ALHAMDULILLAH, SEKALI LAGI KITA DIBERI KESEMPATAN UNTUK MENUNAIKAN IBADAH PUASA DIBULAN RAMADHAN YANG PENUH RAHMAT DAN BERKAT. SEMPENA KEDATANGAN BULAN YANG MULIA INI DEPANKANTA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN KEPADA PENGUNJUNG MUSLIMIN DAN MUSLIMAT "SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1434H/2013M"
Isnin, 8 Julai 2013
Sabtu, 6 Julai 2013
MDD....RALAT ATAU BIASA?..
Sebelum keputusan untuk mengeluarkan duit syiling tentu pihak berkuasa telah menetapkan spesifikasi teknikal dan rekabentuk syiling yang akan dikeluarkan. Ketetapan ini menjadi piawaian bagi menentukan kesempurnaan syiling yang dikeluarkan oleh pihak kilang.
Sebarang kesilapan yang terjadi semasa proses pengeluaran syiling akan dikesan pada berbagai peringkat tapisan dan syiling-syiling yang cacat tidak akan dibiarkan melepasi sempadan kilang. Bagi sesetengah peringkat kawalan kualiti, pihak kilang hanya menggunakan tapisan kesilapan yang dapat dilihat oleh mata kasar sebagai syiling yang perlu dilupuskan dan membiarkan mana-mana syiling cacat yang tidak kelihatan oleh mata kasar untuk beredar dikalangan orang ramai.
Berlainan pula bagi masyarakat penggemar syiling error yang mempunyai kriteria mereka tersendiri bagi menentukan samada sesuatu syiling itu dalam kategori error atau tidak!...Dua kategori yang tidak disenaraikan sebagai syiling error oleh pakar-pakar syiling error iaitu Mechanical Die Doubling dan Die Deterioration. Kedua kategori kegagalan kilang ini tidak dikira sebagai error kerana pakar-pakar beranggapan kedua fenomena ini adalah perkara biasa dalam proses pengilangan/pembuatan.
Spesimen MDD syiling Malaysia yang meninggalkan kesan tiga pergerakan die pada angka "9" dan "2"....
Imej kedua (secondary) yang berada dibawah adalah leper dan rata berbeza dgn imej DD tulin yang membulat (rounded)...
Kesan yang tidak begitu ketara begini tentu terlepas dari pandangan QC atau syiling MDD seperti ini sengaja dilepaskan oleh pihak QC......

MDD pada syiling Thailand, kesan imej kedua yang rata membezakannya dgn syiling Doubled Die tulin.
Imej kedua (secondary) yang berada dibawah adalah leper dan rata berbeza dgn imej DD tulin yang membulat (rounded)...
Syiling 50sen Singapura dengan kesan MDD pada huruf "FIFT" (FIFTY)
Kesan yang tidak begitu ketara begini tentu terlepas dari pandangan QC atau syiling MDD seperti ini sengaja dilepaskan oleh pihak QC......
Selasa, 2 Julai 2013
LAGI GAMBARAN MDD 50SEN 2002
Lanjutan dari penemuan MDD syiling 50sen 2002 yang disiarkan dalam post terdahulu, dipamirkan penemuan kesan gandaan imej sebanyak tiga kali yang berkemungkinan besar adalah disebabkan perubahan dan perkembangan dari MDD......
Gandaan imej yang paling jelas dan ketara dapat dilihat pada huruf "M" (MALAYSIA). Perihal tentang kewujudan gandaan pada huruf ini masih samar tapi depankanta berkeyakinan ianya adalah disebabkan MDD. Kesan gandaan yang disebabkan MDD adalah sukar diramal dan ianya terjadi tanpa kawalan....
Rabu, 26 Jun 2013
50 SEN 2002, MDD YANG JELAS
Mechanical Die Doubling sering menjadi cabaran bagi pemburu Varieti Doubled Die. Kadang-kadang walaupun secara konsep dan teknikal pemahaman kita telah jelas tentang perbezaan MDD dan DDV tetapi bila pemerhatian dibuat pada gandaan yang wujud pada imej sesekeping syiling, masih ada beberapa kekeliruan.
Syiling 50 sen 2002 sering menjadi tanda adakah gandaan huruf yang terjadi hasil MDD atau DDV?, bagi berkongsi jawapan kepada kemuskilan ini, depankanta pamirkan beberapa keping syiling 50 sen 2002 yang akan menjelaskan kekeliruan ini.
Syiling 1
Syiling 2
Syiling 3
Syiling 4
Syiling 5
Setiap gandaan pada huruf didapati terdapat perubahan dan perkembangan yang menggambarkan ianya bukan varieti tetapi adalah disebabkan kelonggaran atau pergerakan mana-mana komponen yang terlibat dalam proses penempaan..depankanta memilih beberapa huruf sebagai pusat pemerhatian untuk melihat perubahan..Setiap huruf mengalami perubahan yang berbeza...
Pemerhatian dengan teliti dan memberi fokus pada bahagian tertentu akan memberi jawapan sebenar....

Isnin, 24 Jun 2013
1 BAHT THAILAND, GAS BUBBLES
Syiling 1 baht Thailand (2008-2013), pada bahagian muka tertera imej Raja Bhumibol Adulyadej dan bahagian belakang tertera imej kuil Phra Kaew. Planchet Syiling ini diperbuat dari Nickel-plated steel iaitu besi yang disadur nickel, menggunakan kaedah "plated" adalah berbeza dengan kaedah "cladding" yang pernah digunakan untuk syiling 1 sen Malaysia.
Gas bubbles biasanya dikaitkan dengan gas yang terperap dalam planchet dan diaktifkan oleh kepanasan semasa proses penempaan, Logam besi yang berada bahagian dalam planchet mudah bertindak balas dengan gas lalu membentuk "karat" didalam planchet menyebabkan terjadi gelembong pada permukaan syiling...
Bahagian belakang syiling 1 baht Thailand dengan kesan gas bubbles
Bahagian muka syiling turut terjejas oleh pembentukan karat besi pada bahagian dalam planchet..
Sebahagian besar gelembong gas ini telah pecah menembusi lapisan saduran nickel....
Syiling copper clad steel 1 sen Malaysia yang menjadi ikon depankanta merupakan spesimen gas bubbles yang menarik....
Syiling copper clad steel yang menggunakan kaedah "lapisan logam" berbeza dengan syiling-syiling plated yang menggunakan kaedah "saduran".
Gas bubbles adalah termasuk dibawah kategori utama planchet error.
Langgan:
Catatan (Atom)