Khamis, 12 Julai 2012

DIE CRACK,DIE YANG SAMA?

         Dua keping syiling 5 sen siri Parlimen keluaran tahun 1981 dan 1982 menarik perhatian bila dijumpai die crack yg terjadi pada tempat yg sama.Bagi pemerhati syiling error tentu inginkan kepastian bagaimana keadaan ini terjadi.

                                 Bahagian belakang syiling 5 sen 1982 dan 1981

                                      5 SEN 1982

                                    5 SEN 1981

     Syiling 1982.Die crack yg terjadi pada kedudukan jam 10,bermula dari rim dan merentasi kaki huruf "M" hingga mencecah angka "5"
    Syiling 1981.Kedudukan die crack yg sama terjadi sebagaimana syiling 1982....
 Depankanta berpendapat kemungkinan terjadi begini adalah disebabkan die yg sama digunakan untuk menempa kedua keluaran syiling tersebut,die yg digunakan untuk menempa syiling 1981 digunakan semula untuk menempa syiling 1982 dengan melicin dan meminda semula rekabentuk yg ada pada permukaan die....(Hanya sekadar pendapat depankanta)....

Selasa, 10 Julai 2012

TYPE II COUNTER CLASH 5 SEN 2005

     Lanjutan dari post terdahulu berkaitan syiling 1 sen 2006 yg tidak pasti kategori errornya,depankanta merakamkan ribuan terima kasih pada anonymous yg memberi pendapat melalui komen beliau.

        Type II counter clash yg dikategorikan oleh anonymous dilihat bersesuaian untuk syiling berkenaan.Ciri2 yg sama dijumpai pula pada syiling 5 sen 2005.Kategori yg agak teknikal dan rare ini dilihat bersesuaian pula dgn hipotesis depankanta bagi syiling 1 sen 2006.Mengikut keterangan dari pakar2 antarabangsa kategori ini termasuk dibawah MAD clash.


        Bahagian belakang syiling 5 sen 2005,teknik fotografi terpaksa disesuaikan bagi menampakkan imej counter clash.


Bulatan merah adalah kesan die clash yg terjadi dgn kehadiran objek keras,tanda kuning pula adalah kesan die clash biasa...

           Bahagian muka syiling kelihatan wujud imej yg berbentuk serta saiz yg sama dgn bah.belakang.

             Dua keping syiling 5 sen 2005 berlainan yg terjadi ciri2 yg sama ini membuktikan ianya bukan planchet error atau striking error.Tanda bulatan merah adalah imej yg berada dikedudukan yg sama dgn bahagian belakang syiling.
 Keterangan syiling ini dapat dilayari di:http://www.maddieclashes.com/Type_II_Counter_Clashes.html
        

Ahad, 8 Julai 2012

DIE ERROR 5 SEN 2004

     Sekeping syiling 5 sen 2004 yg dijumpai ini sukar untuk ditentukan kategori error,Ciri2 yg kelihatan pada syiling ini tidak menyerupai mana2 keadaan yg pernah dipamirkan sebelum ini.

     Ciri2 utama yg menarik perhatian ialah terdapat logam yg timbul (positif) pada bahagian muka syiling ini.Kesan yg timbul itu adalah berbentuk panjang melengkung dan "bertakuk"yg hampir menyerupai imej tali gasing.

     Bila terdapat logam luar biasa yg timbul pada permukaan syiling biasanya dikaitkan dgn die chip,die gouge.die crack atau die break yg keseluruhannya adalah disebabkan kerosakan pada permukaan die yg disebabkan faktor tertentu.Keadaan yg kelihatan pada syiling 5 sen 2004 ini agak berlainan dari kategori error tadi,mungkin pengumpul yg lebih arif tentang fenomena error ini ingin berkongsi....

          Tanda merah menunjukkan imej luar biasa yg muncul pada permukaan syiling 5 sen 2004

                     Imej ini kelihatan hampir menyerupai tali gasing,....

            Bahagian belakang syiling ini kelihatan biasa....

            Berlainan dgn syiling struck through error spt ini yg jelas meninggalkan kesan berparit (negative)

Sabtu, 7 Julai 2012

1 SEN 2006,HIPOTESIS COUNTERCLASH TYPE II

    Bagaimana dua imej yang timbul (positif) boleh muncul pada tempat yg sama dikedua permukaan syiling 1 sen 2006 menimbulkan banyak kemuskilan,bila ditelitikan semula timbul satu idea yg ingin dikongsi bersama tentang andaian kejadian error pada syiling ini.

      Mengikut pendapat depankanta,imej (extra metal) yg kelihatan pada kedua permukaan syiling 1 sen 2006 terhasil disebabkan semasa  terjadi die clash telah wujud  logam keras pada permukaan die yg merosakkan permukaan kedua die yg menempa syiling ini.......ikuti hipotesis depankanta:


                      Lakaran 1: logam keras terjatuh kedalam chamber dan berada diatas die bawah.
                      Lakaran 2:Semasa logam tersebut berada diatas die bawah,berlaku die clash.Hentakan yg kuat menyebabkan kedua permukaan die terkena logam keras.
                      Lakaran 3:Akibat pertembungan sesama sendiri menyebabkan kerosakan pada kedua permukaan die..Hentakan yg kuat ini juga menyebabkan kerosakan pada rekabentuk syiling yg ada pada permukaan die (membentuk die clash error).
                      Lakaran 4:Tempaan seterusnya,planchet masuk kedalam chamber.
                      Lakaran 5:Kedua die yg rosak telah menempa planchet yg dimasukkan ke chamber.
                      Lakaran 6:Keadaan syiling yg terhasil dari kerosakan pada kedua permukaan die.

       
                                   Perhatikan imej yg terbentuk dalam bulatan merah...

        Imej yg berbentuk dan saiz yg sama juga muncul pada bahagian muka syiling ini...

           Kedua imej ini didapati berada pada tempat yg sama pada kedua permukaan syiling 1 sen 2006 ini.
     Post berkaitan syiling 1sen 2006 ini pernah dipamirkan dalam post terdahulu........

Rabu, 4 Julai 2012

50 SEN 2008 MULTIPLE DIE CLASH

        Syiling 50 sen 2008 pernah dipamirkan bawah tajuk triple die clash.Penemuan terbaru pula menggambarkan bahawa syiling 2008 ini sebenarnya lebih dari tiga kesan dia clash dan  kategori sebenar syiling ini adalah multiple die clash disamping wujud juga kesan rotated die clash...

       Sukar untuk jelaskan bagaimana keadaan sebenar yg terjadidari sudut peralatan dan mesin dikilang syiling ,apa yang dapat dijelaskan secara ringkas ialah kejadian multiple die clash ini adalah akibat dari die telah beranjak berkali2 semasa proses "berlaga" sesama sendiri.Biasanya die atas (hammer die) yg beranjak disebabkan tugasnya yg sentiasa bergerak keatas dan kebawah,kesannya juga menyebabkkan terjadi rotated die clash disamping multiple die clash.


                            Syiling 50 sen 2008 yg kelihatan kesan triple die clash....

              Penemuan terbaru syiling 50 sen 2008 ini kelihatan kesan lebih dari tiga garis clashed.Kesan wau kelihatan senget menandakan syiling ini juga terjadi rotated die clash...

             Syiling2 ini adalah ditempa dari die yg sama tapi disebabkan kerja2 tempaan yg berterusan,kesan ghostly die clash akan beransur hilang.....

       Demikian juga yg terjadi pada bahagian muka syiling yg pernah dipamirkan ini....

       Bila dibandingkan dgn penemuan baru ini kelihatan kesan asal syiling ini adalah multiple die clash...

           Imej ghostly angka "5" yg muncul pada bahagian muka syiling ini kelihatan senget kesan dari rotated die clash