Sabtu, 14 Januari 2012

SYILING BERBICARA

Memandangkan begitu sukar untuk menjenguk kedalam Kilang syiling Malaysia di Shah Alam,depankanta ambil jalan mudah untuk mengenali proses penyilingan iaitu melalui pemerhatian pada syiling dan bantuan sedikit nota dari pakar2 syiling..
        Bicara pertama yg ingin dikongsi adalah bagaimana proses pembentukan RIM pada syiling.
               Rim pertama yang wujud pada syiling adalah rim yg dibentuk semasa proses dari blank ke planchet,bertujuan mengawal tepi planchet dari "kembang" bila ditempa dalam proses seterusnya.
       Tempaan seterusnya adalah menggunakan die dengan bahagian hujungnya terdapat bentuk rim selain imej dan lain2 details.Bahagian ini direkabentuk menjadi bahagian yg paling tinggi supaya dapat melindungi permukaan syiling.Bila die atas ini menempa planchet,bentuk rim pada die akan bersebati dengan rim yg sedia ada pada planchet dan jika tempaan yg sempurna,hanya satu rim sahaja akan kelihatan.
   Kedudukan collar die juga penting supaya rim yg terbentuk pada syiling cantik dan kemas.Collar die yg telah lama digunakan dalam proses penempaan akan menyebabkan terbentuk sedikit "ruang" yg akan menyebabkan terdapat seolah2 tambahan rim pada syiling.
     Syiling 1 sen 1998 ini boleh menceritakan apa yg berlaku pada rim.
                                              Disudut atas syiling ini kelihatan tiga rim telah terbentuk,sementara dibahagian bawahnya kelihatan hanya satu rim sahaja.
           
               
                 . A Rim yg terbentuk oleh tempaan die atas.   
                   B Rim yg dibentuk semasa proses penyediaan planchet(rim pertama)
                   C. Rim yg disebabkan ruang antara collar die dan planchet semasa syiling ini ditempa
                         
                 D. Bahagian rim yg sempurna,kelihatan hanya satu rim yg rata.
Dalam kategori error pula,syiling ini terdapat ciri2 minor off centre,die chip error dan die crack error.

Nota post ini adalah pendapat depankanta semata2,sebarang teguran adalah dialu-alukan.
     



Tiada ulasan:

Catat Ulasan