Antara syiling Malaysia yang tersenarai dalam senarai DDV, syiling DDR 10sen 2007 adalah dinobatkan sebagai yang terbaik dan mempunyai nilai tertinggi bagi kategori DDR dan bagi DDO pula mungkin DDO 20sen 2007 menjadi pilihan utama.
DDR 10sen 2007 dikatakan beredar hanya pada beberapa negeri tertentu sahaja dan sukar dijumpai dinegeri yang lain. Kelantan merupakan negeri yang sukar ditemui DDR ini dan penemuan sekeping syiling ini oleh sdr Mohd Halim Mohd Nor telah memberi semangat baru pada depankanta untuk memulakan pemburuan syiling ini di Kelantan.
Pertama kali menyentuh syiling ini, terasa ianya sangat istimewa untuk sekeping syiling kerana ciri-ciri gandaan yang wujud adalah sangat ketara dan cantik sekali. Depankanta cuba mencari kelas DDR ini dengan melihat ciri-ciri pergandaan imej utama dan kedua pada permukaan syiling ini.
Gandaan antara imej utama dan kedua semakin jauh dari pusat semakin luas jaraknya (digambarkan dengan A (imej utama) dan B ( imej kedua).
Gandaan yang terjadi dikesan berpusat hampir ditengah-tengah bahagian belakang syiling iaitu antara angka"0"(10) dan kelopak bunga raya. pergerakan adalah secara berpusing melawan pusingan jam (CCW). Kedudukan pusat pusingan ini yang hampir pada bahagian tengah syiling telah mengkategorikan DDR ini dalam Kelas 1 iaitu ROTATED HUB DOUBLING.Kelas ini menyamai DDO 20sen 2007
Proses pembuatan die yang tidak sempurna menyebabkan terjadi DDV ini dan penampilan gandaan angka "20" dapat menceritakan semua ciri-ciri pengenalan DDV..Warna kuning adalah imej utama yang terhasil dari tekanan kedua working hub keatas working die dan warna oren adalah imej kedua yang dihasilkan semasa tekanan pertama..Angka "20"yang berwarna kuning dianggap imej utama kerana ianya berada diatas dan imejnya tampil penuh dipermukaan syiling berbanding yang berwarna oren yang terlindung sebahagiannya oleh warna kuning.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu untuk perkongsian syiling ini.
DDR 10sen 2007 dikatakan beredar hanya pada beberapa negeri tertentu sahaja dan sukar dijumpai dinegeri yang lain. Kelantan merupakan negeri yang sukar ditemui DDR ini dan penemuan sekeping syiling ini oleh sdr Mohd Halim Mohd Nor telah memberi semangat baru pada depankanta untuk memulakan pemburuan syiling ini di Kelantan.
Pertama kali menyentuh syiling ini, terasa ianya sangat istimewa untuk sekeping syiling kerana ciri-ciri gandaan yang wujud adalah sangat ketara dan cantik sekali. Depankanta cuba mencari kelas DDR ini dengan melihat ciri-ciri pergandaan imej utama dan kedua pada permukaan syiling ini.
Gandaan antara imej utama dan kedua semakin jauh dari pusat semakin luas jaraknya (digambarkan dengan A (imej utama) dan B ( imej kedua).
Gandaan yang terjadi dikesan berpusat hampir ditengah-tengah bahagian belakang syiling iaitu antara angka"0"(10) dan kelopak bunga raya. pergerakan adalah secara berpusing melawan pusingan jam (CCW). Kedudukan pusat pusingan ini yang hampir pada bahagian tengah syiling telah mengkategorikan DDR ini dalam Kelas 1 iaitu ROTATED HUB DOUBLING.Kelas ini menyamai DDO 20sen 2007
Pemerhatian pada semua gandaan imej akan membuktikan dimana pusat gandaan imej ini berada.
Gandaan yang seketara ini pada angka "20" menjadikan ianya "tidak jemu mata memandang"...Proses pembuatan die yang tidak sempurna menyebabkan terjadi DDV ini dan penampilan gandaan angka "20" dapat menceritakan semua ciri-ciri pengenalan DDV..Warna kuning adalah imej utama yang terhasil dari tekanan kedua working hub keatas working die dan warna oren adalah imej kedua yang dihasilkan semasa tekanan pertama..Angka "20"yang berwarna kuning dianggap imej utama kerana ianya berada diatas dan imejnya tampil penuh dipermukaan syiling berbanding yang berwarna oren yang terlindung sebahagiannya oleh warna kuning.