Khamis, 21 Jun 2012

5 SEN 1982 SINGAPURA,FINNED RIM

          Syiling siri pertama negara jiran Singapura agak sukar dijumpai terjadi error yg ketara,dengan koleksi yg terhad dan jumlah yg ada hanya beberapa keping sahaja menyebabkan sukar untuk mengesan syiling2 Singapura yg error.Berlainan dgn negara kita yg masih menggunakan syiling siri pertama 1967-1988,syiling siri Pertama Singapura ini tidak lagi digunakan untuk edaran...

        Penemuan sekeping syiling Singapura 5 sen 1982 yg ada kesan minor finned rim @ finned edge ini menampakkan persamaan dgn syiling finned rim Malaysia...

                      Bahagian muka syiling 5 sen 1982 Singapura...

                    Bahagian belakang tiada kesan error....

                Foto tanpa flash ini lebih menampakkan kesannya....

               Walaupun kesan finned rim yg minor,sudah cukup untuk menjadikan syiling ini istimewa...

Selasa, 19 Jun 2012

50 SEN PARLIMEN,DIE CLASH

        Tidak sebagaimana yang dijumpai pada syiling2 siri bunga raya,die clash pada syiling siri Parlimen lebih tertumpu pada syiling bersaiz kecil spt 1 sen,5 sen dan 10 sen.Bagi syiling yang bersaiz besar spt 20 sen dan 50 sen agak sukar dijumpai...

     Perkongsian post ini adalah penemuan die clash error pada syiling 50 sen keluaran tahun 1984 dan 1988

            Walaupun keadaan kedua syiling ini agak lasak,dipamirkan juga untuk perkongsian bersama...

             Die clash error 50 sen 1984,kesan hanya dapat dilihat pada bahagian muka syiling...
           Syiling 50 sen 1988,juga hanya terkesan pada bahagian muka syiling...
                           1984
                       1988

             Pada siri Parlimen,denominasi 10 sen adalah yg mudah dijumpai terjadi die clash...
 Die clash pada syiling 10 sen boleh dijumpai pada kedua permukaan syiling dan berbagai tahun pengeluaran

Isnin, 18 Jun 2012

EXTRA DOT SYILING MALAYSIA

           Dikalangan pengumpul syiling Malaysia,syiling "extra dot" siri Parlimen menjadi satu kemestian untuk berada dalam koleksi mereka.Bila tersiarnya dalam katalog tentang keistimewaan premium syiling ini,pengumpul mula berlumba2 memburu untuk memilikinya.

           Bagi depankanta dua andaian boleh dibuat tentang kehadiran syiling ini,Pertama samada ianya terjadi semasa proses penyiapan working die,iaitu bentuk negative "dot" telah sedia ada pada permukaan die.keadaan ini menjadikan ianya satu variti die dan Kedua adalah disebabkan kesilapan semasa kerja2 membaiki die yg telah digunakan,peralatan keras dan tajam yg digunakan telah tertusuk pada permukaan die.Keadaan ini menjadikan syiling ini sebagai satu error dalam kategori die gouge error dan tidak dikategorikan sebagai variti kerana syiling yg ditempa sebelum dibaiki juga menggunakan die yg sama.

              Syiling Malaysia siri bunga raya juga ada dijumpai terjadi ciri2 yg sama,walaupun ianya masih belum didaftarkan dalam mana2 katalog,adalah lebih baik syiling2 begini dikumpul dan disimpan.Sebagai menambah penemuan yg lalu,dipamirkan syiling 5 sen 2010 yg terdapat "extra dot" pada bahagian belakang syiling.

                  Kelihatan manis pada angka "5"seolah2 sebiji tahi lalat penyeri....

    
             extra dot 5 sen 1982

              extra dot 50 sen 1979

         extra dot 50 sen 1988

            extra dot 5 sen 2008
                 extra dot 20 sen 1993
 
              extra dot 1 sen 1999



Ahad, 17 Jun 2012

VARIETI DIE SYILING 50 SEN 2002

   Terdapat dua rekabentuk yg dibuat pada corak bunga raya syiling 50 sen 2002.Dalam post khas berkaitan variti syiling 50 sen siri bunga raya depankanta cuba paparkan penemuan variti2  tersebut.Tumpuan post ini ialah pada varieti 1 syiling 50 sen siri bunga raya 2002  iaitu varieti 2002 yg terbanyak dijumpai.Pada stigma bunga raya variti ini terdapat sedikit keraguan yg ingin dikongsi bersama.

            Seimbas pandang corak bunga raya kelihatan lengkap dan hampir sempurna.....

            Bila diteliti betul2 pada stigmanya terdapat satu yg cacat dan lebih pendek dari yg lain...

                Perhatikan corak yg diukir pada keseluruhan stigma ini.....

          Yang menjadikan syiling 50 sen ini unik adalah satu stigmanya diukir pendek(panah merah) dan wujud pula satu extra dot pada stigma ini (panah kuning)..depankanta berpendapat keadaan ini bukan die error tapi telah berlaku kesilapan semasa proses rekabentuk pada die ini....
               Varieti 1 syiling 50 sen 2002 siri bunga raya....
              Varieti ini lebih banyak dijumpai pada syiling 50 sen 2002.....Pengenalan utamanya adalah pada bunga raya dan angka "50"....

 Varieti 1  Syiling 50 sen 2002 ini pernah dipamirkan dalam post:http://depankanta.blogspot.com/search/label/VARITI%20DIE

         Varieti 2 syiling 50 sen 2002 siri bunga raya,perhatikan perbezaan dgn varieti 1 pada corak bunga raya dan saiz angka"50"..Varieti ini tidak banyak dijumpai,ini adalah antara varieti syiling Malaysia yg rare...
  

Rabu, 13 Jun 2012

MDD YANG BERNILAI

Mechanical die doubling (MDD) tidak tersenarai sebagai syiling error dalam nota dan perbahasan tentang syiling error,Sukar dijelaskan mengapa syiling MDD tidak disenaraikan,sedangkan jelas ianya adalah juga hasil kesilapan yg terjadi dalam kilang syiling.

     Syiling Malaysia siri Parlimen dan bunga raya banyak dikesan yang terjadi fenomena ini,kebanyakannya adalah yg hanya memberi kesan kecil pada permukaan syiling.Sukar untuk menjumpai sekeping syiling MDD yg mempunyai kesan yg sangat ketara apa lagi ianya terjadi pada kedua permukaan syiling dan pada syiling yang bersaiz besar

      Sekeping syiling 50 sen 2000 yg dijumpai ini dijangka akan mendapat premium yg "istimewa" dari pengumpul berdasarkan keunikannya dan ianya sukar dijumpai...Imej utama(primary) yg berada dibawah kelihata rata,keadaan ini membezakan syiling ini dgn syiling variti Doubled Die...

     Kesan berganda (doubling) pada bahagian yg ditunjukkan dgn panah merah menunjukkan jarak pergerakan die semasa proses tempaan dilakukan.

             Pada bahagian muka syiling ini juga menampakkan kesan yg sama....

             Kesan berganda dapat dilihat pada details bulan dan pinggul wau ini....
   Jika diterbalikkan syiling ini kelihatan kesan berganda adalah terjadi pada tempat yg sama dikedua belah permukaannya....