Selasa, 1 November 2011

CIRI-CIRI SYILING KERIS PALSU

Bagi memudahkan pencarian syiling rm 1 keris palsu,depankanta fokuskan beberapa tanda2 yg merupakan ciri-ciri utama pengenalan syiling palsu.Ciri2 ini ada juga yg boleh kelihatan dgn mata kasar dan sekiranya diperhatikan terdapat banyak persamaan yg dijumpai walaupun tahun yg tertempa adalah berbeza.

                  Garis2 halus concentric circles,ciri-ciri ini paling banyak dijumpai dan merupakan tanda utama untuk pengenalan syiling palsu.
                             

                    Kesan repaired die yg dibuat secara manual menggunakan tangan pada bunga raya
                   
                           Kesan repaired die yg kasar menggunakan tangan pada daun bunga

                              Tempaan pada rimnya tidak tepat..off centre

                           Planchet atau die yg dibuat dari logam yg tidak bermutu menyebabkan kesan menggerutu seperti kulit limau Tambun/limau Bali pada seluruh permukaan syiling.

                    Kesan repaired die yg dibuat oleh pekerja yg tidak mahir..Perhatikan pada daun dan bunga raya

                         Kesan kerosakan die yg teruk,semua details menjadi kabur dan hampir tidak kelihatan secara menyeluruh pada kedua permukaan syiling

                       Penggunaan salutan dan logam yg tidak dapat dikenal pasti,dapat dilihat bila permukaan syiling telah terhakis atau telah haus...
Mungkin pengumpul dan pelawat ada penemuan lain berkaitan ciri2 syiling palsu ini yang boleh dikongsi bersama....

2 ulasan:

  1. SETUJU dengan pendapat Depankanta.blogspot... saya turut mempunyai koleksi 50sen dan 1 ringgit palsu ini.. ciri-ciri yang dinyatakan tuan adalah betul. selain ciri-ciri ini, ada juga syiling palsu yang boleh melekat pada magnet..

    BalasPadam
  2. Salam dan terima kasih banyak2 sdr Bekok,
    Memang menarik sekiranya penemuan syiling2 palsu ini dapat dikongsi bersama.Mengikut Mr Dickson Niew,terdapat juga syiling palsu 1992 yg tertempa perkataan"RINGGIT"yg sepatutnya mula dibuat pada tahun 1993..
    Mungkin maksud sdr Bekok syiling yg melekat pada magnet adalah yg 50 sen.Sekiranya syiling keris,ianya adalah penemuan yg unik...
    Terima kasih banyak2 sdr Bekok..

    BalasPadam