Sabtu, 20 Oktober 2012

DUIT JEPUN

    Dikalangan orang-orang kampung lebih mudah bagi mereka menyebut "Duit Jepun" yang merujuk kepada Japanese invasion money (JIM).Wang kertas yang dicetak khas oleh pihak tentera Jepun ini dibuat mengikut versi yang berlainan mengikut negara yang ditaklukinya.

       Pada awal pengeluaran wang kertas ini masih terdapat cetakan  no. siri yang menggambarkan pengeluarannya adalah terkawal,namun pada saat2 akhir penaklukan Jepun di Asia Tenggara,pengeluaran wang kertas ini dibuat tanpa kawalan pada no siri melainkan prefix sahaja yg dicetak pada permukaan wang..Ada sesetengah orang tua yg ditemui memberitahu wang kertas tanpa no. siri ini dicetak atas kapal perang mereka sahaja.

                   Wang kertas JIM ,THE JAPANESE GOVERNMENT,TEN CENTS.

             Sukar untuk dijumpai dgn keadaan yg masih elok begini....

                 Pemotongan wang kertas ini tidak sama,sekiranya ianya terjadi pada wang kertas moden tentu ini adalah satu error.....



          Sebagaimana wang kertas lain,not JIM juga tidak terlepas dari dipalsukan.depankanta berpendapat not ini adalah tulin,perhatikan kertas yang digunakan berlainan dari kertas biasa...Bantuan dari kanta mungkin diperlukan....

          Jalur-jalur yang ada pada kertas not JIM tulin ini dapat membezakannya  dgn yang palsu.....


               Mungkin dalam poket askar-askar Jepun yg mendarat di Pantai Sabak Kota Bharu,Kelantan pada 8 Disember 1941 ini, terdapat sekeping dua not diatas untuk dibelanjakan makan nasi kerabu dibandar Kota Bharu.haha.....
   

Khamis, 18 Oktober 2012

DDR 1 SEN 1980

           
        Dari maklumat yang diberikan oleh sdr mnfaj melalui komen beliau dalam post bertajuk http://depankanta.blogspot.com/2012/09/koleksi-doubled-dies-syiling-malaysia.html#comment-form,
      depankanta berjaya menemui sekeping syiling 1 sen 1980 yang dikatakan terdapat ciri2 Doubled die tulin.Antara Bertuah dan Malang depankanta pamirkan syiling ini untuk perkongsian bersama.

              Bahagian belakang syiling 1 sen 1980,depankanta rasa Bertuah bila dapat juga menemui spesimen DDR syiling 1 sen siri Parlimen ini tetapi Malang kerana keadaan syiling ini agak lusuh....

     Pada Bahagian muka tiada ciri2 error melainkan warnanya yang telah berubah yang disebabkan persekitaran semulajadi...

        Doubled die pada syiling 1 sen 1980 ini dapat dilihat pada imej bunga raya kecil dan angka "1980"

        Pada angka "1980" kelihatan agak jelas pertindihan imej utama (primary) dan kedua (secondary).

     Pada imej bunga raya kecil juga dapat dilihat pergandaan imej yang disebabkan kesilapan semasa proses pembuatan working die.
       Tentang  Kelas doubled die syiling ini kena tunggu komen  dari pakar2 Doubled die kita.....Sekalung ucapan terima kasih kepada blogger sdr mnfaj kerana menyalurkan info yg membawa penemuan syiling DDR ini....

Rabu, 17 Oktober 2012

DDO 5 SEN 2011

             Syiling 5 sen merupakan denominasi yang paling tidak popular dikalangan pengguna hatta budak2 tadika pun akan menolak jika diberikan beberapa keping syiling 5 sen untuk berbelanja.Syiling 5 sen menjadi syiling Malaysia yang paling kecil nilainya selepas penggunaan syiling 1 sen dimansuhkan.

           Bagi depankanta syiling ini tetap bernilai dan sentiasa diburu,banyak kategori error telah disumbangkan oleh syiling yg bersaiz kecil ini.Dalam beberapa posts yang lalu telah dipamirkan penemuan syiling 5 sen doubled die tulin spt DDO 2009 dan DDR 2008.Syiling keluaran 2011 yang merupakan tahun terakhir keluaran syiling siri bunga raya turut dijumpai terjadi ciri2 doubled die.

            Bahagian muka syiling 5 sen 2011...

          Ciri2 doubled die dapat dilihat pada kepala gasing,biasanya Pemerhati syiling doubled die akan terkeliru dgn MDD dan DDD.Mengikut pemerhatian depankanta sekiranya MDD kesan gandaannya akan kelihatan rata kerana terseret semasa proses penempaan dan jika kesan DDD keseluruhan permukaan syiling ini akan ada kesan Deterioration.
      Kedua  imej kepala gasing pada syiling ini kelihatan cembung yang merupakan salah satu ciri2 varieti doubled die,malangnya depankanta menemui syiling ini dalam keadaan tidak jelas ditambah pula kemudahan fotografi yg serba kekurangan menyebabkan perkongsian error yg kecil2 begini tidak begitu nyata.

       Hanya perkongsian dgn pelawat dan pengesahan oleh pakar2 doubled die akan menentukan samada syiling ini benar2 satu lagi varieti doubled die bagi syiling Malaysia atau hanya penemuan biasa sahaja....

Isnin, 15 Oktober 2012

RIM BURR

       Rim burr merupakan satu formasi dalam kategori rolling fold error.Banyak rujukan yang ditemui telah meletakkan kedua kategori ini sebagai satu persamaan.Melalui beberapa pemerhatian dan keterangan depankanta berpendapat ciri2 yang membezakan kedua istilah ini ialah pada saiz dan bentuk kerosakan syiling yg terjadi.

       Rolling fold error biasa dikaitkan dgn kesan lipatan logam sisi yang hanya melibatkan bahagian rim kerana logam yg terkeluar adalah bersaiz kecil.
       Istilah Rim burr pula diberi bila keadaan logam yang terlipat adalah lebih besar melepasi rim dan termasuk kedalam field planchet.Syiling 50 sen 1999 yang dipamirkan oleh rakan blogger nsdkcoins merupakan spesimen rim burr yg baik untuk perkongsian.

            Bagi melanjutkan perkongian spesimen rim burr yang juga dikenali dgn nama blanking burr,dipamirkan syiling 50 sen 1997 yang menampakkan terdapat persamaan bentuk dgn syiling yg dipamirkan oleh nsdkcoins.

       Bahagian muka syiling 50 sen 1997,rim burr terjadi sekitar kedudukan jam 7

         Pemerhatian pada bahagian atas dan sisi bagi membezakan istilah rim burr dan rolling fold.



      Kronologi kejadian rim burr.
            1. Pada peringkat pemotongan logam untuk dijadikan blank,terjadi kerosakan pada sisi menyebabkan sedikit logam nipis terjulur keatas spt lidah atau sirip..

             2. Logam nipis yang terjulur itu dilipat semasa pembentukan upsetting rim atau proto rim.Bagi istilah rolling fold kesan hanya setakat ini sahaja.

             3.  Baki logam yg masih ada dilipat pula oleh working die semasa proses penempaan menyebabkan ianya menjadi rata dibahagian field syiling.(tetapi masih kelihatan garis pemisah antara logam yg terlipat dgn logam planchet)
 

      Dari sisi ini lah kerosakan syiling rim burr bermula..Error ini dibawah ketegori utama planchet error..

            Spesimen rolling fold yg pernah dipamirkan, perhatikan kesan lipatan hanya terjadi sekitar rim sahaja.

         Sebahagian nota diatas adalah pendapat depankanta sahaja,sekiranya pelawat ingin berkongsi dgn pembetulan dan penambahan adalah dialu2kan...

Ahad, 14 Oktober 2012

PERKONGSIAN COLLAR CLASH

      Tertarik dengan kategori yang dipamirkan oleh rakan blogger sdr Afiqnizam,depankanta menyelongkar koleksi syiling yg ada bagi melihat sendiri syiling dalam kategori collar clash error.Kategori yang dikesan oleh sdr afiq ini telah menambahkan lagi keperbagaian dalam error yg melibatkan die clash selain Die clash,Rotated die clash,Doubled die clash,Multiple die clash, M.A.D clash dll.

      Collar clash yang melibatkan pertembungan antara die atas(hammer die) dgn collar die tidak banyak dibincangkan oleh pakar2 syiling error tempatan sebelum ini.Untuk turut berkongsi dalam kategori ini dipamirkan dua keping syiling siri ke2 dan s3M,semoga anda juga dapat menyimpan sekeping dua untuk melengkapkan koleksi syiling error Malaysia...

             Sekeping syiling 5sen 2003 yg dapat dikesan ciri2 collar clash...

              Ciri2 collar clash dapat dilihat sekitar jam 6 hingga jam 10....

                Bagi syiling 20 sen s3M lebih menyerlah jika terdapat kesan collar clash kerana saiz geriginya yang lebih besar.....

Untuk mendapat keterangan lanjut berkaitan error yg menarik ini sila lawat :
http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2012/10/28-error-coin-20-sen-2012-collar-clash.html