Isnin, 12 Ogos 2013

PENGUMPULAN SYILING ERROR

      Hobi mengumpul syiling error semakin hari semakin diminati, dengan didorong pula oleh berbagai aktiviti numismatik seperti seminar syiling error yang dijayakan oleh Kelab Warisan Numismatik dan Mr Dickson Niew baru-baru ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran pengumpul kepada berbagai kategori syiling error.

     Pengumpulan syiling error dilihat sangat berpotensi untuk menjadi satu lagi jurusan numismatik yang akan menjadi perhatian pengumpul suatu hati nanti. Dengan dipermudahkan pula oleh kemudahan IT,internet serta kehadiran semakin ramai blogger syiling error, bidang pengumpulan syiling error mula menyemarak dan semakin mantap. Sebenarnya Kaedah Pengumpulan syiling error sama juga dengan mengumpul syiling klasik iaitu tumpuan kepada yang "rare" dan sukar diperolehi disamping ketulinan dan pengredannya.

     Penemuan sebarang syiling mint errors yang dipastikan ketulinannya akan didaftarkan dalam katalog dan pemburuan oleh pengumpul akan bermula disini. Bagi syiling error Malaysia belum ada satu katalog yang lengkap yang mendaftarkan kesemua penemuan kategori syiling error, semoga akan ada pengumpul syiling error akan memulakannya.

      Sebagai contoh depankanta pamirkan RTR die crack syiling 10 sen 2006. Tentu banyak syiling yang sempat ditempa oleh working die syiling ini dan keseronokan memburu akan terasa bila anda juga berjaya menemui/memperolehi syiling seperti ini dan dapat masukkan dalam album koleksi syiling error dalam kategori die crack dan RTR die crack

            Adakah anda sudah memiliki syiling die crack "petir" 5 sen 2008?.Perkataan petir adalah bertujuan pengenalan khusus die crack syiling yg dipamirkan ini untuk mengasingkan dari bentuk yg lain. Mungkin akan ada penemuan die crack berbentuk lain pula pada syiling 5sen 2008!....

       Lebih  memberangsangkan lagi jika anda menemui progressive dari keretakan working die syiling diatas dan menjadikan kategori RTR DIE CRACK "PETIR" 5 SEN 2008
   Ketiga-tiga syiling diatas seharusnya didaftarkan dalam katalog sebagai syiling error dalam kategori die crack:
         1. 10SEN 2006,RTR DIE CRACK
         2. 5SEN 2008,DIE CRACK
         3. 5SEN 2008,RTR DIE CRACK

Selasa, 6 Ogos 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1434H/2013M

    Dengan tulus ikhlas diucapkan "Selamat Hari Raya Aidil Fitri " dan dengan rendah hati depankanta ingin memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan yang tiada disengajakan yang berlaku sepanjang posts dalam blog yang daif ini...Sokongan dan dorongan Para Pengunjung sentiasa menjadi ilham bagi depankanta untuk terus bergiat.......

Ahad, 28 Julai 2013

SEMARAK JAWI SEKITAR KOTA BHARU

           Tulisan jawi pernah menjadi jambatan utama yang menghubungkan dunia ilmuan di Nusantara. Tulisan jawi telah digunakan di Malaysia seawal 1303M sebagaimana yang tersurat pada batu bersurat Terengganu sementara antara penggunaan tulisan jawi terakhir yang terpahat dalam sejarah Malaysia ialah Pemasyuran Kemerdekaan Malaysia yang ditulis sepenuhnya dengan tulisan jawi.

          Meskipun tulisan ini semakin tidak kelihatan dan sesetengah pencinta tulisan jawi lebih suka mengambil sikap menyimpan rasa kecintaan itu hanya dihati tetapi jika tulisan-tulisan ini dapat dilihat terpapar dimana-mana dengan saiz yang besar pula tentu membanggakan.......

         Cuti sempena Nuzul Al-Quran beberapa hari lalu telah memberi kesempatan pada depankanta untuk mengabadikan tulisan jawi yang terdapat pada papan tanda sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan Darul Naim...









          Tulisan Jawi yang tertera pada wang kertas dan syiling semasa era penjajahan menggambarkan pengiktirafan penggunaan tulisan Jawi sebagai tulisan perantaraan orang-orang melayu oleh penjajah....


        Pemasyuran kemerdekaan Malaysia yang ditulis dengan tulisan jawi sepenuhnya bagi mewakili bahasa Melayu......


Jumaat, 19 Julai 2013

CUTTING ERROR

            Sebagaimana proses pembuatan syiling, wang kertas juga akan berpeluang mengalami kecacatan atau error biasanya disebabkan peralatan atau komponen mesin yang digunakan dalam proses pembuatannya. Sesuai dengan nilainya yang biasanya lebih tinggi dari nilai muka duit syiling, wang kertas error mempunyai nilai yang tinggi.

         Cutting error adalah kategori error yang disebabkan kedudukan mesin pemotong wang kertas telah "lari"dari setting asal lalu memotong wang kertas dengan tidak seimbang antara tempat yang dipotong dengan  penampilan imej. Pada pemerhatian depankanta wang kertas dalam kategori error ini agak mudah dijumpai dan kadang-kadang ianya dijupakan saja oleh pemiliknya....

              Wang kertas rm1 siri  moden pertama Malaysia...Error yang sedikit kadang-kadang dilupakan...    


           Wang kertas Jepun juga biasa dijumpai dengan cutting error.......

            Sekeping wang kertas klasik Indonesia juga dijumpai terjadi error yang sama...Berbanding dengan Misaligned error, Cutting error agak mudah dijumpai...

Khamis, 11 Julai 2013

DOUBLED DIE REVERSE 5SEN 1982

      Syiling Varieti Doubled die atau varieti Acuan Berganda telah mendapat tempat pertama dikalangan peminat syiling error Malaysia, perlumbaan untuk melengkapkan koleksi syiling-syiling DDV sedang rancak disana-sini, hasil dari usaha pencarian ini tentu akan menjadi perkongsian yang penting untuk generasi pengumpul akan datang.

        Kemudahan perhubungan melalui IT sangat membantu perkembangan numismatik, tanpa kemudahan seperti ini sukar dibayangkan bagaimana dapat dibuat dgn jayanya perkongsian tentang penemuan syiling-syiling error dan varieti...Usaha rakan-rakan pengumpul yang mula mengkhususkan kategori DDV dalam blog mereka telah menggalakkan penyertaaan baru dan merancakkan lagi pemburuan syiling-syiling DDV.

       Untuk perkongsian pertama dibulan Ramadhan ini depankanta pamirkan hasil buruan terbaru iaitu sekeping syiling DDR.5 sen 1982 yang dikira termasuk dalam kategori yang sukar dijumpai.

                  Pemerhatian bagi penentuan varieti DD bagi syiling ini ialah pada beberapa bentuk "notching" sebahagian huruf serta bunga raya kecil pada belakang syiling...Perhatikan kewujudan notching yg jelas pada kaki huruf "M"...Jurang pengasingan imej juga jelas pada imej bunga raya kecil..

            Ciri-ciri imej kedua (secondary) iaitu imej bawah berbentuk "membulat"(rounded) penting diperhatikan untuk membezakannya dengan syiling-syiling MDD.

                Sama-sama kita buru varieti DDR 5sen 1982 ini sebelum ianya lenyap dari edaran....

                   Penemuan kali ini tidak begitu membanggakan kerana keadaan syiling yang begitu lasak, warna kemerahan adalah kesan toning semulajadi yang biasa terjadi pada logam syiling...Terdapat juga kesan die clash pada bahagian muka syiling 5sen 1982 DDR ini...

              Penemuan DDR 5sen 1982 diatas telah melengkapkan tiga varieti DD syiling 5sen bagi siri Parlimen. Iaitu DDO 5 sen 1977 yang pernah dipamirkan ini.....dan......

......DDR 5sen 1976 yang juga pernah dipamirkan ini.