakkan semangat untuk terus mengumpul wang kertas lama....Tidak banyak sejarah yang bercerita tentang pengeluaran dan pengunaan wang kertas bernilai kecil ini....

         Gred yang agak baik seperti ini sukar dijumpai pada wang kertas lama

             Kondisi yang biasa dijumpai dalam simpanan orang ramai agak lusuh...Koleksi terdahulu depankanta....

           Bahagian belakang wang kertas ini yang kosong menyebabkan ianya mudah terjejas oleh faktor masa dan alam sekitar.....

             Menyentuh tentang wang kertas board of commissioners of currency malaya 1941 siri sen, terdapat 3 varieti yang tersohor,
                   Varieti B ini agak sukar dijumpai dan mempunyai nilai tersendiri...

         Perbezaan varieti A,B dan C biasanya dikesan pada bahagian beberapa bahagian tertentu..
                       
                              Varieti A yang dianggap biasa......

          Varieti B yang agak luar biasa, dapatkah anda bezakan kedua varieti ini....

          Varieti C yang sangat rare dan....(maaf, belum ada koleksi.....)

Jumaat, 14 Jun 2013

SEMINAR SYILING ERROR MALAYSIA

KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN YANG MENYERTAI SEMINAR ERROR COIN PERINGKAT KEBANGSAAN PADA 15 JUN 2013 BERTEMPAT DI KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR DIUCAPKAN SYABAS DAN SELAMAT BERSEMINAR SEMOGA PROGRAM YANG JULUNG KALI DIADAKAN INI AKAN MENJADI PENCETUS UNTUK MEMERTABATKAN SYILING ERROR MALAYSIA KE PERSADA ANTARABANGSA. SEKALUNG TAHNIAH JUGA UNTUK KELAB WARISAN NUMISMATIK SELAKU PENERAJU UTAMA PROGRAM BERSEJARAH INI. SEMOGA NUMISMATIK MALAYSIA TERUS SEIRING DENGAN NUMISMATIK ANTARABANGA.