Ahad, 23 Oktober 2011

REPAIRED DIE ERROR

Syiling 1 sen USA sering menjadi rujukan bagi pengumpul barat kerana berbagai error telah terjadi pada denominasi kecil ini.Sebagaimana syiling Malaysia,syiling 1 sen juga adalah antara yg banyak ketegori error boleh dijumpai dan sangat sesuai bagi peminat dan pengumpul syiling error bagi memulakan koleksi dan kajian...
            Dengan pengeluaran sebanyak 5,253,740,443 menjadikan syiling 1 sen Lincoln Memorial penny 1988D ini mudah berlaku kerosakan pada die dan bila dibersihkan tentu ada yang masih tertinggal kesannya.

                Bahagian muka,kelihatan garis2 halus mungkin kesan mesin yg digunakan untuk mencuci die

                            Bahagian belakang tidak begitu ketara....

         
                       Perhatikan angka"19" tiada kesan garis halus mungkin kerana sukar dimasuki oleh berus pencuci...

Adakah kaedah yang sama digunakan untuk membersihkan die bagi syiling Malaysia?

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Sebenarnya kami sudah beberapa kali datang ke post ini dengan harapan untuk membaca komen berkenaan dengan posting yang menarik ini, namun tidak jumpa lagi.
    Kami sendiripun tak berani memberikan komen kerana kekurangan pengalaman berkenaan dengan fenomena sedemikian.
    Hmm..nampaknya menarik :)

    BalasPadam
  2. Ini lebih merupakan Strike Through (something)Errors daripada Repaired Die Errors.
    Sebab kalau repaired die,kebanyakan garisan akan lari lintang-pukang dan menojol keatas, yang ini garisannya lebih selari antara satu sama lain,dan mencekung kebawah, mungkin kerana menempa menebusi sesuatu yang nipis seperti kertas,kain,tisu yg menpunyai texture/tekstur tenunan jalinan benang yg sebegitu rupa.Depankanta,hanya pandangan saya!

    BalasPadam
  3. Hi Whycollect,
    Bila ada sifu dibelakang jangan risau.Kita semua kena kreatif mencari idea untuk meNdapatkan kenyataan yg sebenar.Kadang2 sifu pun nak baca juga pandangan kita.kalau dah sifu yg dulu kita akan follow jer lah..haha
    Tima kasih banyak whycollect...

    BalasPadam
  4. Hi Mr Dickson,
    Pada awalnya depankanta ragu2 juga tentang syiling ini tapi bila melihat pada beberapa contoh repaired die syiling2 lain didapati ada persamaan.
    Garis2 ini terlalu halus,sukar untuk dikatakan ianya dari dari benda lain.Apa yg membuat depankanta berfikir demikian adalah pada imej "1988D"yg halus dan dalam(pada die)tidak ada garis2 ini,mungkin hujung brush pencuci tidak masuk kedalam ruang ini.(foto ini tidak jelas imej angka ini)
    Malangnya Imej2 yg penting untuk dinilai tidak begitu jelas pada foto ini..Kita akan sependapat kalau sama2 dapat menyentuh syiling ini..haha
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson,sebarang pandangan sifu akan dijadikan panduan mencari errors...

    BalasPadam