Ahad, 16 Oktober 2011

PENGESAHAN DOUBLED DIE REBANA UBI

Dari apa yang pernah diterangkan oleh blogger dan ahli numismatik nucoins berkaitan die doubling (DD),ramai pengumpul2 syiling error telah mendapat penjelasan yg terbaik berkaitan kejadian syiling error Malaysia.Keadaan yg terjadi pada syiling die doubling ini kadang2 hampir sama kelihatannya dgn kesan machine damage doubling (MDD) dan die deterioration doubling.
      Hingga hari ini tidak banyak syiling Malaysia siri pertama dan siri ke2 yg disahkan secara sepakat antara pakar2 syiling error Malaysia sebagai DD tulin,antara yg ramai mengesahkannya adalah 5 sen 2008,20sen 2008 dan 50 sen 2009(kesemuanya terjadi pada bahagian belakang syiling atau DDR)..
     Dalam post ini depankanta ingin kongsi beberapa keping syiling 1 sen 2004 yg dilihat menepati ciri2 DD tulin.Mengikut pakar2 syiling error DD tulin adalah satu variti,ini bererti keadaan syiling yg ditempa dgn die  berkenaan sama. Imej utama(primary) dan imej kedua(secondary)akan sama kedudukan dan jaraknya walau sebanyak mana sekali pun ditempa.
    Adalah lebih mudah utk mengenali dan membuat perbandingan DD tulin sekiranya kita mempunyai lebih dari 1 spesimen.

                       1 sen 2004.Jika sekeping sahaja syiling begini berada ditangan kita agak sukar menentukan samada DD atau MDD,hanya pakar2 die doubling yg mampu membuat analisa...

                   Bila dipamirkan 5 keping syiling yg mempunyai kesan imej utama dan keduanya sama,tentu ianya satu variti yg terjadi hasil tempaan dari die yg sama imej negativenya..Ketidak sempurnaan proses pengehuban(hubbing process) menyebabkan terjadi Doubled die pada bahagian muka syiling ini atau DDO.

                             Keadaan imej berganda yg sama bentuk begini tidak mudah dijumpai pada syiling MDD

                                 Pakar2 die doubling melihat kesan imej utama(primary) dan kedua(secondary) untuk menganalisa kategori dan klas doubled die error..

                         Walaupun syiling 1 sen 2004 banyak yg dijumpai terjadi die chip error pada bahagian belakang,apa yg terjadi pada semua syilling DDO ini tidak pula ada tanda2 kerosakan spt itu.


Ini adalah pendapat depankanta semata2 dan hanya akan di senaraikan sebagai DDO bila mendapat pengesahan dari pakar2 syiling error....Komen dari pelawat2 juga akan membantu pakar2 kita membuat rumusan....

6 ulasan:

  1. Salam depankanta,
    Hemat saya, ini adalah Doubled Die! Tahniah depankanta, sungguh tajam sekali mata.

    p/s: Nak satu. :P

    BalasPadam
  2. Salam dan terima kasih mnfaj,
    Pengalaman depankanta hanya syiling tahun 2004 sahaja yg terjadi DD pada denominasi 1 sen Malaysia.Mungkin dgn perkongsian dgn lain2 pengumpul akan ada lagi dijumpai DD error..
    Terima kasih banyak2 mnfaj,kalau berminat dgn syiling ini,sila sms..tq

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Wow, 5 kali lucky strike, haha.
    Nampaknya DDO.
    Syabas :)

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    DDO pada syiling Malaysia sangat sukar dijumpai..Kebanyakan DD yg terjadi adalah DDR yg melibatkan die atas..depankanta masih mencari info,adakah die bawah(anvil die)juga dibuat melalui hubbing process yg sama dgn die atas!..
    5 kali lucky strike,itu rezeki.5 batang lucky strike,itu bahaya...hehe
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Salam kakicoin,
      Syiling2 doubled die tulin begini memang menarik dan sering menjadi rebutan dikalangan pengumpul..Sementara peluang masih ada elok juga kakicoin kumpul syiling2 doubled die berbagai denominasi untuk perkayakan koleksi peribadi..

      Terima kasih banyak2 kakicoin

      Padam