Jumaat, 7 September 2012

TULISAN JAWI PADA WANG KERTAS MALAYSIA

      Tulisan jawi telah wujud di Kepulauan Melayu sejak tahun 1300M.Tulisan ini dikatakan berasal dari Arab-Parsi ,penggunaan tulisan jawi dilihat sesuai dgn masyarakat melayu yg menerima agama Islam menggantikan tulisan Jawa yg digunakan sebelum itu.Tulisan ini terus menjadi medium perantaraan bukan sahaja antara penduduk setempat tetapi juga antara Raja-raja Kepulauan Melayu dgn Pedagang-pedagang dan kerajaan asing termasuk dgn Portugis,Belanda dan Ingriss...

     Pihak berkuasa Straits Settlements dan Malaya and British Borneo melalui Board of Commissionners of Currency yg bertanggungjawab mengeluarkan wang untuk negeri-negeri Kepulauan Melayu telah menggunakan tulisan jawi sebagai tulisan perantaraan Melayu yang dapat dilihat pada wang-wang kertas keluarannya...

                       Bahagian muka wang kertas 1 ringgit Malaya and British Borneo yg tertera tarikh 1 Mac 1959 ini telah menggunakan dua tulisan utama iaitu bahasa Ingriss dgn tulisan Ingriss (rumi) dan bahasa Melayu dgn tulisan Jawi
   
        Kedua permukaan wang kertas ini dgn jelas menampakkan betapa masyarakat melayu pada masa itu hanya menggunakan tulisan jawi pada semua urusan...Tulisan rumi hanya digunakan untuk penulisan berbahasa Ingriss

   

           Setelah lebih setengah abad atau 53 tahun berlalu,penggunaan  tulisan jawi pada wang kertas Malaysia baru keluaran 2012 telah berubah peranannya berbanding dgn wang kertas kapal layar.Dari tulisan utama untuk mewakili  tulisan berbahasa Melayu, tulisan jawi bertukar menjadi hanya huruf2 traditional yang digunakan disamping tulisan rumi.

         Bahagian muka wang kertas  rm1 Malaysia 2012,tulisan "BANK NEGARA MALAYSIA"dan "RINGGIT MALAYSIA" dalam tulisan rumi.

                 Bahagian belakang wang kertas ini mengulangi perkataan yg sama tapi menggunakan tulisan Jawi.Pujian patut diberi pada pihak BNM yg masih mengekalkan tulisan jawi pada wang kertas siri baru ini,semoga penggunaannya akan lebih meluas lagi  sesuai dgn pendapat seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies yang mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggap tulisan jawi sebagai satu keunikan milik Malaysia.

    



2 ulasan:

  1. ada tak gambar duit slps merdeka.. era 60an. katanya x der langsung tulisan jawi dpn/ belakang.

    BalasPadam
  2. Saya ada duit rm1 1959 . Kol 0123464597

    BalasPadam