Selasa, 5 Jun 2012

SILAP,WAU BULAN TERAJU DUA!

      Menerokai bidang syiling bukan sahaja ditelitikan aspek kesempurnaan pada logam dan proses penyediaan planchet,kesempurnaan die serta proses penempaan tapi juga melibatkan reka bentuk yang sempurna.Menjadi kebiasaan pada corak permukaan syiling samada syiling untuk edaran atau syiling peringatan,pada bahagian muka diukir reka bentuk imej tradisi atau pengenalan sesuatu negara dan pada bahagian belakang pula ditulis perkataan yg berkaitan pengeluaran syiling berkenaan.

      Syiling peringatan Malaysia telah dikeluarkan sempena memperingati sukan SEA ke-9 pada tahun 1977 yang lebih dikenali sebagai NINTH SOUTHEAST ASIA GAMES,sempena sukan tersebut yg diadakan di Kuala Lumpur syiling peringatan ini dikeluarkan sebanyak 1,000,000 keping dan ditempa oleh Franklin Mint yang beribu pejabat di New york,USA.

      Meneliti kembali pada muka syiling berkenaan yg berkonsepkan permainan tradisi masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia iaitu wau bulan,permainan ini lebih popular di negeri Kelantan.Imej seorang lelaki sedang menaikkan wau dikira satu pilihan yg tepat bagi mempromosikan permainan tradisi rakyat Malaysia pada mata dunia.Bila diperhalusi pada bahagian wau bulan yg diukir pada muka syiling tersebut depankanta menemui satu kesilapan kecil telah dibuat oleh pereka bentuk syiling peringatan berkenaan.

                   Kesilapan adalah pada rekabentuk details imej tali teraju wau bulan,pemerhatian secara terperinci mendapati hanya dua tali teraju yg diukir pada wau bulan ini.

            Mengikut beberapa pembuat wau bulan yg sempat ditemui,wau bulan yg bertujuan untuk dinaikkan akan dibuat tiga tali teraju dan sekiranya hanya dua tali teraju(seperti pada syiling ini),wau berkenaan tidak akan naik dan akan jatuh menjunam.Perhatikan imej tali teraju pada foto kanan,warna kuning adalah tiga tali teraju yg sepatutnya ada dan warna merah adalah yg ada pada syiling berkenaan.

                Pada bahagian belakang syiling ini dimasukkan Jata Negara yg membawa imej rasmi Malaysia.Depankanta berpendapat kelemahan seperti ini timbul kerana pereka bentuk syiling yg mencorakkan imej tradisi ini adalah profesional dari luar negara yg tidak biasa dgn permainan wau bulan...

          Mungkin Pereka bentuk syiling ini hanya menggunakan konsep yang ada pada layang-layang kecil yg sememangnya menggunakan dua tali teraju.Foto lelaki menaikkan wau yg ada pada galeri kraf tangan Malaysia ini mungkin menjadi salah satu rujukan pereka bentuk,imej ini yg tidak jelas kedudukan tali terajunya....


         Kedudukan tali teraju wau bulan  yang sebenar adalah tiga,seperti foto ini...

   
      

7 ulasan:

  1. depankanta,
    info dari penelitian yang menarik,terima kasih kerana sudi berkongsi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam iaryylr,
      Terima kasih kembali,lama juga depankanta ambil masa untuk telitikan syiling ini sebelum masukkan dalam post ini.Kesilapan yang kecil begini dilihat besar pada peminat seni wau bulan,semoga perkara yg ditimbulkan ini akan diambil kira dalam merekabentuk syiling Malaysia akan datang.
      Terima kasih iaryylr..

      Padam
  2. Hi depankanta,
    Nampaknya dunia numismatik dan dunia nyata sangat berbeza, haha.
    Satu penelitian yang amat tepat sekali.
    Sebenarnya, kamipun tidak menyedari kesalahan teknikal ini jika depankanta tidak menimbulakannya.
    Terima kasih banyak depankanta :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Whycollect,
      Jika ada Mat Salleh yg beli syiling ini dan cuba buat wau bulan berdasarkan rekabentuk yg ada pada syiling ini,mereka akan kecewa kerana penat mereka cuba naikkan wau tapi tak mau terbang..haha
      Kesilapan begini boleh dielakkan jika setiap details yg ada pada wau sebenar diteliti sebelum ianya diukir pada "master hub"..Mungkin masih ada lagi kesilapan rekabentuk pada syiling yg kita masih tidak perasan dan ini juga merupakan perkara yg menarik untuk kita perhatikan dan kongsi bersama...
      Terima kasih banyak2 whycollect..

      Padam
  3. Salam Depankanta,
    Kesalahan teknikal yang 'menarik'untuk dikongsi..
    Terima kasih:D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Afiq,
      Kesalahan teknikal begini tidak akan diberi perhatian oleh artis kerana mereka lebih fokus pada sudut kesenian rekabentuk,sepatutnya pihak yg menyarankan rekabentuk ini memberi cukup info dari berbagai sudut kepada artis agar kesilapan teknikal spt ini tidak berlaku...

      Terima kasih Afiq....

      Padam
  4. Menarik!! Saya ada simpan sekeping syilling ini, ya betul hanya ada 2 tali!!!

    BalasPadam