Ahad, 7 Ogos 2011

EXTRA METAL SYILING 1 SEN 2006

Extra metal biasanya dikaitkan dengan syiling yg terjadi error dan kesannya menyebabkan ada timbul metal yang berlebihan pada planchet dan biasanya kalau kerosakan pada chip alat tempa (die chip),ianya akan menyebabkan metal berlebihan terbentuk pada huruf atau angka seperti die chip error syiling 1 sen 2005,banyak  lebihan metal terjadi pada angka "0" dan "5" dan keadaan itu berlaku hanya pada sebelah syiling sahaja.
       Berlainan dengan penemuan sekeping syiling 1 sen 2006 ini yang terjadi lebihan metal(extra metal) di kedua2 bahagian syiling di point yg sama..belum dapat dipastikan secara tepatnya kategori error ini kerana keadaannya agak unik,melibatkan die atas(hammer dies)dan die bawah(anvil die)..


         Bahagian belakang 1 sen 2006,timbul dua tompok kecil metal yg berbentuk bujur seperti  biji beras



                        Bahagian muka syiling, juga didapati dua tompok kecil metal wujud pada point yg sama dengan bahagian bersebelahan.
                            Error ini unik kerana ianya terjadi pada kedua2 belah permukaan syiling...

          

5 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Satu duit syiling yang menarik.
    Ia berlaku di kedua-dua belah duit syiling tersebut.
    Namun kamipun tiada jawapan kepada puncanya.
    Semoga pakar numis boleh menolong depankanta :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih whycollect,
    Agak ganjil syiling ini kalau ikut prosudur biasa proses penyilingan,kerana tak mungkin die atas "berpakat"dgn die bawah.
    Sebenarnya pada syiling ini juga ada terjadi minor die clash error dan die crack tapi tak berapa jelas dalam gambar.
    Kita sama2 lihat komen dari pakar2 kita nanti(kalau ada yg terpandang post ini)
    Tima kasih banyak2 whycollect....

    BalasPadam
  3. Rupanya macam Srike Through sesuatu serpihan keluli yang keras,oleh kerana planchet tembaga agak lembut,jadi kesan mencekung berlaku diatas kedua-dua die atas dan bawah!Penempaan seterusnya akan tinggal kesan sedemikian.
    Hanya andaian saya.

    BalasPadam
  4. Hi Mr.Dickson,
    Pendapat Mr.Dickson memang logik kalau di lihat pada proses penyilingan.Error begini sangat jarang berlaku dimana die atas dan die bawah menempa planchet yg sama dimasa yg sama...
    Terima kasih banyak2 Mr.Niew,satu perkongsian teknikal yg diharap2kan....

    BalasPadam
  5. wah, banyak juga masaalah teknikal pada syiling yang error. Terukan usaha Depan Kanta, perkongsian yang menarik sekali.

    BalasPadam