Ahad, 23 September 2012

DIE DETERIORATION YANG SEMBUNYIKAN DD

             Syiling varieti DD tulin terbentuk akibat kerosakan pada permukaan working die semasa proses pengehuban (hubbing process) iaitu proses memindahkan imej dari working hub kepada working die,keadaan ini bererti imej yg berganda adalah sedia terbentuk pada permukaan working die semasa kerja-kerja menempa dijalankan..

             Die(samada die atas atau die bawah) yg mempunyai imej berganda itu bila digunakan untuk menempa planchet akan menghasilkan syiling2 DD.Menjadi kebiasaan pada setiap die akan digunakan untuk menempa secara berterusan,ini akan menyebabkan terjadi die deterioration yg menganggu penampilan  imej pada permukaan die seterusnya pada permukaan syiling..

            Demikian yg terjadi pada Die yg digunakan untuk menempa syiling DDR 5 sen 2009 ini,die yg digunakan itu didapati telah mengalami deterioration yg menyebabkan ciri-ciri berganda(doubling) yg terjadi pada beberapa huruf telah terganggu dan tersembunyi disebalik kesan die deterioration.

             Sekeping syiling 5 sen 2009 DDR yg juga terdapat kesan die deterioration...

            Die deterioration menyebabkan imej pada bahagian tali gasing juga kelihatan berganda yang dikenali dgn istilah Die Deterioration Doubling (DDD)

             .Perhatikan huruf "MAL"(MALAYSIA) didapati ciri2 DD hampir tidak kelihatan kerana di"ganggu"oleh die deterioration.Penelitian yg cermat akan menampakkan ciri-ciri DDR masih wujud disebalik Die deterioration.





                 A:  Huruf2  berganda DDR yg juga terjadi die deterioration

                 B:  Huruf2  berganda DDR yg jelas tanpa apa2 gangguan....

                 C: Syiling Die deterioration tanpa ciri2 DDR...
       A dan B adalah ditempa dari die yg sama (Varieti die yg sama) sementara C adalah varieti die yg berlainan.Cabaran untuk mencari syiling DDR 5 sen 2009 menjadi semakin sukar dgn wujudnya berbagai fenomena keatas syiling 5 sen keluaran tahun 2009....


                 Ciri2 deterioration juga wujud pada syiling DDR 5sen  2008 ini tapi tidak menjejaskan penampilan huruf2 yg ada kerana jarak gandaan huruf DDR yg terjadi sangat ketara
          
Pautan  yang berkaitan:
                1. http://depankanta.blogspot.com/2012/09/die-deterioration-dan-dd-yg-mengelirukan.html

                2. http://depankanta.blogspot.com/2012/09/ddr-5-sen-2009.html

Jumaat, 21 September 2012

DIE DETERIORATION YG MENGELIRUKAN DD

      Bila depankanta pamirkan sekeping syiling 5 sen 2009 DDR,didapati ramai pelawat yg berminat melihat syiling varieti istimewa itu.Tentu sekali bagi penggemar syiling error Malaysia akan mengambil manafaat dgn memerhatikan spesimen yg dipamirkan untuk mencari sekeping dua syiling DDR dalam koleksi syiling 5 sen 2009.

     Perlu juga dikongsi disini,antara syiling 5 sen 2009 terdapat juga syiling2 yg ada kesan die deterioration atau worn die...Pada huruf tertentu terdapat kesan doubling yg akan mengelirukan dgn syiling DDR yg tulin.

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2009 dgn kesan die deterioration...

             Kesan berganda juga kelihatan pada tali gasing dibahagian muka syiling

              Antara huruf2 yg kelihatan berganda...Sekiranya anda sudah biasa dgn DD tulin,keadaaan ini pasti tidak akan mengeliruka anda!....


       

        DDR tulin pada Syiling 5 sen 2009 yg telah dipamirkan ini,jelas berbeza dgn syiling die deterioration diatas....
      sayugia diingatkan kepada pemburu syiling2 Doubled die agar memberi perhatian pada kesihatan mata semasa menjalankan kerja2 membelek syiling2 anda dibawah kanta....

Ahad, 16 September 2012

DDR 10 SEN 2012 S3M

      Syiling siri ke-3 Malaysia  tidak begitu banyak dijumpai berada dalam edaran,begitu juga error yg dijumpai kebanyakannya adalah dalam kategori die chip dan die crack yg merupakan kategori biasa pada syiling Malaysia.Masih belum kelihatan error yg termasuk dalam kategori major yg melibatkan kecacatan yg besar pada fizikal syiling.

     Varieti doubled die merupakan varieti yg terhasil dari kaedah proses pengehuban yg berulang (multiple squeezing method) yg dilakukan semasa penyediaan permukaan die.Bagi siri pertama dan kedua syiling Malaysia telah banyak dipamirkan penemuan berbagai ragam DD samada DDR atau DDO,juga yang terkesan pada sebahagian kecil huruf atau ke peringkat "monster".

    Penemuan ciri-ciri berganda pada sekeping syiling 10 sen  s3M ini begitu mengujakan.Walaupun belum cukup pengetahuan tentang ciri-ciri Varieti Doubled Die depankanta berkeyakinan syiling yg ditemui ini adalah DDR tulin.Penemuan ini juga menggambarkan pembuatan working die bagi syiling s3M adalah masih menggunakan kaedah yg sama dgn siri2 sebelumnya...

                              Bahagian belakang syiling 10 sen s3M..Doubled Die Reverse

             Angka "20"pada 2012 menarik perhatian kerana menampakkan angka yg berganda...

             Selain angka 2012,terdapat beberapa tempat yg menjadi tarikan pemerhatian.

            Pada bahagian bawah angka "20" (2012) yg paling ketara terjadi pergandaan imej..

               Sebagaimana biasa depankanta melihat pembentukan lekuk (notch) bagi membezakan ciri2 DD dgn ciri2 MDD atau DDD.Panah merah menandakan wujud ciri2 lekuk antara imej utama (primary)dan kedua(secondary)

   Pada stigma bunga raya dan beberapa huruf juga kelihatan pergandaan imej...

           Pada kaki Huruf "B"kelihatan tanda2 lekuk....

          Samada penemuan syiling 10 sen 3sM ini benar2 adalah varieti doubled die tulin hanya dapat disahkan oleh pakar2 varieti dan  syiling error,semoga ada pelawat yg juga berjaya menemui syiling seumpama ini untuk memantapkan perkongsian ini....

Khamis, 13 September 2012

DDR 5 SEN 2009

         Doubled Die Reverse (DDR) syiling 5 sen 2008 dapat dilihat dalam sesetengah blog numismatik tempatan,ramai peminat syiling error bersetuju syiling DDR 2008 sesuai digelar "Monster DDR" lantaran imej berganda yg terjadi adalah sangat ketara dan hampir kesemua imej,huruf dan angka pada bahagian belakang syiling telah kelihatan kesan berganda.

       Menurut panduan ringkas yang diberikan oleh pakar2 varieti Doubled Die,bagi membezakan syiling2 Doubled die dgn MDD atau DDD adalah pada lekuk(notch) yg terbentuk pada imej yg berganda.Sekiranya terdapat kesan lekuk ianya adalah kesan Doubled Die,

     Sekeping syiling 5 sen 2009 sekali lagi menjadi perhatian bila dijumpai dgn kesan lekuk pada beberapa huruf dibahagian belakang syiling...Penemuan syiling ini telah melengkapkan varieti DDO dan DDR bagi syiling 5 sen 2009

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2009 dgn kesan DDR

           Pemerhatian adalah pada beberapa huruf pada perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"


                     Kelihatan tanda2 lekuk pada beberapa huruf....

              Adakah bentuk lekuk begini juga akan terjadi pada syiling MDD atau DDD?

             Pada stigma bunga raya juga kelihatan imej berganda

  Bagi menerangkan klas DDR syiling ini perlu dirujuk pada pakar Doubled Die,nucoins dan mnfaj.Semoga mereka sudi singgah disini dan menurunkan sedikit nota untuk dikongsi bersama... 

Selasa, 11 September 2012

SYILING 1996 RM1 KRIS PALSU

          Bagi melengkapkan koleksi set syiling-syiling palsu rm 1 Keris Malaysia,dipamirkan penemuan sekeping syiling palsu yg tertera tahun 1996 yang juga merupakan tahun terakhir dikeluarkan syiling 1 ringgit bagi siri bunga raya.

              Bahagian belakang syiling palsu 1996 1 ringgit keris....

             Bahagian muka,imej keris yang kelihatan tidak "tajam'pada semua details......

                      Bahagian belakang syiling 1996 yg tulin.....

                   lagi syiling 1996 tulin untuk tujuan perbandingan....

                Tumpuan utama adalah pada kuntum bunga raya yg kelihatan pada kelopak bunga dan daun dgn garis kesan repaired die yg dibuat secara kasar.

          Perhatikan garis2 pada kelopak bunga dan daun pada syiling tulin ini yg jelas berkeadaan yg sempurna...
                     

                      Bila dibandingkan beberapa keping syiling dari tahun yg sama akan memudahkan kita mengesan syiling palsu...
            Bahagian muka tiga keping syiling untuk tujuan pebandingan....


 Penantian kini pada syiling palsu rm1 kris 1989.....