Ahad, 7 April 2013

SYILING RM1 1971,WEAK EDGE LETTERING

          Edge lettering machine adalah mesin khas yang digunakan untuk membentuk tulisan pada sisi syiling 50sen dan rm1 Malaysia. Tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA" telah diulang dua kali ini mengelilingi bahagian sisi syiling. Syiling rm1 Malaysia dianggap antara yang paling sempurna tempaannya dengan tidak banyak error yang dikesan pada syiling ini.

         Pemerhatian pada sisi syiling-syiling rm1 1971 mendapati terdapat seolah-olah gandaan pada huruf "BANK NEGARA MALAYSIA " yang mungkin disebabkan terjadi pergerakan atau kelemahan  pada edge lettering machine.
.

Dipamirkan berbagai sudut 2 keping syiling rm1 1971 dengan sedikit kesan seolah-olah gandaan pada huruf "BANK NEGARA MALAYSIA".













   
         Syiling rm1 Malaysia 1971, pengeluaran adalah sebanyak 2,378,995 keping. Mungkin anda akan menemui kesan gandaan yang lebih major dari syiling-syiling diatas untuk dikongsi....

     
       Adakah syiling-syiling diatas adalah permulaan pembentukan  Double edge lettering yang  dijumpai pada syiling 50sen palsu ini....


Jumaat, 5 April 2013

VARIASI DIE CRACK 1 SEN 2006

        Sekiranya 1 sen 2004 dan 2005 banyak menyumbang kepada pengumpul syiling error untuk kategori die chip, syiling 1 sen keluaran 2006 pula mendominasi bagi kategori die crack...Penemuan die crack pada syiling 1 sen 2006 agak menarik kerana terdapat berbagai tempat yang berlainan terjadinya keretakan pada die.

        Bagi pengumpul yang berminat  mengkaji bagaimana fenomena ini terjadi tentu dapat bercerita dengan lebih lengkap tentang die yang digunakan untuk menempa syiling 1 sen 2006 ini. Dengan mengambil beberapa spesimen dari koleksi die crack, depankanta pamirkan penemuan variasi die crack 1sen 2006 untuk dikongsi.


















Rabu, 3 April 2013

SYILING PERINGATAN MENGUNDI

       Hari ini 3 April 2013, Parlimen Malaysia telah dibubarkan, akan diikuti pula dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi memberi laluan kepada PRU 13. Pihak SPR yang diamanahkan untuk menguruskan pilihanraya,bila-bila masa  akan mengumumkan Hari Penamaan calun dan seterusnya akan mengumumkan Hari mengundi bagi warga negara Malaysia yang layak.

        Bagi turut menyertai kemeriahan suasana PRU ke13 ini depankanta telah lama menyimpan sekeping syiling 1 sen 2006 dengan ciri-ciri die crack yang bersilang (pangkah) seolah-olah memberi peringatan kepada ahli-ahli numismatik khususnya peminat syiling error untuk keluar menunaikan tanggungjawab Mengundi.

       Entah bagaimana dan bila ianya bermula, agak pelik juga bila kita terpaksa tandakan Pangkah untuk Parti pilihan kita..Biasanya pilihan yang berkenan dihati,kita akan tandakan tick mark (tanda rait) sebagai tanda ianya betul...Apa pun peraturan telah sedia termaktub kita akur saja..haha

         Tanda pangkah pada syiling 1 sen 2006 ini adalah kesan dari die crack yang terjadi secara bersilang..

            Die crack yang terbentuk secara berbagai begini lebih dikenali dengan shattered die crack.

    Syiling 1 sen 2006 adalah penyumbang utama die crack bagi denominasi 1 sen syiling Malaysia (koleksi depankanta)

Selasa, 2 April 2013

DESIGN VARIETY BUNGA RAYA 2002

              Hobi  Mengumpul syiling  moden Malaysia tidak seringkas mendapatkan beberapa keping syiling mengikut denominasi dan disusun mengikut turutan tahun keluarannya. Mungkin bagi sesaorang pengumpul yang baru berkecimpung dibidang ini sudah berpuas hati bila melihat album mereka sudah penuh dengan syiling-syiling yang tersusun rapi mengikut denominasi dan tahun keluaran.

             Berlainan pula dengan pengumpul tegar yang sentiasa sensitif dengan setiap imej yang tampil pada permukaan dan sisi syiling. Dengan pemerhatian begini akan membuahkan penemuan berbagai varieti dan antara varieti ini terdapat pula yang dikategorikan sebagai rare dan mendapat premium yg lumayan.

             Varieti rekabentuk atau design variety merupakan satu innovasi dari perekabentuk syiling yang mengubah samada sedikit atau keseluruhan imej pada bahagian muka atau belakang syiling, semua perubahan ini dibuat pada peringkat awal pembentukan die samada diperingkat master die atau diperingkat seawal galvano yang masih bersaiz besar.

           Perkongsian post ini bukan tertumpu pada berbagai varieti die pada syiling tahun tertentu tetapi adalah pada satu varieti rekabentuk bunga raya yang digunakan pada kesemua denominasi bagi syiling keluaran 2002.

               Syiling Malaysia keluaran 2002 yang menggunakan rekabentuk imej bunga raya yang sama

                   Perhatikan pada bentuk keseluruhan imej daun dan kelopak bunga raya...Garis-garis yg merupakan details imej ini kelihatan jelas dan menjadi pengenalan rekabentuk ini..

Syiling 5 sen 2002 juga digunakan imej yang sama ..

Demikian juga pada denominasi 10 sen 2002...


                  Juga 20 sen 2002.....

            Bagi denominasi 50sen, rekabentuk ini yang lebih dikenali dgn nama fat"O" adalah rare dan menjadi buruan pengumpul...

         Selain rekabentuk ini yang digunakan, pada tahun 2002 juga terdapat berbagai rekabentuk bunga raya tetapi tidak dibuat secara stereotype seperti rekabentuk ini...

        Sekalung tahniah diucapkan kepada blogger sdr afiqnizam yang sedang mengusahakan pengumpulan semua die variety syiling Malaysia, semoga rakan-rakan yang lain dapat memberi maklumat dan kerjasama bagi mewujudkan satu hentian bagi rujukan berbagai Die Variety syiling moden Malaysia.

Isnin, 1 April 2013

LAGI CLASH MARK 5 SEN S3M

       Sekeping lagi syiling 5sen s3M 2012 dijumpai dengan imej seolah-olah imej pendam yang biasanya dibuat sebagai ciri-ciri keselamatan syiling. Penemuan ini menjadikan sejumlah 3 keping sudah berada ditangan depankanta tapi apa yang sebenarnya yang berlaku pada syiling-syiling ini masih menjadi tanda tanya...


           Bahagian muka syiling 5 sen s3M 2012 yang menampilkan clash mark...

             "clash mark" berada dibawah imej destar sega menggambarkan ianya bukan hasil bag mark yang tentunya akan terlebih dahulu akan merosakkan semua details destar sega yang ada...

       Syiling penemuan pertama yang berlainan kedudukan imej "clash mark"....

               Demikian juga syiling kedua yang dijumpai.....

                 Penampilan imej clash mark pada die clash syiling 5 sen s3M ini adalah jelas dan berlainan dgn syiling-syiling diatas...

             Dalam pencarian depankanta untuk pencerahan berkaitan fenomena yang terjadi pada syiling-syiling 5 sen s3M telah menemui satu istilah surface film doubling, namun ciri-cirinya agak berbeza dgn syiling-syiling diatas...