Kenalan depankanta,sdr Azim merupakan seorang pekedai runcit yg biasa berurusan dgn duit2 syiling,menjadi amalan beliau jika terjumpa syiling2 yg ganjil beliau akan beritau depankanta.Penemuan sekeping syiling 50 sen yg kelihatan kekuningan ini telah membuat beliau ingin tahu apa yg sebenarnya terjadi.Dengan seimbas pandang saja depankanta dapat mengagak syiling ini adalah palsu yang diperbuat dari tembaga.
Kesan calar bekas diturih dgn sesuatu yg tajam telah menampakkan isi kandung planchet yg berwarna kuning keemasan.Memandangkan syiling ini tidak melekat pada magnet tentu tiada campuran besi didalamnya.Gejala syiling 50 sen palsu berada dalam edaran nampaknya akan terus menghantui masyarakat kita hinggalah syiling2 siri Bunga raya ini dinyah nilai dan ditarik semula dari edaran sebagaimana syiling rm1 kris siri bunga raya...
Bahagian belakang syiling palsu 50 sen 2000...Kelihatan kesan calar yg dibuat oleh pengguna yg sangsi dgn ketulinan syiling ini...
Pada bahagian muka juga ada bekas diturih dgn benda yg tajam untuk melihat isi kandung planchet syiling ini.
Pada bahagian sisi juga tidak terlepas dari diuji.........
Syiling palsu dari tembaga yg sempurna sukar dikesan kerana keberatannya tidak banyak berbeza dari syiling tulin dan bila disaluti pula dgn warna perak ianya akan bebas berada dalam edaran...
Sekiranya warna kekuningan ini tidak kelihatan,syiling ini masih dapat dikesan kepalsuannya dgn memerhatikan garis2 concentric circles yg wujud pada permukaan syiling ini....
Terima kasih daun keladi sdr Azim kerana mengizinkan depankanta menyimpan syiling ini.....