Ahad, 1 Julai 2012

5 SEN 2005,MISALIGNED DIE (MAD) CLASH

     Syiling Malaysia juga dapat dijumpai berbagai kategori error.Selagi mesin dikilang syiling Malaysia masih mengunakan teknologi dan material yg sama dgn kilang2 lain seluruh dunia selagi itu kita akan menemui  spesimen syiling error yg sama.Keadaan ini memberi satu kemudahan kepada pengumpul dimana mereka dapat berkongsi maklumat dgn pengumpul lain hampir seluruh dunia.

       Misaligned die (MAD) clash merupakan satu spesimen yg belum kelihatan dipamirkan oleh mana2 blogger numis kita.Depankanta berpendapat syiling 5 sen tempaan 2005 mempunyai spesimen yg cukup ciri2nya bagi meletakkan syiling ini sebagai misaligned die clash error.
       
                Berlainan dari die clash biasa yg meninggalkan kesan pada bahagian tengah syiling,MAD clash error akan meninggalkan kesan pada bahagian tepi berhampiran rim.Biasanya melibatkan huruf atau angka.
                Error ini terjadi kerana semasa berlaku die clash kedudukan die (biasanya die atas) tidak seimbang dan senget menyebabkan imej bahagian tepi die atas (hammer die) terkesan pada die bawah (anvil die)..
                 Perhatikan imej ghostly huruf yg terjadi adalah sebahagian "BANK NEGARA"
                               

           Dipamirkan 4 keping syiling 5 sen 2005 yang terdapat kesan MAD clash....




                       Bila diteliti pada kesan yg ada pada syiling2 ini menampakkan imej ghostly yg sama....

                   Hingga kini hanya pada syiling 5sen 2005 yg dijumpai kesan ini...
Penerangan lengkap berkaitan Misaligned die clash dapat dilayari disini:
http://www.maddieclashes.com/Vertical_Misaliegned_Die_Clash__Conventional_.html

Jumaat, 29 Jun 2012

DIE CLASH 20 SEN 2010 VS PSD


       Syiling 20 sen 2010 dengan ciri-ciri die clash error sebenarnya telah dipamirkan dalam post yang lalu.Bila seorang anonymous bertanyakan tentang syiling die clash 20 sen 2010 menyebabkan depankanta meneliti kembali koleksi syiling die clash ini,hasilnya membuahkan satu penemuan dan pembetulan semula kategori yg diberikan pada post dahulu.

      Kekeliruan ini timbul disebabkan pemerhatian awal tidak ditumpu pada keseluruhan kesan yg ada pada permukaan syiling tetapi hanya difokus pada bahagian tertentu sahaja.

    Hasil dari pemerhatian yg lebih teliti didapati syiling 20 sen 2010 ini adalah die clash error dan beberapa imej garis yg dikatakan Pre-strike damage (PSD) adalah sebenarnya kesan ghostly bahagian bawah tepak sireh yg terjadi pada angka "20".Keadaan ini sama juga dgn syiling 20 sen 2001 yg pernah dipamirkan oleh blogger duacongkak.


                 Telitikan tanda merah yang merupakan imej ghostly bahagian bawah tepak sireh,die clash pada syiling 20 sen 2010 ini adalah dalam kategori double strike yang dapat dilihat kesan dua garis (panah kuning)
                            
 Pada bahagian muka syiling 20 sen 2010 ini juga terdapat kesan double strike die clash.......

   Syiling 20 sen Die clash sukar dijumpai dan syiling 2010 ini  merupakan spesimen yg baik untuk dikongsi...
                        Bahagian muka syiling pertama...

     Bahagian belakang syiling pertama...

       Bahagian muka syiling kedua.....

       Bahagian belakang syiling kedua.....




Khamis, 28 Jun 2012

SYILING DIE CHIP S3M 2012

     Syiling 20 sen s3M 2012 dijangkakan menjadi penyumbang utama die chip error pada syiling dalam edaran akan datang.Walaupun pihak BNM belum mengeluarkan apa2 notis tentang penarikan syiling siri pertama dan kedua tetapi lambat laun syiling2 ini akan dikeluarkan juga dari edaran..

       Bila ketiadaan syiling2 siri Parlimen dan bunga raya dalam edaran,pada awalnya dijangkakan tiada atau sukar untuk menemui syiling2 error dalam kategori yg popular pada kedua siri itu spt die chip dan die crack ..Namun sangkaan itu ternyata meleset,peminat dan pengumpul syiling error masih dapat menemui syiling2 die chip dan die crack pada syiling s3M.Fenomena error popular yg sama masih berulang dan keseronokan memburu akan berterusan..Sasaran sekarang tentunya untuk mencari error yg ketara atau dalam kategori major error syiling s3M 2012...

     Syiling 20 sen s3M 2012 dengan die chip error tidak lagi menjadi luar biasa,lantaran mudah dijumpai.....

      Dipamirkan 6 keping syiling 20 sen s3M 2012 dgn kesan die chip pada kelopak bunga raya yang diagak ditempa oleh die yg sama..Walaupun Syiling2 ini kelihatan kecil kesan  die chip tapi jika disusun mengikut die progressive akan kelihatan unik dan menarik..






Rabu, 27 Jun 2012

1 SEN MDD YANG BERNILAI

   Syiling 1 sen 1997 MDD adalah termasuk dalam kategori rare yang sukar dijumpai,berbanding dgn syiling MDD denominasi lain yang agak mudah  diperolehi.Walaupun secara umumnya syiling MDD tidak begitu diberi perhatian oleh pengumpul syiling error .Terdapat juga dalam keadaan tertentu dimana kesan berganda yg kelihatan adalah sangat ketara ,sewajarnya syiling2 MDD ini  mendapat nilaian premium sebagaimana syiling2 error.

   Syiling MDD biasanya dijumpai dalam dua keadaan,iaitu yang terdapat kesan berganda pada sebelah permukaan syiling sahaja dan yang terdapat kesan pada kedua permukaan syiling,demikian yang terjadi pada syiling 1 sen 1997.

                           Syiling MDD 1 sen 1997.Kesan berganda pada angka "1"begitu ketara...

                Pada bahagian muka syiling juga terdapat kesan MDD...

       Sekeping lagi syiling 1 sen 1997 ini MDD ini menampakkan kesan berganda pada bahagian belakang....

    Bahagian muka syiling ini kelihatan terjadi MDD yg ketara,keadaan ini sukar dijumpai pada syiling 1 sen..

     Kesan MDD pada bahagian belakang syiling 1 sen 1997...

               Kesan MDD pada bahagian muka syiling 1 sen seperti ini yang sukar dijumpai.....

    Kesan MDD pada bahagian muka dan belakang syiling 1 sen 1997





Ahad, 24 Jun 2012

VARIASI VARITI DIE 2007

       Selain syiling2 error,mengumpul syiling mengikut variti die juga sangat menarik dan ada keistimewaannya tersendiri.
      Bagi pengumpul tegar yg sentiasa inginkan kesempurnaan koleksi mereka tentu berminat untuk melengkapkan koleksi syiling hingga kesusunan variti die..
   
       Mengikut penemuan depankanta,pengeluaran syiling Malaysia pada tahun 2007 terdapat berbagai variti yang dapat dijumpai pada tahun tersebut..Fokus post kali ini hanya pada variti die bahagian belakang syiling iaitu melibatkan perubahan yang dibuat pada corak bunga raya iaitu melibatkan die atas.

     Syiling 1 sen 2007 yg merupakan keluaran tahun terakhir dan hingga kini hanya 1 variti sahaja yg dijumpai

                    Syiling 5 sen Malaysia 2007,dua variti dijumpai,

                                             Variti A
                               Variti B
                            Syiling 5 sen 2007,Variti A dan B jelas berbeza......


             Syiling 10 sen Malaysia 2007,tiga variti dijumpai

                              Variti A

                   Variti B

               Variti C

                 Perbandingan antara ketiga variti syiling 10 sen 2007

          Syiling 20 sen Malaysia 2007 juga dijumpai tiga variti....

                       Variti A

                     Variti B
 
                   Variti C

              Perbezaan ketiga variti syiling 20 sen jelas dapat dilihat...


           Syiling 50 sen 2007 dijumpai dua variti...

                        Variti A

           Variti B

                   Variti syiling 50 sen ini telah dipamirkan dalam post terdahulu...

     Nota dan foto variti ini hanya berdasarkan pemerhatian dari koleksi depankanta semata-mata,mungkin ianya tidak sama dgn penemuan oleh para pelawat...Sekiranya terdapat kesilapan,komen anda adalah sangat dialu2kan...