Jumaat, 12 Oktober 2012

SHATTERED DIE

          Die crack adalah merupakan sub-kategori dari Kategori utama Die errors,secara jelasnya error ini adalah terhasil dari kerosakan yang terjadi pada die spt juga die chip dan die clash errors.Dalam proses penyilingan,QC yg bertugas sentiasa mengawasi perjalanan mesin2 dan akan memilih secara sampel untuk ditelitikan kualiti syiling yg sedang ditempa.Sebagai manusia biasa QC juga boleh terlepas pandang pada syiling2 die crack menyebabkan tiada tindakan diambil walaupun terdapat die yg telah retak.

            Die crack yang dibiarkan kadang2 akan membentuk blob iaitu terdapat serpihan kecil yg pecah pada mana2 bahagian yg retak dan  jika keretakan menjadi lebih besar akan membentuk  die break iaitu die menjadi pecah lalu membentuk cud yg besar pada permukaan syiling.Kekuatan die banyak bergantung kepada kesempurnaan proses pembuatan working die dan juga kekerapan penggunaan die.Sekiranya die tidak diurus dgn betul kemungkinan akan terjadi SHATTERED DIE iaitu banyak keretakan pada permukaan die yang akhirnya die berkenaan akan pecah berkecai.


          Sekeping syiling 10 sen 2006 ini dikira merupakan spesimen shattered die.Banyak keretakan yg terjadi pada die yg menempa syiling ini..Shattered die pada bahagian belakang syiling.Ciri2 crack yang terjadi pada syiling ini boleh dikaitkan dgn crazed die error sekiranya keretakan yg terjadi ini disebabkan hanya kesan calar pada permukaan die (tidak melibatkan keretakan yg dalam).

               Bahagian mukanya hanya satu retak dikepala congkak....


               Shattered die terjadi pada bahagian tepi...Selain crazed die,Ciri2 ini juga dikenali dgn multiple die crack...


             Sukar diramal pada akhirnya apa yang akan terjadi pada die yg menempa syiling ini...
           Jika ditelit pada persilangan keretakan yg terjadi,die yg menempa syiling ini berpotensi untuk pecah dan membentuk cud pada bahagian tepinya....

          Paparan syiling 50 sen 2011  RTR die crack ini telah menarik komen seorang pengunjung yg dikira pakar dalam syiling error untuk berkongsi info tentang shattered die...(terima kasih anonymous)

4 ulasan:

  1. Salam sdr Depankanta,

    Saya merasakan bahawa error syiling 10 sen 2006 tersebut ialah 'Crazed Die'...iaitu Die Crack yang halus dan banyak dan saling bersilang antara satu sama lain...menghasilkan corak seperti jaringan...

    Untuk Shattered Die pula...'Shattered' bermaksud telah berkecai...
    Menurut tuan Mnfaj,ciri2nya adalah dengan ada lebih 2 cud...berpunca daripada RTR Die Crack ataupun Die Break...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr afiq,
      Bila depankanta cari info berkaitan crazed die,tidak banyak yg berkaitan.Kebanyakannya disebut hanya sebagai gelaran sahaja bukan sebagai satu kategori atau elemen error.Secara Logiknya, crack spt syiling ini berpotensi untuk membesar dan membentuk cud bila die berkecai.depankanta berpendapat ciri2 ini lebih sesuai untuk shattered die.(rujuk coin community forum). Apapun jika ditemui rujukan untuk crazed die depankanta akan kemaskini post ini semula...

      Terima kasih sekali lagi sdr afiq,perkongsian begini akan meningkatkan lagi pengetahuan kita semua..

      Padam
    2. Salam kembali sdr Depankanta,
      untuk rujukan Crazed Die,sila rujuk :

      http://error-ref.com/Die_Crazing.html

      Terima kasih Depankanta ;-)

      Padam
    3. Salam sdr Afiq,
      Terima kasih banyak kerana memberi rujukan yg dikira terbaik..Mungkin sedikit penelitian perlu dibuat semula pada syiling 2006 ini kerana antara shattered die dan crazed die ada persamaan dan perbezaannya...

      Terima kasih banyak2 sdr Afiq....

      Padam