Isnin, 11 Jun 2012

10 SEN S3M FILLED DIE

   Filled die error merupakan antara  kategori yang tidak begitu sukar  dijumpai pada syiling error Malaysia terutamanya pada siri bunga raya.Mengumpul syiling filled die error menjadi lebih menarik jika melibatkan sebahagian imej,angka atau huruf tertentu yg hilang dari permukaan syiling.

    Banyak elemen asing yg boleh dikaitkan dgn filled die ini spt,gris,minyak,gas,air,tisu,kertas.kain,plak dll yang melekat  pada permukaan die semasa proses penempaan.Jika dianalisis pada logiknya memang perkara sebegini boleh berlaku walaupun prosedur yg ketat telah dibuat oleh pihak kilang untuk proses penyilingan.Benda2 ini boleh berada sekitar kawasan mesin itu samada dari mesin itu sendiri atau dari badan pekerja yg mengendalikan mesin2 penyilingan.

    Gris adalah merupakan  faktor yg paling popular dikaitkan dgn kejadian filled die error,mengikut pendapat depankanta permukaan die sentiasa disapukan dgn gris atau pelincir yg agak kurang kelikatannya supaya tidak menggangu ketajaman rekabentuk permukaan syiling.Namun kesilapan tetap berlaku dan gris yang disapu tidak rata dan menebal pada tempat tertentu.

       Syiling 10 sen  2012 s3M yang ditemui ini agak ketara dgn angka"2" pada 2012 telah hilang dari permukaan syiling.Nampaknya error spt ini sukar dielakkan kerana permukaan die memang perlu sentiasa disapu gris/pelincir bertujuan untuk melicinkan proses penempaan disamping untuk menjaga ketahanan die...
   

             Bila dilihat secara teliti,gris yg berada pada die adalah tidak serata dan bertompok tebal pada bahagian tertentu hingga menenggelamkan angka"2"pada permukaan die...Perhatikan warna kunig yg dikira kawasan yg terkena gris...

  Pemerhatian secara keseluruhan permukaan bahagian belakang syiling ini mendapati imej lain tidak terjejas.


         Syiling 50 sen siri bunga raya ini merupakan spesimen yg menarik berkaitan filled die error...

         Satu lagi syiling 50 sen siri bunga raya yg mempunyai kesan yg hampir sama....

     Kesan yg terjadi pada syiling 5 sen dan 50 sen siri bunga raya ini agak berlainan,ianya adalah disebabkan sesuatu yg lebih keras kerana hanya melibatkan bahagian tangkai stigma sahaja...Jika ianya kesan gris atau cecair akan turut menjejaskan kawasan sekitar stigma ini....
Pendapat tentang apa objek atau elemen asing yg berada pada die masih menjadi perbahasan dan sekiranya pelawat ada pendapat tersendiri dgn alasan yg logik adalah dialu2kan untuk memberi komen.....

4 ulasan:

  1. Hi depankanta,
    Jenis syiling yang mempunyai ciri2 ini dan menarik sekali adalah terdapat pada syiling 50sen siri bunga raya.
    Permukaan dengan ruang kosong banyak menyebabkan syiling berkenaan kelihatan agak pelik sedikit jika dibandingkan dengan syiling berdenominasi lebih kecil.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi whycollect,
      Syiling 50 sen yg permukaannya besar memang menarik bila dijumpai apa juga kategori error,lagi pun syiling yg bersaiz besar begini senang dikesan bila terdapat error.
      Agak menarik juga filled die error yg terjadi pada syiling 10 sen siri ketiga ini kerana ianya dibuat dgn teknologi baru tapi masih berulang error yg sama dgn siri sebelumnya.

      depankanta tertarik dgn fenomena filled die syiling Malaysia yg suka "menimbus" ruang tahun tempaan hingga hilang sebahagiannya...haha

      Terima kasih banyak whycollect...

      Padam
  2. assalamualaikum saudara...saya salah seorang follower blog saudara...saya diantara peminat syiling error sejak sekian lama,sy masih lagi menyimpannya sebagai koleksi yg paling saya sayang,baru baru ini timbul niat dihati untuk menerbitkan sebuah buku panduan bergambar utk syiling ralat khususnya syiling malaysia...dan saya juga ingin meminta kebenaran saudara untuk menjadikan blog saudara sebagai rujukan sekaligus mendapat kebenaran untuk menggunakan gambar/penjelasan tentang error coin jika tidak menjadi keberatan.diharap sau daara dapat menghubungi saya di 0126959603

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam sdr saifudin,
      Terima kasih kerana berkunjung dan tahniah atas penglibatan saudara kebidang syiling error..Penerbitan buku syiling error pernah disuarakan oleh Mr Dickson Niew dan Dato' Sharudin, Presiden kelab warisan sedia membantu usaha penerbitan ini. Jika dilihat pada komen-komen pelawat dalam blog ini ramai peminat syiling error yg mengharapkan penerbitan buku rujukan syiling error. Memandangkan depankanta agak sibuk dengan tugas seharian nampaknya terpaksa hanya berperanan sebagai pembantu dalam usaha ini..Jika tuan berminat untuk menulis tentang syiling error adalah digalakkan untuk menghubungi sifu Mr Dickson atau Dato' Sha.

      Berkaitan artikel yang ada dalam blog ini, ianya adalah sememangnya bertujuan untuk perkongsian. Sayugia diingatkan agar tuan membuat rujukan dan kajian juga ketas laman web pakar-pakar bagi mencari pengesahan tentang syiling error yang ditulis dalam blog ini. Anggapkan sahaja Blog ini hanya sebagai pencetus untuk perkongsian. Tuan boleh menggunakan mana-mana foto dan artikel dalam blog ini bila-bila masa untuk tujuan perkembangan syiling error Malaysia. Untuk tujuan perkongsian numismatik digalakkan tuan gunakan emel : ajoyzultp@yahoo.com.my

      Terima kasih...

      Padam