Sabtu, 4 Februari 2012

AKUARIUM KOLAM

Sempena cuti menyambut hari Maulidur Rasul S.A.W,sudah lama dirancang untuk "menghidupkan"semula satu sudut yg menjadi kegemaran depankanta suatu masa dulu..Sebuah kolam kecil disudut ruang tamu ini sudah lama tidak diurus lantaran kesibukan kerja dan kesibukan membelek syiling2 error..haha

       Kolam yg berkonsepkan akuarium ini menjadi sudut kegemaran depankanta untuk santai sambil menghayati kehidupan air yg berbagai rupa.Setelah sekian lama terbiar tiba2 terasa untuk hidupkan semula agar keceriaan diruang itu kembali semula...

                            Dari batu2 yg dikutip dari sungai,disusun dan dibentuk satu jeram air terjun...
                     Batu2 sungai membentuk tebing kolam untuk menggambarkan situasi sebenar ditebing2 sungai
                 Bila semuanya siap disusun,kerja2 mengecat perlu untuk menyatukan warna keseluruhan kolam dalam kombinasi warna yg sesuai.Sekeping cermin diletakkan untuk menikmati pemandangan  ikan2 berenang dan kehidupan air lain seperti dalam sebuah akuarium...
                Sudut yg kelihatan tiga dimensi ini akan menjadi tempat santai seolah2 ditepian jeram atau sungai sebenar...
Dari susunan batu2 ini akan keluar air terjun nanti.....
                 Pemandangan dari tepi akuarium-kolam seluas 2 1/2kaki x 8 kaki,spot light dipasang untuk pemandangan waktu malam...
         Walaupun ruang tamu agak sempit tapi kolam ini tidak menganggu sebab ianya berada diluar ruang asal dan akan menjadi sudut  kegemaran keluarga untuk bersantai...Baru siap 85%....

Terjemahan sepotong ayat Al-Quran untuk renungan bersama sempena Maulidur Rasul S.A.W...


Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

6 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    2.5' x 8' wah cukup besar untuk bela ikan koi lor.
    atau pasang lampu dengan lux tinggi dan spetrum sesuai untuk dijadikan satu aquascape.
    Selamat menyambut hari Maulidur Rasul S.A.W.

    BalasPadam
  2. Hi Whycollect,
    2.5'x8' cukup besar bagi sebuah akuarium tapi masih kecil untuk sebuah kolam..Dulu dah dibela ikan kelah,tapi kuat melompat sukar dikawal..sekali ni cadang nak masukkan ikan kecil2 pula senang nak jaga..
    Aquascape!,macam bagus bunyinya..nanti depankanta kena belajar dari whycollect cara untuk menghiasainya..haha
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  3. Hi depankanta,
    Kami mencadangkan depankanta ketuk nama, Takashi Amano dalam google search, dan pasti akan terpesona dengan kecantikan alam semula jadi yang boleh diujudkan oleh kita sendiri di dalam rumah.
    Hehe, mungkin kamupun boleh kongsi sedikit aquascape yang pernah kami buat di posting berikut.
    http://whycollect.blogspot.com/search/label/non-related%20subject
    Namun kami bersetuju, hobi ini memamng memerlukan banyak masa dan sebab itu kamipun telah berhenti buat sementara waktu kerana tidak cukup masa.
    Masalah utama kami, semua hobipun suka, hahaha.

    BalasPadam
  4. Hi Whycollect,
    WOW hebat dan genius orang yg bernama Takashi Amano ni,sentuhan aquascapenya memukaukan.Menggabung dunia ala bonsai dan kehidupan air...Aquascape lebih kepada hiasan dalaman akuarium sementara kolam depankanta lebih tertumpu pada bahagian atas tebing kolam sekiranya kedua konsep ini digabungkan tentu menghasilkan sesuatu yg mengasyikkan..haha

    Sempat juga melawat post whycollect,nampaknya seorang numismatist bukan sahaja pakar dalam sejarah dan Sains bahkan juga sekali gus seorang seniman yg serba boleh..

    Hobi yg membawa keceriaan pada diri kita begini elok diteruskan,apa lagi dalam usia yg "tidak perlu banyak bercakap"tentu mata dan hati pula menjadi media utama untuk kita berkomunikasi dgn alam...
    Terima kasih banyak2 whycollect...

    BalasPadam
  5. Hi depankanta,
    Sebenarnya aquascape bukan meliputi hiasan dalam air sahaja tetapi di luar dan atas air juga.
    Caranya sama, cuma perlu memilih rumpai air yang boleh hidup di dalam serta di luar air.
    Lagipun banyak rumpai air yang boleh diperolehi di parit di halaman kampung seperti rumpai Amazon Sword dan lain2 yang mempunyai ciri2 sedemikian.
    Ada juga creeper yang tidak memerlukan banyak cahaya seperti Golden Pothos boleh ditanam di atas batu di luar air seperti kolam depankanta.
    Begitu juga dengan jenis ikan yang dipilih.
    Ada jenis ikan yang memang menarik sekali jika dilihat daripada atas badannya ikan mas dan koi.
    Haha, itu hanya beberapa daripada pelbagai cara yang boleh diambil untuk menghiasi sesuatu kolam hiasan.
    Semoga depankanta berjaya memulihkan kolam berkenaan dan kemudian masuk gambar dl dalam blok depankanta untuk dinikmati kami semua :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Dulu kolam ini telah diisi banyak dgn lumut2 dan tanaman yg diambil dari sawah dan taliair namun lama kelamaan ia mati kerana kekurangan cahaya matahari,ini menjadi satu sebab mengapa sekarang ditukar pada lukisan pula..

      Banyak bahan yg kena cari lagi untuk lengkapkan kolam ini,apa pun akan cuba dihias dgn yg terbaik untuk kepuasan.

      Nampaknya depankanta tak boleh janji bila kolam ini dapat disiapkan,nanti kalau hanya tumpu disini syiling2 error pula akan ketinggalan..haha

      Apa pun InsyaAllah bila siap nanti akan dipamirkan sekali lagi untuk perkongsian bersama.
      Terima kasih banyak2 whycollect yg banyak menyalurkan info dan link yg sangat berguna untuk projek ini..

      Padam